Bagaimana Vitamin C Bantu Tingkatkan Imuniti Tubuh?
Vitamin C sokong Penuaan Sihat melalui fungsinya dalam menyokong pembentukan dan fungsi sel darah putih. Sel darah putih merupakan komponen penting dalam sistem imuniti, sistem pertahanan tubuh kita. Tingkatkan imuniti tubuh dengan pengambilann vitamin C.
Antara sebab kenapa ramai yang ambil vitamin C tambahan, terutama dalam keadaan semasa masalah COVID-19 di Malaysia, ialah untuk tingkatkan imuniti tubuh.
Vitamin C terlibat dalam pelbagai proses dalam sistem imun tubuh kita.
Bagaimana Vitamin C Bantu Tingkatkan Imuniti Tubuh?
Vitamin C menggalakkan penghasilan sel-sel darah putih, antaranya yang dikenali sebagai lymphocytes dan phagocytes.
Mereka berdua inilah yang membantu melindungi tubuh dari sebarang serangan jangkitan penyakit.
Vitamin C juga membantu sel-sel darah putih untuk berfungsi dengan lebih efektif.
Dalam masa yang sama, vitamin C melindungi sel-del darah putih dari kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh toksin yang terhasil ketika melawan jangkitan.
Kulit merupakan satu bentuk sistem pertahanan badan dari jangkitan kuman.
Vitamin C merupakan komponen utama sistem pertahanan kulit yang disalurkan secara aktif terus ke kulit.
Dengan sifat antioksidanya yang tinggi, menjadikan pertahanan kulit kita sihat dan kuat.
Vitamin C juga bantu mempercepatkan penyembuhan luka pada kulit.
Sumber: HealthLine.com
Apa Kaitan Vitamin C Dengan Penuaan Sihat?
Dalam menuju penuaan sihat, perkara paling penting adalah untuk pastikan kita sentiasa sihat, tidak mudah sakit. Untuk itu, imuniti tubuh perlulah sentiasa dalam keadaan baik.
Untuk sistem imun sentiasa dalam keadaan baik, sel darah putih kita perlu baik untuk sistem tahanan dalaman tubuh kita. Kulit perlu sihat dan kuat sebagai pertahanan luar. Luka perlu cepat sembuh agar jangkitan dari luar tidak dapat memasuki tubuh kita melalui luka yang lambat sembuh.
Untuk itu, vitamin C sangat-sangat diperlukan untuk kesemua tujuan di atas.
Namun, ramai yang tidak dapat mencukupkan keperluan vitamin C harian mereka melalui pemakanan sebab:
- tidak mengamalkan diet sihat seimbang
- tiada selera makan
- faktur usia, kurang serapan nutrisi
Dalam keadaan ini, vitamin C perlu diambil dalam bentuk suplemen seperti Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua pembaca.
Tinggalkan Balasan