Panduan Berpuasa Untuk Warga Emas

Panduan Berpuasa Untuk Warga Emas | Azura Abdul

Semakin usia meningkat, banyak perkara yang boleh mempengaruhi kesihatan fizikal semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Selagi seseorang warga emas itu masih boleh mengekalkan berat badan, kekal aktif, serta mendapatkan nutrisi yang diperlukan tubuh, tiada apa yang perlu dirisaukan. Berikut dikongsikan panduan berpuasa untuk warga emas kekal sihat dan bertenaga semasa bulan ramadhan.

Panduan berpuasa untuk warga emas | set puasa Shaklee | Azura Abdul
Infografik: Panduan Berpuasa Untuk Warga Emas | AzuraAbdul.com

Panduan berpuasa untuk warga emas

Menurut National Resource Center on Nutrition, Physical Activity and Aging, 1 daripada 4 orang tua di dunia tidak mendapatkan nutrisi yang cukup setiap hari. Apatah lagi ketika menjalani ibadah puasa, malnutrisi pada warga emas berisiko menyebabkan berat badan terlebih atau terkurang. Hal ini dapat melemahkan otot dan tulang.

Bagi memenuhi keperluan nutrisi harian warga emas, mereka disyorkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan serat, vitamin, mineral, dan nutrisi lain. Hadkan makanan yang tinggi kandungan gula yang diproses, lemak, dan garam. Warga emas mungkin juga perlu menyesuaikan cara berpuasa untuk mencegah keadaan kesihatan yang buruk. Berikut merupakan tip dan pengambilan yang harus diperhatikan:

1. Fokus pada makanan berkhasiat; rendah kalori tapi tinggi nutrisi

Semakin berusia, keperluan kalori warga emas mungkin akan menurun, sementara keperluan nutrisinya tetap sama atau boleh jadi meningkat. Mengambil makanan yang tinggi nutrisi akan membantu warga emas mendapatkan vitamin, mineral, protein, karbohidrat, dan lemak yang diperlukan. Beberapa contoh makanan tinggi nutrisi yang boleh dimakan:

  • Sayuran dan buah-buahan
  • Kekacang dan biji-bijian
  • Susu rendah lemak
  • Makanan berprotein tanpa lemak
  • Hadkan makanan yang tinggi kalori, namun rendah nutrisi. Contohnya, tidak makan makanan bergoreng semasa berbuka puasa dan tidak mengambil makanan dan minuman manis yang mengandungi gula.

2. Makan makanan berserat

Serat sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memastikan sistem penghadaman yang sihat. Untuk mengelakkan sembelit dan masalah lain, sajikan makanan kaya serat pada setiap makanan sahur dan berbuka. Selain itu, serat larut sangat penting untuk menjaga kadar kolesterol sihat bagi warga emas. Contoh, anda boleh mengambil bubur gandum, kekacang dan buah-buahan semasa waktu sahur.

3. Minuman suplemen

Apabila warga emas berpuasa, mungkin sedikit sukar untuk mendapatkan nutrisi disebabkan pola dan jam makannya yang berubah. Sebaiknya, tanyakan kepada doktor atau ahli nutrisi perihal perlu atau tidaknya mengambil suplemen vitamin atau mineral, seperti kalsium, vitamin D, magnesium, atau vitamin B-12.

Vitamin- vitamin tertentu ini, sering kali kurang diserap atau tidak diambil dengan cukup oleh warga emas. Namun, beberapa suplemen boleh mengganggu jika seseorang sedang menjalani rawatan tertentu. Tanyakan kepada doktor atau ahli farmasi mengenai potensi kesan sampingan, dan dos sebelum mengambil suplemen.

Saranan KakNjang:

Pilih minuman suplemen yang berkhasiat dan berkualiti tinggi. Minuman suplemen ini biasanya mempunyai nilai kalori yang rendah tapi tinggi kandungan nutrisinya. Serapan nutrisi juga lebih bagus untuk warga tua. Lebih bagus lagi, pilihlah minuman suplemen yang mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah untuk rasa kenyang lebih lama dan kawalan paras gula sihat dalam darah. Contohnya seperti serbuk protein/protein shakes/set puasa shaklee.

4. Minum air yang cukup

Biasanya warga emas tidak sedar diri mereka kekurangan air. Apabila ibu bapa anda sedang berpuasa, pastikan mereka minum air atau cecair sihat lain secukupnya. Usahakan juga untuk minum lapan gelas atau 2 liter air setiap hari. Mineral dan air juga boleh didapati dari minuman seperti jus, teh, sup, atau bahkan buah dan sayur-sayuran yang mengandungi air.

Saranan KakNjang:

Minumlah Performance Drink Shaklee bersama air biasa di waktu sahur supaya tubuh kekal terhidrat sepanjang hari ketika berpuasa. Performance Drink Shaklee merupakan air isotonik tanpa gas yang mempunyai gabungan 6 elektrolit perlu utnuk tubuh kekal terhidrat bertenaga.

5. Bersosial

Selain memenuhi keperluan fizikal, keperluan dan kebahagian mental semasa berpuasa juga harus dipenuhi. Cuba lakukan interaksi sosial dengan bersahur atau berbuka bersama ahli keluarga, berbual bersama kawan seusia, dan aktiviti-aktiviti sosial yang lain seperti bertadarus mahupun menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk setempat. Dengan adanya interaksi sosial, warga emas boleh menjadikan ibadah puasa suatu hal yang menyenangkan, dan bukan menjadi beban atau sekadar menahan rasa lapar.

Petikan dari: HelloDoktor.com

Anda mungkin meminati topik berikut:

Pengertian Puasa, Hikmah Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan | Azura Abdul
Panduan mendidik anak puasa kali pertama | Azura Abdul

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *