Soya Penyebab Kanser Payu Dara?
Jan 13 lepas MAKNA – Majlis Kanser Nasional ada kongsikan link yang diterbitkan di CNN Health – Where Do We Stand on Soy?; mengenai perdebatan samada minuman soya penyebab kanser.
KakNjang memang penggemar soya, protein soya, minuman soya. Jadi bila ada isu ni timbul memang KakNjang akan tolak tepi dulu yang lain dan baca tentang ini dengan lebih lanjut.
Soya merupakan komponen penting dalam pemakanan berasaskan tumbuhan. Tapi ramai juga yang dok berbalah. Betul ke soya ni baik untuk kesihatan?
Banyak kajian yang mendapati bahawa dengan mengamalkan soya dapat memberi manfaat terhadap kesihatan jantung/kardio, pengurangan berat badan dan pencegahan kepada beberapa jenis kanser.
Namun begitu, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa sesetengah komponen dalam soya boleh menggalakkan lagi pertumbuhan sel kanser payu dara. Tabahan pula soya juga merupakan antara makanan yang boleh dikaitkan dengan alahan.
Soya bantu kurangkan masalah hot flases dikalangan wanita yang menopause. Ini pun ada percanggahan pendapat dari pelbagai kajian. Pening kepala jadinya.
Jadi, soya ni bagus ke tidak?
Dalam soya ada satu kompaun yang mimik estrogen, dipanggil isoflavone. Dr Omer Kucuk, seorang oncologist di Emory University’s Winship Cancer Institute, buat kajian tentang manfaat isoflavone ni. Menurut beliau, isoflavone ialah phytoestrogen – estrogen tumbuhan. Isoflavone merupakan sebahagian dari flavonoid yang hadir dalam tumbuhan secara semulajadi.
1940an – Kebaikan isoflavone ni macam tercemar dengan satu kes di mana biri-biri yang merumput di kawasan rumput yang kaya dengan isoflavone ada masalah kesuburan.
1950an – walaupun ada kes sebelum ini, 1950an menyaksikan soya digunakan sebagai sumber makanan haiwan ternakan.
1960an – soya dah jadi pemakanan biasa penduduk Amerika. Lebih dari 2billion rakyat Amerika mengambil soya setiap hari. Itu belum diambil kira penduduk-penduduk di Cina, Jepun dan Korea, dan lain-lain tempat di Asia. Mereka mengambil soya 20-30 kali lebih dari rakyat Amerika kerana soya memang sebahagian dari diet mereka sejak berkurun lamanya.
1970an -1980an – lebih ramai yang menggunakan produk soya, lebih banyak juga kajian yang menunjukkan pelbagai hasil tentang soya. Antaranya, mereka yang mengamalkan soya dalam diet memiliki % yang rendah untuk kaser pankreas.
1990an – kajian lebih memihak kepada kebaikan soya. Antara kajian pertama yang menunjukkan bahawa soya ni anti-kanser (kajian pada tahun 1991, diterbitkan dalam the Journal of the American Dietetic Association). Bermula dari sini, lebih banyak lagi kajian dijalankan.
Menurut Dr Kucuk lagi, ramai yang keliru dengan perkataan estrogen. Kerana esrogen ni selalu dikaitkan dengan kanser payu dara. Dalam tubuh manusia, ada 2 reseptor untuk estrogen. Alpha (buruk – sebab penyakit) dan Beta (baik – lebih sihat). Isoflavone akan mengikat kepada kedua-dua reseptor itu tetapi kecenderungannya adalah pada Beta, reseptor estrogen yang baik.
2000an – lebih banyak kajian dilakukan. Mendapati bahawa soya baik untuk kesihatan kardio, kesihatan jantung, mengurangkan kolesterol jahat, mengurangkan banyak symptom menopause. Walau bagaimana pun, pada pertengahan 2000an, kajian menunjukkan soya boleh mengganggu fungsi thyroid.
2010an – lebih memihak kepada pengambilan soya. Cadangan 25gram protein soya sehari merupakan garis panduan terbaik untuk keishatan lebih baik.
Soya sebanarnya tiada masalah.
Bagaimana soya disediakan, diproses, itu sebenarnya yang memberi banyak masalah kepada pengguna.
2017 – kajian mendapati soya mungkin tidak memberi risiko kepada mereka yang ada kanser payu dara, tetapi soya mungkin mampu menghalang kesan sampingan rawatan kanser itu sendiri (chemotherapy, radiation therapy, hormone therapy).
Baca perdebatan dengan terperinci di sini.
Untuk cadangan protin soya bukan GMO terbaik, sila klik di sini.
Tinggalkan Balasan