Kenapa Omega-3 Penting Untuk Tangani Masalah Anxiety Disorder?

Kenapa Omega-3 Penting Untuk Atasi Masalah Anxiety Disorder | Azura Abdul

Anxiety Disorder ini merupakan suatu penyakit yang ada kena mengena dengan neurological disorders – gangguan WiFi di otak. Itu bahasa KakNjang lah untuk KakNjang senang faham secara peribadi. Omega-3 merupakan makanan untuk otak. Jadi, penting untuk kita ambil Omega-3 untuk kesihatan otak, secara tak langsung atasi masalah anxiety disorder.

60% daripada otak kita ni adalah lemak. Antara lemak yang banyak-banyak tu, asid lemak Omega-3, lemak tak tepu, memberi manfaat terbaik untuk otak dan kesihatan mental. Dalam minyak ikan ada 2 jenis asid lemak omega-3 yang utama, EPA dan DHA.

Kepentingan EPA dan DHA:

  • membentuk membran sel, terutama di otak.
  • memiliki sifat anti-radang yang kuat dalam tubuh manusia.
  • pertumbuhan janin dan tumbesaran manusia.
  • kesihatan jantung.

Read more…

Kebiasaannya, EPA dan DHA hampir secara eksklusif ditemui dalam ikan berlemak dan minyak ikan. Mengikut satu kajian di US, kebanyakan dari mereka tidak mengambil jumlah ikan seperti yang disyorkan. Jadi, ramai yang mungkin gagal mendapat EPA dan DHA yang mencukupi dalam diet mereka. Pada firasat KakNjang, kes yang sama juga terdapat di mana-mana tempat seluruh dunia, termasuklah Malaysia sendiri.

Read more…

Tubuh manusia boleh membuat EPA dan DHA daripada omega-3 lain yang dipanggil asid alfa-linolenik (ALA). ALA ditemui dalam beberapa sumber makanan, seperti walnut, biji rami, biji chia, minyak kanola, kacang soya dan minyak kacang soya.

Namun, tubuh manusia hanya mampu menukar kurang daripada 10% ALA kepada EPA dan DHA. Sangat tidak efisyen.

Read more…

Jadi, bagi yang tak berapa nak makan ikan, tetapi perlu untuk dapatkan manfaat terbaik dari omega-3, KakNjang cadangkan pengambilan omega-3 dalam bentuk suplemen. Pilihan KakNjang ialah OmegaGuard Shaklee.

Analisis dari pada beberapa kajian klinikal mendapati bahawa pengambilan asid lemak omega-3 dapat membantu mengurangkan gejala yang biasanya ada pada mereka yang mengalami anxiety disorder.

Beberapa mekanisma telah di jalankan untuk memerhatikan bagaimana omega-3 mengurangkan anxiety disorder. Antaranya:

  • tindak balas keradangan,
  • peningkatan faktor neurotropik yang berasal dari otak (BDNF),
  • pengawalan tahap kortisol,
  • peningkatan dalam aktiviti kardiovaskular

Mekanisme ini mencadangkan bahawa asid lemak omega-3 boleh mempengaruhi kedua-dua aspek fisiologi dan psikologi.

Kajian juga mendapati bahawa mereka yang mempunyai masalah anxiety disorder ni memiliki paras omega-3 yang rendah dalam darah.

Pengambilan Omega-3 melalui suplemen di kalangan pelajar mampu membantu mereka mengurangkan stress / tekanan. Pengambilan omega-3 di kalangan ahli sukan mampu untuk membantu mereka mengurangkan keresahan.

Read more…

“Researchers found that people who took high doses of omega-3s (up to 2,000 mg a day) seemed to have the most reduction in anxiety symptoms…”

https://www.health.harvard.edu/mind-and-mood/omega-3s-for-anxiety

Saranan KakNjang, cukupkan keperluan omega-3 harian kita. Untuk general health, 1,000mg dah cukup. Tapi jika memang ada masalah anxiety, boleh tingkatkan pengambilan ke 2,000mg sehari, dan tidak melebihi 3,000mg sehari.

Rata-rata kajian yang dibuat, menyarankan pengambilan asid lemak omega-3 kerana setiap jenis lemak yang kita ambil, kebanyakannya akan digunakan sebagai “makanan” untuk otak kita. Baik pemakanannya, maka baiklah kejadiannya. Umpama nak bina pangkin kayu… dapat kayu jati, tahan lama dan baguslah hasilnya. Bila tiada kayu jati tapi pangkin tetap nak kena buat juga, maka sebarang kayu yang ada tu lah yang akan digunakan untuk membina pangkin tersebut. Lain lah kualitinya tu ka? Lebih kurang macam tu lah..

Sebab itulah omega-3 penting untuk tangani masalah anxiety disorder. Tak dapat makan ikan secukupnya, boleh dapatkan dalam bentuk suplemen. Pilihan KakNjang OmegaGuard Shaklee.

* Kesan pengambilan ke atas individu adalah berbeza. Tempoh untuk melihat keberkesanan produk juga berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca.

OmegaGuard - Omega-3 Shaklee | Azura Abdul
Atasi Anxiety Disorder dengan suplemen terbaik dari Shaklee | Azura Abdul
Bilakah Masa Terbaik Untuk Mengambil Suplemen Minyak Ikan Omega 3? | Azura Abdul
8 Faedah Senaman Untuk kesihatan Otak
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *