6 Simptom Kekurangan Protein
Protein merupakan unsur utama dalam pembentukan otot, kulit, rambut, kuku, enzim dan hormon. Protein juga memainkan peranan utama dalam fungsi setiap sel dan tisu dalam badan kita. Kebanyakan makanan mengandungi protein. Jadi, sepatutnya, susah nak jumpa orang yang kekurangan protein ni.
Namun begitu, tetap ada yang berisiko apabila protein yang diambil hari-hari tidak mencukupi, tidak dapat menampung keperluan pembentukan dan baikpulih perkara-perkara yang KakNjang senaraikan tadi☝️.
Macam mana nak tau samada seseorang itu makan tak cukup protein?
Di bawah ni KakNjang senaraikan antara 6 simptom kekurangan protein:
1. Memiliki rambut, kuku dan kulit yang bermasalah.
Rambut, kulit dan kuku sangat bergantung kepada protein untuk tumbuh dengan sihat.
Kekurangan protein dalam diet harian sangat memberi kesan kepada kesihatan kulit, kuku dan rambut.
2. Pengecutan otot. Melibatkan kekurangan tenaga.
Otot kita merupakan ‘takungan’ protein terbesar dalam tubuh. Otot ada di mana sahaja dalam tubuh. Otot membentuk dinding-dinding organ.
Kekurangan protein menyebabkan pengecutan otot. Organ gagal untuk berfungsi dengan optima bila otot mula mengecut. Menyebabkan ramai yang rasa lemah tidak bertenaga.
Baca lagi mengenai pengecutan otot di sini…
3. Luka lambat sembuh.
Luka akan lambat sembuh bila tubuh tidak mempunyai supply protein yang mencukupi. Pembekuan darah juga memerlukan protein.
Bukan sahaja luka yang kita nampak di luar, tetapi untuk para atlit, koyakan otot selepas setiap kali latihan sukan juga akan lambat sembuh sekiranya pemakanan mereka tidak lengkap dan kurang protein.
4. Sering demam, mudah sakit.
Protein juga memainkan peranan penting dalam memastikan sistem imun yang kuat.
Bila protein tidak mencukupi untuk tujuan itu, sistem imun jadi lemah. Dan ini meningkatkan risiko jangkitan pelbagai penyakit.
Hasilnya, apa yang kita nampak, seseorang itu kerap demam.
5. Pertumbuhan/tumbesaran terbantut.
Protein bukan sahaja penting dalam memastikan jisim tulang dan otot dalam keadaan baik, tetapi juga untuk memastikan tubuh kita membesar dengan sihat mengikut kadar sepatutnya.
Paling teruk jika kekurangan protein ini berlaku ketika fasa tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Perkembangan atau tumbesaran mereka akan agak perlahan berbanding rakan sebaya mereka.
6. Peningkatan selera makan, pengambilan kalori tinggi.
Kekurangan protein selalunya disebabkan oleh kekurangan selera makan. Itu untuk mereka yang tiada selera makan.
Tetapi bagi kita-kita yang memang boleh makan ni, bila tubuh kekurangan protein, badan akan memberi signal ke otak bahawa kita perlukan makanan untuk cukupkan protein.
Masalah timbul bila badan tafsir kita perlukan makanan, selera bertambah dan kebiasaannya akan mencari makanan yang sedap-sedap dan tinggi kalori untuk memenuhi nafsu makan.
Sedikit tip untuk anda mencukupkan keperluan protein harian dalam diet. Baca di sini… dan sini juga!
Anda ada memiliki mana-mana simptom kekurangan protein seperti di atas?
Jika ya, anda mungkin mengalami simptom kekurangan protein. Tak cukup protein untuk membantu tubuh berfungsi dengan baik. Nak KakNjang tolong anda melengkapkan jurang nutrisi tersebut? Angkat telefon, terus wasap KakNjang sekarang! 😉
Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua.
AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang!