6 Tanda Kurang Vitamin C Dalam Badan | Azura Abdul

6 Tanda Kurang Vitamin C Dalam Badan

Zaman sekarang masalah kurang vitamin C disebabkan oleh kurang zat dalam diet harian. Walau tidak sampai ke tahap skurvy, antara kesan yang dapat kita lihat ialah keletihan, kemurungan dan beberapa masalah kecacatan tisu penghubung (luka lambat sembuh, pendarahan gusi dan hidung, masalah rambut dan kuku dan sebagainya). Rawatan untuk kesemuanya adalah dengan tingkatkan pengambilan vitamin C melalui pemakanan yang sihat dan seimbang.

6 Tanda Badan Kita Kurang Vitamin C

Keletihan

Antara 2 tanda awal badan kita kurang vitamin C ialah keletihan dan mood kurang baik. 2 gejala ini senang kita dapat walau kekurangan vitamin C itu tidak teruk sangat. Namun, kedua-dua gejala ini InSyaaAllah akan hilang sepantas beberapa hari selepas pengambilan diet berkhasiat yang seimbang atau pun dengan sokongan suplemen vitamin C dos tinggi.

Luka lambat sembuh

Bila badan kurang vitamin C, luka akan jadi lambat sembuh. Bila kita luka, vitamin C akan digunakan untuk membentuk kolagen – sejenis protein yang pentng dalam setiap proses penyembuhan luka. Vitamin C juga akan digunakan untuk membantu neutrophils – sejenis sel darah putih yang melawan sebarang jangkitan pada luka.

Gusi berdarah

Gusi dan hidung mudah berdarah dan  badan senang dapat lebam-lebam bila badan kita kurang vitamin C. Selain dari pembentukan kolagen, vitamin C juga membantu kekalkan salurdarah yang sihat dan kuat, juga membantu dalam pembekuan darah. Terdapat kajian yang mendapati bahawa mereka yang ada masalah gusi berdarah, bila diberi makan limau gedang selama 2 minggu, pendarahan berkurangan.

Rambut kering, bercabang dan tidak sihat bila badan kita kurang vitamin C. Vitamin C diperlukan dalam pembentukan kolagen yang merupakan elemen penting dalam struktur setiap helaian rambut kita. Vitamin C pula membantu serapan zat besi yang merupakan unsur penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat.

Kulit kering, kasar dan bersisik bila kita kurang vitamin C dalam badan. Mereka yang makan makanan berkhasiat dan seimbang memiliki kulit yang lebih halus dan lembut. Vitamin C merupakan antioksida yang membantu kulit kita melawan radikal bebas termasuklah dari pencemaran udara mahupun sinaran matahari.

Kita akan mudah sakit bila kita kekurangan vitamin C. Kajian mendapati bahawa vitamin C banyak terkumpul dalam sel-sel imun bagi membantu melawan jangkitan dan membunuh patogen punca penyakit.

Rujukan:
WebMD.com:Signs You’re Low on Vitamin C
HealthLine.com: 15 Signs and Symptoms of Vitamin C Deficiency
HealhLine.com: The 5 Best Vitamins for Hair Growth (+3 Other Nutrients)

Saranan KakNjang:

Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Cukupkan 5 hidangan sayur dan buah setiap hari seperti yang disarankan oleh KKM. Sokonglah kelompangan vitamin C yang wujud dalam pemakanan kita tadi dengan pengambilan suplemen kesihatan seperti vitamin C Shaklee 500mg.

Setiap tablet vitamin C Shaklee membekalkan 500mg vitamin C dengan sistem pelepasan berperingkat. Cara ini membolehkan setiap tablet Vitamin C Shaklee melepaskan vitamin C pada kadar 100mg setiap jam selama 5 jam. Bersamaan dengan anda memakan 1.5 biji oren setiap jam, selama 5 jam!

Dapatkan sebotol Vitamin C Shaklee anda dari KakNjang sekarang. WhatsApp ke 0196686767 atau klik pada link ini…

Pengedar Shaklee Malaysia
testimoni pengguna vitamin c shaklee
Total Page Visits: 19 - Today Page Visits: 5

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *