Kesan Berat Badan Berlebihan Terhadap Kesihatan Warga Tua

Kesan Berat Badan Berlebihan TErhadap Kesihatan Warga Tua

Memiliki berat badan berlebihan ketika usia tua memberi banyak kesan buruk terhadap kesihatan dan secara tak langsung mempengaruhi kualiti hidup warga tua tersebut. Faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini ialah pemilihan gaya hidup yang kurang sihat tatkala usia mencecah 30an – 50an. Kesannya akan dirasai tatkala usia memasuki 60an dan ke atas. Hari ini KakNjang hendak bincangkan beberapa kesan berat badan berlebihan terhadap kesihatan warga tua.

Apakah kesan berat badan berlebihan terhadap kesihatan warga emas?

  1. Gangguan metabolik. Tubuh tidak mampu untuk memecahkan sumber makanan kepada tenaga yang diperlukan.
  2. Kardiovaskular/Sakit jantung. Lemak berlebihan, triglycerides tinggi.Gula tinggi. Salur darah semakin mengeras. Membawa risiko kepada penyakit jantung.
  3. Arthritis. Merujuk kepada sendi-sendi yang menampung berat badan – tumit, lutut dan pinggul. Aktiviti fizikal terganggu; lebih cenderung untuk tambah lagi berat badan. Kurang bersenam, otot semakin lembik/mengecut, tulang semakin rapuh, metabolisma semakin rendah. Menerukkan lagi keadaan ‘wear and tear’ sendi. KakNjang pernah bincang tentang sakit lutut tika usia meningkat di sini…
  4. Sistem pernafasan. Sesak nafas atau semput walau dalam melakukan aktiviti ringan.
  5. Masalah kawalan pundi kencing. Kajian lanjut menunjukkan bahawa masalah ini disebabkan oleh peningkatan tekanan di bahagian dalam perut dan sekitar pundi kencing. Ini adalah kesan daripada peningkatan penambahan berat pada dinding perut (berat/tebal dengan lemak).
  6. Kanser.  Kegemukan di kalangan warga tua meningkatkan risiko kepada kanser hempedu, pankreas, buah pinggang, pundi kencing, rahim, usus besar/kecil, esophageal, serviks dan prostate.
  7. Kemerosotan fungsi fizikal. Pengecutan otot dan sakit sendi semakin teruk bila ditambah dengan keadaan tubuh yang obes. Menyebabkan warga tua yang obes kurang cergas. Ketahui tentang punca pengecutan otot di sini.
  8. Kemerosotan fungsi kognitif. Deria rasa dan bau dah kurang. Daya ingatan semakin lemah. Kebolehan melihat mendengar dan memproses maklumat semakin merosot.

Bagaimana untuk mengatasi masalah di atas?

  1. Pastikan mereka mengambil pemakanan seimbang.
  2. Pastikan mereka bergerak. Paling bagus, bawa mereka beriadhah bersama keluarga atau berjalan-jalan di hutan rekreasi atau sekeliling tasik untuk menghirup udara segar
  3. Lengkapkan jurang nutrisi mereka dengan pengambilan suplemen yang bersesuaian.

Pernah dengar Sarcopenic Obesity? KakNjang ada bincangkan tentang ini di sini…

Semoga bermanfaat!
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *