Faedah CoQ10 Untuk Kulit Sihat Awet Muda

CoQ10 untuk kulit kelihatan awet muda

Ramai yang belum tahu faedah CoQ10 untuk kulit sihat awet muda. Ada yang belum pernah dengar pun. Tak pa. Mai KakNjang cerita…

Anda semua tahu tak bagaimana CoQ10 mampu untuk bantu kulit kita sihat dan kekal awet muda?

Sebelum-sebelum ni KakNjang dah kongsi Apa Itu CoQ10 dan Manfaat CoQ10 di mana kita semua dah tahu betapa pentingnya CoQ10 ni untuk menjaga kesihatan jantung kita juga kesihatan 3Tinggi (gula tinggi, kolesterol tinggi, darah tinggi). KakNjang juga dah kongsi dengan anda semua bagaimana CoQ10 sangat-sangat membantu dalam menyokong penuaan sihat, di mana penuaan sihat dapat kita capai dengan menangani mencegah merawat lebih awal penyakit-penyakit yang biasa dihidapi ketika usia tua.

Itu semua adalah faedah CoQ10 untuk dalaman kita. Tambahan kepada itu, CoQ10 juga sebenarnya berperanan menjadikan kulit kelihatan lebih muda. CoQ10 di dalam badan berkurangan apabila kita semakin tua. Kebanyakan wanita yang berusia lebih 30 tahun mempunyai CoQ10 di bawah paras optimum di dalam kulit mereka. Termasuklah KakNjang juga…CoQ10 untuk kulit sihat awet muda

Kekurangan CoQ10 mengakibatkan berkurangnya keupayaan kulit untuk menghasilkan kolagen dan elastin. Kolagen adalah penting kerana ia membuat kulit kita lebih tegang dan segar, manakala elastin pula memberikan daya keanjalan pada kulit kita. Kehilangan kolagen dan elastin menyebabkan kulit kita berkedut.

Sifat CoQ10 sebagai antioksidan yang kuat membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya, salah satu sebab utama penuaan. Radikal bebas merupakan sebab utama penuaan; penuaan pula merupakan antara sebab pengurangan CoQ10 dalam badan. Oleh itu pengambilan suplemen CoQ10 adalah saatu tindakan yang sangat bijak.

Jadi, apa sebenarnya manfaat CoQ10 kepada kulit kita sehingga membuatkan kita boleh kelihatan kekal awet muda?

  • Bantu keupayaan kulit untuk menghasilkan kolagen dan elastin
  • Lawan radikal bebas yang menjadi penyebab utama penuaan kulit
  • Kurangkan kedutan dan garis halus pada kulit terutamanya di bahagian muka

Menurut kajian yang dijalankan oleh Functional Food Research Labs and H&BC Research Labs pada tahun 2004, pengambilan suplemen CoQ10 sekurang-kurangnya 60mg sehari mampu mengurangkan area kedutan sebanyak 33%, mengurangkan jumlah kedutan sebanyak 38% dan mengurangkan kedalaman kedutan sebanyak 7% hanya dalam masa 2 minggu. Kajian ini diterbitkan dalam Food Style Magazine.

Selalunya KakNjang akan kata, jangan jadi sebahagian dari statistik. Tapi untuk kali ni KakNjang sangat-sangat menggalakkan kita semua termasuklah KakNjang yang dah mula nak kerepot ni untuk menjadi sebahagian dari statistik.

Ya kita dah tua. Semakin tua. Tapi itu tidak bermaksud kita perlu terus mengalah kepada semua faktor penuaan. Pilihan di tangan kita. Nak tua kerepot atau nak tua anggun? Kita pilih.

Cadangan KakNjang: Shaklee ada lancarkan produk terbaru, CoQ-Trol Plus. Setiap botol ada 30 capsul di mana setiap capsul menyediakan 100mg CoQ10 untuk kita setiap hari. Tahan sebulan. Amalkan tanpa culas setiap hari sehingga habis sebotol dan kongsi Shaklee Effect dengan KakNjang.

Macam mana nak dapatkannya? Boleh order terus dengan KakNjang melalui wasap di 0196686767 atau order secara online dan bayar menggunakan kad kredit atau debit.

Pilihan di tangan anda.

Kenapa ada yang nampak lebih tua dari umurnya? Kenapa ada yang nampak lebih tua dari rakan sebayanya? Jom baca kenapa dalam artikel Misteri Penuaan.

Total Page Visits: 1723 - Today Page Visits: 3
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.