Alfalfa Galakkan Penghasilan Susu Ibu

Ibu-ibu yang menyusu menggunakan banyak cara tersendiri untuk meningkatkan penghasilan susu badan mereka. Salah satu caranya ialah dengan pengambilan sejenis herba, Alfalfa. Bagaimana alfalfa galakkan penghasilan susu ibu? Selamatkah pengambilan alfalfa untuk ibu dan bayi yang disusui? Bagaimana kaedah pengambilannya? Jom kita tengok…

Apa itu alfalfa?

Alfalfa, atau nama saintifiknya Medicago Sativa, adalah sejenis tumbuhan dari keluarga kekacang. Alfalfa adalah antara tumbuhan tertua ditanam dalam sejarah. Rujukan tentang alfalfa ni kita boleh dapati seawal tahun 490 BC ketika Parsi menawan kota Greek.

KakNjang tak berapa hebat sangat dalam bab sejarah ni semua. Tapi kebanyakan tamadun awal dulu seperti Greek, Rome dan China memang dah lama guna alfalfa dalam diet seharian mereka.

Dah berkurun lamanya, alfalfa diamalkan sebagai makanan dan juga digunakan di dalam perubatan. Antara kegunaan alfalfa sejak dulu ialah:

  • Perubatan – pencernaan, arthritis dan buah pinggang.
  • Makanan haiwan ternakan – kuda, kambing dan lembu tenusu.
  • Sebagai galaktagog (galactagogue) – penggalak susu ibu.

Alfalfa mengandungi phytoestrogen atau estrogen tumbuhan yang mampu tingkatkan tisu di bahagian payu dara dan bekalan susu si ibu.

Ya. Alfalfa akan masuk ke dalam susu ibu. Pengambilan alfalfa secara sederhana selalunya selamat dan berkhasiat untuk ibu dan bayi yang disusui. Namun pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan ibu atau bayi yang disusui mengalami cirit-birit.

Cara-cara pengambilan alfalfa:

  • Sebagai makanan: Pucuk dan bijinya rasa seperti kacang. Boleh ditambah ke dalam salad atau sup.
  • Sebagai minuman teh: Tidak seperti pucuknya, daun alfalfa lebih pahit. Ianya dikeringkan terlebih dahulu sebelum dikisar untuk dijadikan serbuk teh. Cara penyediaannya – masukkan 1-2 sudu teh serbuk alfalfa ke dalam 250ml/secawan air mendidih, minum 3 cawan setiap hari.
  • Suplemen berbentuk tablet atau kapsul: Boleh dimulakan dengan pengambilan dos rendah, 2biji setiap kali selepas menyusu/mengepam atau 4 kali sehari.

Lain-lain faedah alfalfa:

  • Mengandungi banyak vitamin dan mineral, kaya dengan antioksidan.
  • Ia merupakan sumber utama makanan untuk haiwan tenusu, jadi alfalfa merupakan komponen penting dalam industri pengeluaran susu, keju, aiskrim, dan produk tenusu lain.
  • Sumber protein dan serat yang baik.
  • Merangsang pencernaan.
  • Mengurangkan keradangan di dalam badan.
  • Merawat tekanan darah tinggi.
  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Menurunkan kolesterol.
  • Diuretik.
  • Detox darah.

Amaran dan kesan sampingan pengambilan alfalfa:

  • Biasanya tidak merbahaya, kesan yang ringan sahaja. Ia boleh menyebabkan cirit-birit pada si ibu atau bayi yang disusui jika mula mengambil alfalfa dengan dos tinggi. Untuk elakkan dari sakit perut, mulakan dengan dos yang rendah. Bila dah rasa serasi/selesa boleh tingkatkan dos. Kalau ibu atau anak mengalami sakit perut, kurangkan/berhent pengambilan alfalfa sehingga masalah reda.
  • Sekiranya si ibu memang dah ada banyak susu, alfalfa akan tingkatkan lagi bekalan susu dan menyebabkan bengkak susu.
  • Alfalfa mengandungi vitamin K yang boleh mengganggu ubat antikoagulan/pencair darah.
  • Alfalfa menserabutkan lagi masalah auto-imun. Kalau ada masalah Systemic Lupus Erythematosus (SLE) atau keadaan auto imun lain, jangan ambil alfalfa.
  • Suplemen dalam bentuk kapsul dan tablet tidak dikawal oleh Food and Drug Administration (FDA). Kualiti produk menjadi isu di sini. Jadi, kalau nak beli suplemen alfalfa, pilihlah alfalfa dari pembekal atau pengeluar yang dipercayai seperti Alfalfa Complex Shaklee.
  • Set Selepas Bersalin/Set Berpantang Shaklee

 

Total Page Visits: 1456 - Today Page Visits: 1
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *