Bilakah Masa Terbaik Untuk Mengambil Omega 3?

Bilakah Masa Terbaik Untuk Mengambil Suplemen Minyak Ikan Omega 3? | Azura Abdul

Sebelum kita cerita tentang bilakah masa terbaik untuk mengambil omega 3, jom kita ambil tahu serba ringkas tentang minyak ikan omega 3.

Minyak ikan merupakan suplemen asid lemak omega 3 yang dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan.

Malah, terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan bahawa omega 3(1):

  • mampu mengurangkan keradangan
  • meningkatkan kesihatan jantung
  • melindungi fungsi otak
  • menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan yang betul.
bilakah masa terbaik untuk mengambil omega 3 bagi mendapat kebaikan omega 3 yang optimum

Tambahan pula, mengambil suplemen minyak ikan omega 3 pada masa-masa tertentu mampu mengoptimumkan keberkesanannya dan mencegah kesan sampingan tertentu.

Jadi, bilakah masa terbaik untuk mengambil suplemen minyak ikan omega 3 ni? Jom kita tengok…

Bilakah Masa Terbaik Untuk Mengambil Omega 3

Pilih Sendiri Masa Masa Terbaik Untuk Mengambil Omega 3

Jika hendak diikutkan masa, kita boleh ambil minyak ikan omega 3 ni pada bila-bila masa; pagi, tengahari, petang atau malam, bergantung kepada waktu yang sesuai dan berkesan untuk diri kita masing-masing. Kenapa? Banyak kajian yang mencadangkan bahawa potensi manfaat omega 3 ni dapat dilihat bila digunakan untuk jangkamasa yang panjang, bukan dalam masa yang singkat atau sekelip mata(2).

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen minyak ikan omega 3 untuk jangka masa panjang; selama beberapa minggu, atau beberapa bulan, malah sehingga bertahun lamanya; dapat meningkatkan paras kandungan asid lemak omega 3 dalam darah kita(3,4).

Walau kita dah bincang bahawa tiada masa yang specific untuk ambil suplemen minyak ikan omega 3 ni, namun, melaraskan masa pengambilan suplemen omega 3 boleh bantu mencegah beberapa kesan sampingan yang dikaitkan dengan minyak ikan tersebut.

Sebagai contoh, asid refluks adalah kesan sampingan yang biasa dikaitkan dengan pengambilan minyak ikan.

bilakah masa terbaik untuk mengambil omega 3 bagi mengelakkan kesan sampingan

Kandungan lemak dalam minyak ikan yang kita telan, terapung di atas kandungan isi perut kita. Ini boleh menyebabkan berlakunya asid refluks(5,6,7).

Membahagikan suplemen minyak ikan omega 3 kita kepada dua-tiga dos yang lebih kecil dan mengambilnya pada waktu pagi, tenghari dan malam adalah strategi berkesan yang boleh membantu mencegah asid refluks dan ketidakhadaman(7).

Perlu Diambil Bersama Makanan/Selepas Makan

Tak kira lah bila masanya kita ambil suplemen minyak ikan omga 3 tu, yang paling penting ialah kita mengambilnya bersama makanan atau selepas makan untuk serapan yang maksima. Secara khususnya, pengambilan omega 3 bersama sedikit lemak sihat boleh meningkatkan bioavailabiliti asid lemak omega 3 dan meningkatkan keberkesanannya(8,9).

Pengambilan suplemen asid lemak omega 3 bersama makanan boleh mengurangkan beberapa kesan sampingan akibat pengambilan suplemen tersebut. Contohnya, pengambilan suplemen omega 3 sejurus sebelum makan akan mengurangkan risiko berlakunya asid refluks dan ketidakhadaman akibat pengambilan suplemen omega 3(7).

Istiqamah Adalah Kuncinya!

Mengenal pasti masa yang sesuai dan berkesan untuk kita ambil suplemen omega 3 is one thing. Bila dah tahu masanya, konsisten mengambil suplemen omega 3 adalah kunci untuk mendapat segala kebaikan omega 3 kepada tubuh.

Kebanyakan kita ramai yang gemar mengamalkannya di awal pagi selepas sarapan supaya tidak terlupa dan dapat memastikan dos harian mencukupi. Ada setengah orang pula mengamalkannya bersama makan tengahari atau sebeum tidur.

Tidak kira lah bila waktunya kita ambil suplemen omega 3, selagi ianya berkesan untuk kita dan kita istiqamah mengamalkannya, InSyaaAllah kita akan dapat kebaikan omega 3 yang optima untuk kesihatan tubuh.

Jadi, jika ada yang bertanya bilakah masa yang terbaik untuk mengambil suplemen minyak ikan omega 3, pagi atau malam? Anda sudah tahu jawabnya 😀

Jika anda sedang mencari suplemen minyak ikan omega 3 untuk tingkatkan kesihatan secara menyeluruh, KakNjang cadangkan OmegaGuard Shaklee.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua pembaca. KakNjang mendoakan agar semua yang membaca posting ini dikurniakan dengan kesihatan yang superb, ceria bahagia bersama insan-insan tersayang. Aamiin…

Rujukan:

  1. PubMed Central: Omega-3 fatty acids EPA and DHA: health benefits throughout life
  2. National Center for Complementary and Integrative Health
  3. PubMed Central: The effect of fish oil supplementation on serum phospholipid fatty acids profile during pregnancy: A double blind randomized controlled trial
  4. PubMed Central: Omega-3 Fatty Acid Blood Levels Clinical Significance Update
  5. PubMed Central: Dietary fat intake and functional dyspepsia
  6. PubMed Central: Risk factors for gastroesophageal reflux disease: the role of diet
  7. PubMed Central: Fish oil: what the prescriber needs to know
  8. PubMed Central: Strategies to improve bioavailability of omega-3 fatty acids from ethyl ester concentrates
  9. PubMed Central: Omega-3 fatty acids in cardiovascular disease–an uphill battle

    • Yes Taina. You are right. And yet, according to research, 94% Malaysian adults failed to get their daily servings of fruits and veggies. 💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *