Terkini Kes COVID-19 7 Feb 2020 di Malaysia Meningkat
Kes terkini Virus Corona COVID-19 positif di Malaysia semakin meningkat. Hari ini 7 Feb 2020, di FBLiveAWANI Sidang Media Harian Berhubung Perkembangan Terkini Kluster 2019-nCoV Oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia berhubung virus corona, bertambah lagi satu kes positif menjadikan Malaysia sudah ada 15 kes positif virus corona setakat ini.
Anda boleh tontonnya di sini…
Antara nasihat yang diberi oleh YB Menteri Kesiatan ialah:
- Golongan berisiko tinggi (kanak-kanak bawah 12 tahun, warga tua berusia 65 ke atas, yang tidak sihat, yang rendah daya tahan, wanita hamil) dinasihatkan untuk menghadkan lawatan ke hospital kecuali jika ada keperluan.
- Elak menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa basuh tangan terlebih dahulu.
- Basuh tangan dengan kerap, guna air dan sabun.
- Elakkan mereka yang ada gejala saluran pernafasan, batuk selsema dan sebagainya.
- Amalkan etika batuk – tutup mulut dan hidung dengan tisu,.
- Jika anda ada gejala, pakai topeng muka. Bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang lain supaya tidak berjangkit. Kerana jangkitan bukan sahaja melalui airborne, tapi juga droplets.
Jumlah keseluruhan kes terkini virus novel corona telah meningkat kepada angka 31,340. Melibatkan 25 buah negara. Jumlah kematian keseluruhan 638. Pada KakNjang ini sangat serious.
Terkini kita ada 54 alat pengimbas haba di seluruh Malaysia. Kementerian Kesihatan akan menambah bukan 12, tapi 25 lagi alat pengimbas haba untuk mengesan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV COVID-19) di pintu masuk negara, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.
Alat pengimbas haba tersebut bukan sekadar untuk mengimbas semua pengembara, tidak terhad kepada pengembara dari China sahaja.
Saranan KakNjang:
Tiada keperluan, tinggal sahaja di rumah. Bukan masanya untuk mengembara ke sana sini. Keluar bila perlu sahaja!
Contain yourself and stop being selfish. How sure are you that your immune system is strong enough to fight with whatever new to your body?
Ini KakNjang sendiri yang berleter. Penting sangat lah tu bila bercakap JAWA!
Inilah masanya untuk jadikan rumah kita tempat paling best untuk kita lepak. Kalau ada laman, bersahabatlah dengan alam. Tanam pokok-pokok yang boleh bantu kita serap segala toksik yang ada di ruang udara, sekaligus menjadikan laman kita berudara bersih dan segar untuk bersantai.
Tiada laman? InSyaaAllah boleh kita jadikan kediaman lebih selesa. Pastikan udara dalam rumah sentiasa bersih.
Bagaimana?
Selain daripada menjaga kebersihan, kita boleh tanam beberapa pokok hiasan dalaman yang boleh membantu menapis toksin dari udara dan memberi sumber oksigen mencukupi untuk udara lebih bersih dan segar di dalam rumah.
KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda!
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang
Tinggalkan Balasan