Shaklee Global Conference 2019 – Inspirasi Shaklee
Pagi semalam semasa KakNjang lepak dengan geng #s2uFamilies di AnakIbuShop, duduk pun bukan dengan calang-calang orang tau… Duduk depan sekali bersama Master Nad Nadiah Suhaidi dan Master Amir Marzhuki. Tujuan berkumpul adalah untuk perkongsian pengalaman Shaklee Global Conference 2019 oleh Master Iffah dan Master Firdhaus. Inspirasi Shaklee…
Seronok tengok couple hebat ni menyantuni anak-anak sambil melayan sharing master Firdhaus Zulkifli dan master Iffah Anuar.
KakNjang ni kan… kalau cakap pasal sale sale sale memang losted awal-awal lagi. Tapi sharing semalam memang sangat kena dengan KakNjang. Semuanya macam seolah-olah kembali kepada prinsip Shaklee yang asal yang buat KakNjang jatuh cinta dengan Shaklee…. apa tu? Lain kali cerita!
American ni kan, bila kita dapat tangkap yang baik-baik, memang baik betul… memang sangat-sangat inspiring mereka semua. Dan mereka memang betul-betul caring about people around them. Perihatin.
Inspirasi Shaklee: Master Charlene Fike
MD mula sharing dengan kisah Master Charlene Fike dengan misi kemanusiaannya. 30 tahun bersama Shaklee. Bersama suami, mereka berusaha membantu orang sekeliling untuk nikmati hidup yang lebih sihat. Lebih ramai yang dibantu sihat, maka meningkatlah dana untuk misi kemanusiaan mereka!
Inspirasi Shaklee: Master Bill Firth
MD ada sentuh juga kisah Master Bill Firth. Bill Firth, 50thn bersama Shaklee. Usia 86 tahun. Beliau merupakan master yang pernah jumpa Dr Forrest C Shaklee in person. KakNjang ada baca sikit tentang Master Bill ni.
Pada tahun 1971 beliau terlibat dalam usaha untuk selamatkan sebuah tasik yang teruk tercemar oleh bahan pencuci sisa dari gunaan penduduk sekitar tasik tersebut. Beliau berbincang dengan Shaklee tentang penyelesaian bagi masalah tersebut.
Shaklee Corporations setuju untuk turut serta dalam misi tersebut. Dengan bantuan sekumpulan Pengakap sekitar kawasan tasik tersebut, Master Bill mengedarkan produk pencuci BasicL (adik beradik BasicH) kepada seluruh penduduk disekitar tasik yang tengah nazak, teruk tercemar itu.
Misi berjaya. Tasik kembali bernyawa. Dan beberapa kandungan dalam bahan pencuci biasa telah diharamkan.
Lepas tu masuk pula cerita abang Mel Gibson. Mula tu KakNjang ingatkan ada cubaan untuk relate cerita brave heart dengan misi Shaklee kita… rupanya tersalah Mel.
MIA share pasal kak Mel… Mel Robbins with her #5secondRule yang menjadi pencetus tenaga kepada apa saja yang kita nak buat, tapi terhalang atas sikap negative kita.
Contoh paling mudah ialah untuk bangun pagi hari ahad especially bila tiada sebarang janji temu. Pada hal, banyak je yang boleh kita buat kalau bangun awal pagi di hujung minggu.
So, bila rasa malas nak bangun pagi tu, kira 5-4-3-2-1 Let’s go! Dan bergerak/beralih dari posisi awal. 5-4-3-2-1 bangun!
Ada lah scientific explanation di sebalik kiraan terbalik tersebut yang KakNjang rasa baik you all korek sendiri! Lebih menyengat?
Ada lagi ni nak share. Nanti KakNjang sambung lagi…
Assalamualaikum ?♀️
Shaklee Global Conference 2019 – Sharing Part 1
Shaklee Global Conference 2019 – Semangat Baru!