Pengajaran Dari Musibah COVID-19 Buat Semua

Pengajaran dari musibah covid-19

Pengajaran dari musibah covid-19 ini terlalu besar sebenarnya. Terlebih dahulu KakNjang nak minta maaf. Mungkin apa yang KakNjang nak bebelkan ni akan membuatkan sesetengah netters dan rakan mukabuku KakNjang terasa hati.

Tapi rasanya perlu diluahkan juga. KakNjang tak larat nak pendam.

Ini hanyalah sekadar pandangan peribadi KakNjang semata-mata…
????????
Kita dah baca di akhbar online… kenyataan KKM tentang kes COVID-19 ni.

As of petang tadi, 7 Mac 2020, kes COVID-19 di Malaysia telah cecah angka 93.

Terkini, 10 Mac 2020, angka kes di Malaysia telah mencecah 117!

Ya betul 23 kes sudah baik. Hampir separuh dari first wave sudah sembuh. Sudah boleh balik rumah. Tapi kes-kes selepas itu merupakan kes kontak terdekat atau rapat dari kes-kes terdahulu dalam cluster pertama. Second wave sudah datang. Dan akan jadi lebih besar jumlahnya.

Kalau kita tak pakat-pakat bendung bersama, graph nya akan mencanak secara exponential.
????????
Dalam menangani masalah penularan sesuatu wabak, Islam dah ajar kita bagaimana.

Ini dalam bahasa KakNjang:
– kalau awak sakit, duduk diam-diam jangan ke mana-mana .
– kalau dah tahu di sana ada penyakit, jangan ke sana.

Simple je kan? Tapi kita-kita ni semua species ‘ketegaq piang’. Maaf lah kasaq sikit. Tapi… time-time begini jugalah dia kalut nak ke sana ke sini. Bila di tegur, akan bersemburlah hujah-hujahnya itu dan ini… bagi menyokong tindakannya itu.

Kalau zaman Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat dahulu…. para Sahabat akan bertanya… “Apakah amalan yang disukai Allah, Ya Rasulullah…”

Mereka tanya apa yang Allah suka, dan mereka buat apa yang Allah suka.

Berbeza dengan sekarang… orang sekarang buat dulu (KakNjang juga tidak terkecuali?‍♀️), baru tanya,

“Aku buat gini-gini… ok ka?”

Kemudian diputar-belitkan fakta/hukum agar dapat disesuaikan dengan tindak tanduknya tadi dan menjadikan apa yang dibuat itu seolah-olah betul.

Astaghfirullah hal’aziim…
????????
KakNjang minta maaf. KakNjang bukanlah seorang ustazah yang mahir dan pakar dalam hal-hal agama.

Sekadar mengurangkan stress diri
dari rumusan yang KakNjang buat sendiri
sebelum ianya memakan diri.

Apa yang mampu KakNjang buat sebagai seorang rakyat jelata biasa-biasa hanyalah berdoa dan tawakal bulat-bulat kepadaNYA.

Wallahua’lam

Doa pelindung dari wabak penyakit berjangkit
Mac 10, 2020

Tag:,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *