Cara Memilih Topeng Muka Yang Betul Untuk Cegah Influenza

Topeng muka yang betul untuk cegah influenza

Influenza merupakan selsema di mana ia adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan. Jadi, untuk cegah jangkitan influenza, topeng muka yang betul diperlukan.

Perlukah pemakaian topeng muka untuk tujuan cegah influenza?

Ada kajian mendapati bahawa ahli keluarga yang pesakit influenza memakai topeng muka, mempunya 80% kebarangkalian untuk dijangkiti oleh influenza. KakNjang rasa ini satu alasan yang cukup kuat untuk kita amalkan pemakaian topeng muka bila dijangkiti influenza.

Namun terdapat pelbagai jenis, rupa dan bentuk topeng muka yang berada di pasaran. Topeng muka yang mana satukah yang betul untuk tujuan cegah jangkitan influenza?

Paling penting, kita perlu faham bahawa pemakaian topeng muka hanyalah untuk mengurangkan penyebaran dan jangkitan virus influenza. Tiada jaminan perlindungan 100%. Namun, dengan pemakaian topeng muka berserta penjagaan kebersihan tangan dan persekitaran, dan langkah pencegahan yang diamalkan, jangkitan virus influenza dapat dielakkan dengan lebih berkesan.

Cara-cara Memilih Topeng Muka Yang Betul Untuk Mencegah Influenza Dan Cara Kendaliannya

#1: Pastikan ianya muat. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar.

topeng muka betul cegah influenza
Cara betul pakai topeng muka untuk cegah influenza

#2: Topeng muka yang berkesan untuk mencegah penyakit bawaan titisan pernafasan adalah jenis 3ply/ surgical mask yang standard.

#3: Fungsi topeng muka tersebut. Ia mempunyai beberapa lapisan yang berfungsi untuk menyerap kelembapan (an inner hydrophilic layer), menapis kuman ( a middle filter layer ) dan bahagian luar yang telap air ( an outer hydrophobic layer ).

#4: Elakkan menggunakannya berulang kali, memakai terlalu lama dan menyentuh topeng dengan tangan yang kotor.

#5: Untuk sekali guna sahaja. Jangan sentuh bahagian topeng muka ; dalam mahupun luar kerana dikhuatiri telah dijangkiti. Terus buang ke dalam tong sampah.

#6: Basuh tangan selepas membuang topeng muka.

Ingat! Topeng muka sahaja tidak mencukupi. Perlu jaga kebersihan dan ambil langkah pencegahan.

Jika anda ke Jepun dan beberapa negara lain, adalah suatu perkara yang normal untuk melihat orang awam memakai topeng muka (walaupun tiada wabak). Apa salahnya jika kita ikuti amalan yang baik ini?

Cara yang betul memakai topeng muka untuk cegah influenza dan virus merbahaya. Tonton video di bawah:

https://www.facebook.com/quicktake/videos/499177220800935/?t=22

Sumber:
HealthLine.com
CRG HealthCare
FB Public Health Malaysia

  • Penutup muka dan hidung yang paling sesuai untuk aktiviti luar bagi pekerja dan orang ramai adalah jenis respirator N95 dan bukannya topeng muka pembedahan.

    Ini kerana, alat pernafasan N95 mampu menapis kira-kira 95 peratus daripada zarah atau jerebu halus yang berada di udara, selain ia lebih selesa untuk pernafasan.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *