Doa Elak Dari Wabak Penyakit, Influenza dan Corona

Doa pelindung dari wabak penyakit berjangkit

Terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua beberapa amalan dan doa untuk kita sama beramal agar diberi pelindung oleh Allah SWT elak dari segala jenis wabak penyakit merbahaya, terutamanya seperti virus corona dan Influenza yang sedang menimbulkan keresahan dan ketakutan ummat sejagat.

Belum sempat reda dengan penularan wabak Influenza di Malaysia, dunia dikejutkan dengan penularan wabak corona yang berpunca dari Wuhan, China. Sangat teruk sehinggakan penduduknya dipaksa berkurung, tidak boleh keluar dan masuk. Malaysia terkena juga tempiasnya dengan kes ke-4 dilaporkan pada penghujung malam 26 Jan 2020.

Dalam perjalanan pulang dari hantar Angah ke Kolej tengahari tadi, KakNjang sempat mendengar berita terkini di radio. Dah lebih 90 kes kematian akibat virus corona 2019 nCoV (Novel CoronaVirus) Ya Allah cepatnya virus ini melemahkan tubuh manusia. Mula dengan angka 41 yang KakNjang tahu, entah bila meningkat ke 57 dan hari ni sudah mencecah 90 lebih kes kematian di Wuhan, China.

Ya Allah. Takut tu memang takut. Tapi esok KakNjang perlu ke lapangan terbang pula untuk menjemput BangNjang kembali dari menunaikan umrah. Sebagai seorang umat Islam, apa yang KakNjang mampu lakukan sekarang hanyalah ber doa dan berserah bulat-bulat kepada Allah SWT agar diberi pelindung dari wabak penyakit terutama virus corona dan influenza yang menular sekarang ini.

Bagaimana Islam Mengajar Agar Penyakit atau Wabak Tidak Tersebar?

Hadith ini mengajar tentang tindakan ‘quarantine’ agar penyakit atau wabak tidak tersebar.

Nabi s.a.w ketika berbicara tentang taun menyebut:
إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا ، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا
“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya” .

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ada 2 perkara yang hendak disampaikan di sini.

  • Sekiranya kita tahu sesuatu tempat itu ada penyakit, jangan pergi.
  • Sekiranya kita berada di dalam kawasan berpenyakit, duduk diam-diam, jangan ke mana-mana.

Apakah Amalan Paling Mudah Jika Kita Sedang Sakit?

Penyakit itu penghapus dosa. Hadapilah dengan tenang. Semoga kita diampuniNYA.

Mak selalu pesan. Kalau tengah sakit sangat (ayat famous bila nak bersalin ni hehehe) Njang baca lah ayat ni. Memang dah hafal kan? Tak kira lah berapa banyak kali kita baca, yang penting kita baca dengan tenang dan penuh keyakinan kepada Allah SWT. Anak bersunat pun KakNjang tenangkan dia dengan ayat ini!

Doa Elak Dari Wabak Penyakit

Doa pelindung dari wabak penyakit

Amalan Yang Biasa KakNjang Buat Untuk Elak Kemudaratan

KakNjang amalkan zikir ini bila kami sekeluarga makan di luar. Sekiranya ada sesuatu yang tidak baik dalam makanan yang boleh memudaratkan KakNjang sekeluarga, InSyaaAllah dapat dielakkan.

Islam sangat menitikberatkan soal kesihatan tubuh badan dan pemakanan umatnya. Ada garis panduan tentang ini yang sangat mudah untuk kita semua jadikan panduan. Sumber mudah, boleh dapati di Wikipedia. Semestinya disusuli dengan rujukan dari kitab-kitab yang diyakini.

Selain dari doa dan penyerahan sepenuhnya kepada Allah SWT, kita perlulah ada usaha lain bagi mengekang penularan wabak penyakit seperti virus korona n-2019 (novel coronaVirus) dan Influenza.

Antaranya ialah:

  • Elakkan diri dari berada di tempat-tempat sesak dan ramai orang.
  • Pakai topeng muka yang sesuai untuk elak Influenza dan virus berjangkit.
  • Lebih kerap basuh tangan. Mandi terus lagi bagus!
  • Tingkatkan pengambilan Vitamin C untuk sistem imun lebih kuat.

KakNjang doakan semoga kita semua, seluruh rakyat Malaysia, juga seluruh dunia, sentiasa dibawah lindunganNYA.

topeng muka yang betul untuk cegah influenza dan virus berjangkit lain
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *