Resepi Sambal Daging Jawa | Juadah Sedap Hari Raya

Menu Raya Resepi Sambal Daging Jawa | Azura Abdul

Bila puasa Ramadhan dah masuk ke separuh akhir, mulalah sibuk korek sana sini resepi rendang itu ini untuk juadah pagi raya nanti. Betul tak? Anak-anak KakNjang dah besar-besar, semua berada jauh di perantauan. Nak masakkan juadah hari raya untuk kawan-kawan sepejabat, kawan-kawan sekampus bila raya nanti. Sebelum puasa lagi dah dimintanya resepi sambal daging jawa ni. KakNjang je yang malas nak buat karangan huhuhu… sekarang dah masuk 17 hari puasa, kita tunaikan permintaan anak-anak untuk dapatkan resepi sambal daging jawa kegemaran keluarga mertua ini.

Nota buat anak-anak Ummi: Baca resepi ni sampai habis. Scroll ke bawah untuk “screenshot-able version”!

resepi sambal daging jawa ada di dalam posting ini ;-)

Mula-mula sekali kita tayang gambar end product sambal daging jawa yang dah siap dimasak!

Sedap dimakan bersama nasi putih, nasi impit, ketupat, roti. Makan dia saja pun boleh😊

Biasanya bahan-bahan atau ramuan untuk masak menu istimewa keluarga ni KakNjang sediakan 2-3 hari lebih awal.

bahan-bahan untuk sambal daging jawa

Bukannya apa. Bulan puasa kan, malas nak kelam kabut. Daging lembu tu pun kalau boleh booking dulu, nanti sebelum hari kejadian terus pergi ambil.

Ini KakNjang kongsikan bahan-bahan untuk masak resepi sambal daging jawa:

  • 2.5kg daging
  • 1kg bawang besar
  • 500g bawang merah
  • 6labu bawang putih
  • Half a palm halia
  • Half a palm kurang sikit lengkuas
  • 20biji cili hijau
  • 20biji cili merah
  • Asam jawa (biji/cup or both)
  • Santan anggaran 2biji (kotak/segar) susu LF pun boleh je. KakNjang pernah buat πŸ˜‰
  • Belacan anggaran lebih kurang besar bola ping pong.
  • Garam 1 sudu makan.
  • Gula 3-5 sudu makan.
  • Air secukupnya nak bagi daging tu empuk
  • Minyak banyak sikit (1/3 kuali lebih kurang)

Cara-caranya lebih kurang begini:

Mayang nipis semua bawang.

Mayang halus halia dan lengkuas.

Cili potong serong-serong lebih kurang setebal jari kelingking. Lebih kurang lah hehehe

Kalau buat seorang diri, selesaikan bawang, halia, lengkuas dan cili dulu. Sambil tumis bawang, boleh start potong daging pula.

Panaskan minyak. Minyak ni banyak sikit tak pe. Kalau dapat biar tenggelam semua bebawangs.

Minyak yang digunakan memang agak banyak kerana:

  1. Pertamanya, untuk memudahkan nak tumis bawang yang banyak tu.
  2. Kedua, perlu ada minyak lebih sikit jika nak simpan dalam peti ais or sejuk beku untuk simpan lama.
  3. Ketiga, memudahkan untuk panaskan nanti. Tak senang hangus InSyaaAllah.

Nanti nak hidang, tak perlulah hidangkan minyaknya sekaliπŸ˜…

Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar.

Biar sampai lunyai sedikit bawang tu semua.

Kemudian masukkan cili hijau dan merah.

Kemudian masukkan halia dan lengkuas.

Sementara nak tunggu cili tadi lunyai sikit, sediakan air asam jawa + belacan.

KakNjang guna belacan Tg Dawai. Belacan lain macam tak kena dengan tekakπŸ˜…

Perah air assam jawa biji tu. Yg dlm cup tu nanti KakNjang guna untuk adjust rasa.

Bau dah naik. Cili pun dah nak lunyai tu…

Dah boleh masukkan daging.

Bila air daging dah keluar… biar air tu sejat/susut/kurang sedikit…

Masukkan air asam + belacan tadi… tambah air sikit. Masak lagi…

Masak sampai daging agak separuh empuk…

Masukkan santan yang telah dicairkan. Masukkan garam dan gula.

Ginilah rupanya selepas letak santan. Kalau ada yang boleh tolong rasa, senang. Boleh terus adjust rasa. Balance kan rasa dengan asam belacan garam gula.

Perlahankan api, tutup periuk, biarkan 15 minit, kemudian datang kacau.

Biarkan…. nanti jgn lupa datang kacau lagi.

Biarkan… nanti datang kacau lagi, jgn bagi berkerak pula kat bontot periuk tu.

Kalau daging masih belum empuk, tambah sedikit air, masak lagi dengan api perlahan.

Jangan terlelap pula. Set timer! 

Kalau masak guna TM6 or yang sewaktu dengannya, mungkin lebih cepat!

Bila dah siap, rupanya lebih kurang begini… 

Resepi Sambal Daging Jawa Screenshot-able version πŸ˜€

Bahan-bahannya:

  • 2.5kg daging
  • 1kg bawang besar
  • 500g bawang merah
  • 6labu bawang putih
  • Half a palm halia
  • Half a palm kurang sikit lengkuas
  • 20biji cili hijau
  • 20biji cili merah
  • Asam jawa (lebih kurang segenggam kalau yang berbiji/3-5 sudu makan kalau yang dalam cup)
  • Santan anggaran 2biji (kotak/segar) susu LF pun boleh je. KakNjang pernah buat πŸ˜‰
  • Belacan anggaran lebih kurang besar bola ping pong.
  • Garam 1 – 1.5 sudu makan. Ikut rasa.
  • Gula 3-5 sudu makan. Ikut rasa.
  • Air secukupnya: untuk bancuh asam dan belacan dan nak bagi daging tu empuk
  • Minyak banyak sikit (1/3 kuali lebih kurang, biar tenggelam semua bawang)

Cara-caranya:

  1. Mayang nipis semua bawang.
  2. Mayang halus halia dan lengkuas.
  3. Cili hijau dan merah potong serong-serong lebih kurang setebal jari kelingking.
  4. Gaulkan assam jawa dan belacan dengan air
  5. Panaskan minyak.
  6. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih sehingga lunyai.
  7. Masukkan cili hijau dan cili merah.
  8. Masukkan halia dan lengkuas.
  9. Tumis sehingga semuanya nampak lunyai dan yang penting dah naik bau dia.
  10. Masukkan daging. Masak hingga air daging kering sedikit.
  11. Masukkan air assam-belacan. Masak lagi sehingga daging separuh empuk.
  12. Masukkan santan yang dah dicairkan.
  13. Masukkan gula dan garam.
  14. Gaul rata dan perlahankan api, tutup periuk.
  15. Gaulkan setiap 15 minit sehingga masak.
  16. Adjust rasa. Balance kan rasa asam belacan garam gula mengikut citarasa.

Anggaran waktu mula siap bahan sehingga selesai memasak mengambil masa 4-5jam bila memasak menggunakan periuk biasa.

Selamat mencuba resepi Sambal Daging Jawa versi KakNjang! Enak dimakan bersama ketupat, nasi impit, nasi putih mahu pun roti. Semoga anda semua ceria dan bahagia bersama keluarga di Hari Raya nanti. Assalamualaikum.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *