Apa Itu Influenza, Bagaimana Cara Untuk Cegah Influenza

cara untuk cegah influenza

Tiba-tiba timbul isu influenza. Sehinggakan ada sekolah yang kena tutup sebab pelajar sekolah dijangkiti virus influenza dan perlu dimasukkan ke hospital. Apa yang lebih penting bagi kita yang memerhati (lebih-lebih lagi jika kita mengalaminya) masalah influenza ini ialah bagaimana cara untuk cegah influenza dari merebak dan menjadi lebih teruk.

Baru-baru ini tular di media sosial dan media massa tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia. Ada juga penularan berita tidak benar dengan mengatakan bahawa virus tersebut sama dengan kes pneumonia misteri di Wuhan, China.

Untuk pengetahuan anda, influenza merupakan selsema di mana ia adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan.

Jadi, virus influenza yang bermusim ini hanya akan menyebabkan selsema atau demam selsema yang ringan ke atas orang biasa. Namun, virus influenza yang sama boleh jadi teruk jika dijangkiti oleh golongan-golongan yang berisiko tinggi, sehingga boleh menyebabkan kematian.

Siapakah Golongan Berisiko Tinggi Dijangkiti Virus Influenza?

  • Kanak-kanak di bawah 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga tua – 65 tahun ke atas
  • Penghidap penyakit kronik – kencing manis, darah tinggi dan sebagainya
  • Ada masalah asthma
  • Rendah daya tahan tubuh atau imun
  • Obes
  • Sedang menjalani rawatan kimoterapi

Apakah Simptom-simptom Jika Anda Dijangkiti Influenza?

  • Demam
  • Batuk
  • Muntah
  • Cirit birit
  • Sakit kepala
  • Sukar bernafas
  • Kelesuan

Apakah Ubat Untuk Influenza?

Influenza disebabkan oleh virus, bukan bakteria. Jadi, antibiotik tidak akan berkesan untuk mengatasi masalah demam selsema. Jika dijangkiti influenza, kita perlu dapatkan antivirus atau vaksin influenza di hospital kerajaan mahupun swasta.

Harga vaksin influenza di hospital kerajaan berbanding hospital swasta memang berbeza. Kerisauan melampau oleh ibubapa menyebabkan lonjakan pada harga vaksin influenza yang dari asalnya sekadar RM50-RM70 sahaja, kini melonjak sehingga RM150.

Tambahan pula, tular di Twitter bahawa vaksin di hospital hanya untuk golongan berisiko dan betul-betul memerlukan, dan untuk anggota kesihatan barisan hadapan sahaja. Maka, kerisauan ibubapa bukanlah tiket untuk dapat vaksin influenza kepada kanak-kanak, mahupun dewasa.

Berikut adalah nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia jika anda dijangkiti virus influenza:

Jika anda dijangkiti Influenza, anda dinasihatkan supaya:

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Jumaat, 17 Januari 2020

Bagaimana Cara Untuk Cegah Influenza?

Sekiranya anda dijangkiti selsema, berehatlah di rumah, minum air secukupnya dan dapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi.

Selain dari itu, berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh kita amalkan bagi mengelak penularan virus influenza dari berterusan:

  1. Elakkan berada di khalayak ramai atau orang yang sakit.
  2. Pastikan lantai dan meja sentiasa bersih.
  3. Pastikan aliran udara dan pencahayaan yang baik di rumah atau tempat kerja.
  4. Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu, sapu tangan atau tuala apabila anda batuk atau bersin. Buangkan tisu itu!
  5. Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas batuk atau bersin dan selepas menyentuh hidung.
  6. Elakkan berkongsi barang-barang peribadi seperti sapu tangan, tuala dan sebagainya.
Ambil langkah pencegahan ini sebagai cara untuk cegah influenza dari terus merebak.
Ambil langkah pencegahan ini jika anda berasa tidak sihat.

Sumber: Petikan dari infografik dari Kementerian Kesihatan. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari FB KKM di sini…

Jom Cegah Influenza Cara Shaklee!

Cara cegah influenza - pastikan kediaman anda sentiasa bersih!

Gunakan BasicH untuk bersihkan semua permukaan termasuk mainan, kerusi bayi, permukaan telefon pintar / tablet, lantai, meja dan sebagainya untuk rumah yang lebih selesa.

Cara cegah influenza - pastikan kediaman anda sentiasa bersih!

Get Clean Fresh Laundry Concentrate adalah selamat untuk bayi, cukup kuat untuk seluruh keluarga. Pastikan pakaian anda bersih dan dilindungi daripada bahan cemar.

Cara cegah influenza - tingkatkan imun anda!

Tingkatkan pertahanan badan anda dengan vitamin C! Sustained Release Vita-C Plus memberikan 500mg vitamin C dalam tempoh 5 jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran supaya anda sentiasa dilindungi.

Cara cegah influenza - tingkatkan imun anda!

Rasa tidak sihat? Ambil satu sachet Nutriferon Granules setiap hari bagi mengekalkan pertahanan badan anda agar boleh bekerja dengan baik.

Cara cegah influenza - kekal terhidrat sepanjang hari!

Kesihatan yang baik bermula dengan air bersih! Hidratkan dan basahkan kerongkong anda dengan air dari penapis air Shaklee Get Clean Water Pitcher.

Cara cegah influenza - kekal terhidrat sepanjang hari!

Cuba Performance Drink perisa Natural Orange atau Lemon-Lime. Minuman yang sedap, menghidratkan dan menyegarkan untuk mengekalkan perlindungan dan terus bertenaga!

Lindungi diri dan keluarga anda dari jangkitan influenza. Amalkan 6 langkah berikut:

Pesanan khas dari Shaklee Malaysia.

Berminat untuk mencegah influenza cara Shaklee? Anda boleh terus hubungi KakNjang melalui WhatsApp di 0196686767 untuk order dan maklumat lanjut.

Pengedar Shaklee Malaysia
Total Page Visits: 561 - Today Page Visits: 7
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *