Fakta: Cuci Tangan Untuk Elak Dari Jangkitan COVID-19

Cuci tangan elak jangkitan covid-19

FAKTA TENTANG AMALAN CUCI TANGAN UNTUK PERLINDUNGAN DIRI DARI JANGKITAN COVID-19

Soalan 1: Adakah amalan cuci tangan berkesan untuk melindungi diri daripada jangkitan coronavirus covid-19?

Ya. Amalan mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air dapat membunuh coronavirus yang mungkin berada di tangan anda. Cuci tangan dengan sabun elak dari jangkitan covid-19.

Jika tiada kemudahan sabun dan air, produk pencuci tangan (hand sanitizer) berasaskan alkohol boleh digunakan sebagai ganti kepada sabun dan air.

Sumber:

https://www.cdc.gov/handwashing/when-how-handwashing.html

https://www.cdc.gov/handwashing/show-me-the-science-hand-sanitizer.html

Soalan 2: Kenapa perlu kerap mencuci tangan?

Tangan yang bersih akan mengelakkan penyebaran kuman termasuk virus kepada orang lain.

Sumber:

https://www.cdc.gov/handwashing/why-handwashing.html

Soalan 3: Bagaimanakah amalan mencuci tangan dengan menggunakan sabun atau hand sanitizer dapat membunuh coronavirus?

Sabun dan air dapat memusnahkan lapisan membran luar virus dan membilasnya dengan air akan menjadikan tangan bersih dari kuman dan juga virus.

Produk pencuci tangan (hand sanitizer) berasaskan alkohol dengan kandungan alkohol yang tinggi juga dapat berfungsi sama seperti sabun jika digunakan dengan cara yang betul. Alkohol adalah bahan aktif yang berperanan untuk membunuh coronavirus.

Sumber:

Soalan 4: Adakah mencuci tangan menggunakan sabun dan air lebih berkesan berbanding hand sanitizer?

Ya. Sabun dan air bukan sahaja membunuh kebanyakan kuman termasuk coronavirus tetapi juga membersihkan tangan dari kotoran lain seperti bahan kimia berbahaya, tanah atau gris.

Sumber:

https://www.cdc.gov/handwashing/show-me-the-science-hand-sanitizer.html

Soalan 5: Adakah jenis sabun antibakteria sahaja dapat membunuh coronavirus?

Semua jenis sabun termasuk sabun biasa (plain soap) boleh digunakan untuk membunuh coronavirus dan tidak semestinya jenis antibakteria sahaja. Pemilihan sabun juga tidak terhad kepada sama ada jenis bar (ketul) ataupun cecair.

Sumber:

Sabun rumah mak awak lagi berkesan membunuh virus korona di kulit. Ya. Betul. Bukannya sanitizer tu tak berkesan….

Posted by Public Health Malaysia on Khamis, 12 Mac 2020
Soalan 6: Bagaimana dan berapa lamakah perlu cuci tangan untuk elak dari jangkitan kuman dan virus seperti covid-19?

Tempoh pencucian tangan mestilah dalam jangka masa 20-30 saat dengan mengikuti langkah wet-lather-scrub-dry. Pihak Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (US CDC) menyarankan pencucian tangan tempoh 20 saat adalah bersamaan dengan tempoh dua kali ulangan lagu penuh “Happy Birthday”.

Sumber:

https://www.cdc.gov/handwashing/show-me-the-science-hand-sanitizer.html

Soalan 7: Apakah kesilapan biasa dilakukan oleh pengguna hand sanitizer?
  1. Menggunakan terlalu banyak isipadu hand sanitizer utk mencuci tangan. Akhirnya cecair tidak kering dengan sendirinya tetapi dilap dengan tuala atau tisu. Kuman tidak dibunuh sepenuhnya dengan cara ini.
  2. Tidak meratakannya sehingga seluruh permukaan kulit sehingga cecair terasa kering.
  3. Menggunakan hand sanitizer pada permukaan tangan yang kotor dan bergris/ berminyak.

Sumber:

https://www.cdc.gov/handwashing/show-me-the-science-hand-sanitizer.html

Soalan 8: Adakah semua produk pencuci tangan hand sanitizer berkesan untuk membunuh coronavirus?

Tidak. Hanya produk hand sanitizer yang mengandungi lebih dari 60% kepekatan alkohol sahaja mampu membunuh coronavirus.

Sumber:

https://www.cdc.gov/handwashing/show-me-the-science-hand-sanitizer.html

Soalan 9: Adakah semburan larutan beralkohol atau klorin (Clorox) kepada seluruh permukaan kulit badan berkesan untuk membunuh coronavirus?

Tidak. Semburan alkohol atau larutan berklorin tidak dapat membunuh kuman yang sudah berada di dalam badan anda.

Semburan larutan beralkohol atau klorin (Clorox) berkesan untuk pencucian (disinfeksi) permukaan alatan atau lantai tetapi mungkin berbahaya kepada kulit manusia. Selain itu, ia akan merosakkan pakaian malah juga berbahaya jika ditelan.

Sumber:

https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public/myth-busters

Soalan 10: Adakah penggunaan alat sinaran ultra ungu (UV)atau alat pengering tangan bersuhu tinggi selamat dan sesuai pada tangan?

Tidak. Alat sinaran UV blh menyebabkan iritasi kulit manakala alat pengering tangan bersuhu tinggi tidak akan berkesan membunuh coronavirus jika tangan anda masih belum dicuci menggunakan sabun atau hand sanitizer.

Sumber:

https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public/myth-busters

Soalan 11: Adakah tisu lembab antibakteria berkesan untuk mencuci tangan?

WHO dan US CDC menyarankan hanya sabun atau produk berasaskan alkohol dengan kepekatan lebih 60% sahaja terbukti berkesan membunuh coronavirus.

Sumber:

https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public

Soalan 12: Adakah kita boleh menyediakan sendiri cecair hand sanitizer di rumah?

Setakat ini masih belum ada garis panduan, formulasi atau kaedah penyediaan yang jelas terbukti selamat dan berkesan untuk menghasilkan cecair hand sanitizer sendiri di rumah (homemade hand sanitizing liquid). Penghasilan cecair di rumah juga dikhuatiri tidak memenuhi kualiti piawaian sedia seperti yang ditetapkan oleh badan-badan pengawalan kualiti produk kesihatan seperti WHO, KKM dan lain-lain.

Sumber:

https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/44102/9789241597906_eng.pdf;jsessionid=84C0FF0A02CB82CBC240977270285E6D?sequence=1

Hand Sanitizer untuk kulit sensitif
Sekiranya kulit sensitif kepada alkohol, boleh gunakan kaedah berikut buat sementara waktu sehingga mendapat sabun dan air untuk cuci tangan dengan sempurna…
Doa pelindung dari wabak penyakit berjangkit
Selepas ikhtiar, susuli dengan doa dan tawakkal ke atas Allah SWT…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *