Status Terkini COVID-19 Perintah Kawalan Pergerakan

Status terkini covid-19 perintah kawalan pergerakan

Gelombang ke-dua telah meletup. Seperti yang dijangkakan, graf untuk kes-kes positif COVID-19 semakin mencanak tinggi, secara exponential growth. Menjadikan status terkini COVID-19 di Malaysia telah pun mencecah 673 kes. Alhamdulillah 49 orang telah sembuh sepenuhnya, 622 masih dirawat di hospital. Manakala 2 orang dari kes positif telah meninggal dunia.

status terkini covid-19 di malaysia

Kenapa wabak seperti COVID-19 merebak secara exponential?

KakNjang ada terbaca di dalam WashingtonPost.com tentang corona simulator yang dibuat selepas COVID-19 mula merebak di Amerika Syarikat. Mulanya memang agak perlahan. Tetapi bila masuk bulan ke-dua, bilangannya bertambah dengan begitu aggressive.

Kajian dibuat secara matematik. Bilangan kes berganda setiap tiga hari. Dan sekiranya wabak ini tidak dibendung, melalui pattern graf exponential yang ditunjukkan tersebut, menjelang Mei, akan ada 100juta kes COVID-19 di Amerika Syarikat.

Itu adalah matematik. Bukan ramalan. Fakta tidak pernah menipu!

Kenapa COVID-19 tersebar secara exponential?

Virus corona ni, atau lebih dikenali dengan nama COVID-19 sekarang, sangat mudah merebak. Melalui sentuhan, titisan air pernafasan, permukaan sebarang peralatan yang pernah disentuh oleh pesakit mahupun pereka yang telah dijangkiti. Macam touch-n-go je…

Bayangkan situasi berikut dengan variable berikut…

A: mereka yang sihat
B: si pesakit
C: sesiapa saja di luar sana

A berjumpa B. A dijangkiti COVID-19 dari B. A mungkin seorang, boleh jadi seisi rumah, satu bas, satu tempat kerja, satu penerbangan, satu restoran, satu konvensyen, mungkin pernah berada di dalam satu situasi bersama si B tadi.

Selepas dijangkiti, A mungkin bertemu C di mana sahaja yang A lewati dan singgah. Dan C pula boleh jadi sesiapa sahaja yang tiada kaitan langsung dengan B.

B hanya seorang. Bila sakit, ke hospital untuk rawatan. Bila disahkan positif COVID-19, maka bermulalah ikhtiar “jejak kasih” bagi menjejaki siapakah A yang pernah berhubung dengan si B yang telah sakit tadi.

Ini yang kita dok dengar kontak rapat tu… Mungkin sikit. Mungkin puluhan. Jika B ni seorang yang sangat berpengaruh, mungkin bilangan A yang pernah kontak rapat dengan beliau boleh cecah ratusan atau ribuan! Who knows

Now. Nak menjejak A mungkin senang. Masalahnya untuk menjejak C agak sukar. Kita tak tahu siapa mereka. Dan mereka juga tidak mengenali A. Mungkin mereka yang golongan C ni yang hanya lalu lalang sebelah bahu jalan ketika hendak membeli suratkhabar, atau sedang beratur nak makan roti canai tersohor di suatu tempat ketika berselisih dengan B atau A. Kita tak tahu…

Mereka yang C ni mungkin positif dengan simptom dalam masa 14 hari, dan mungkin tidak. Jika ada simptom, kerja jadi mudah sebab mereka yang C ni akan serah diri untuk rawatan. Masalah ialah untuk mereka C yang positif dan tiada simptom.

Jadi, KakNjang harap anda semua boleh faham kenapa COVID-19 ni merebak secara exponential. Dari seorang B, kepada beberapa A, dan kepada beberapa gandaan A yang menjadikan C begitu banyak sekali. Itulah yang berlaku dan menjadikan status terkini kes COVID-19 di Malaysia adalah seperti yang dilaporkan.

Bagaimana untuk menjinakkan graf exponential tersebut?

Dengan mengamalkan social distancing! KakNjang minta maaf mengambil masa yang agak lama untuk khatam sesuatu artikel yang KakNjang baca. Sehinggakan kabinet pun sempat bersidang dan YAB Perdana Menteri kita pun telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan.

Inilah yang dimaksudkan dengan social distancing seperti yang disebut dalam WashingtonPost.com. Anda boleh tengok sendiri simulasi bagaimana virus corona ni berjangkit di dalam entri berkenaan.

Dengan penutupan tempat-tempat tumpuan ramai seperti sekolah/institusi pengajian tinggi, tempat keagamaan termasuk masjid, gereja, kuil dan sebagainya, restoran dan membatalkan perhimpunan berkumpulan dalam masa 2 minggu ini InSyaaAllah akan dapat membendung sedikit sebanyak penularan wabak COVID-19 di Malaysia seperti status terkini yang dilaporkan.

Kurangkan bergerak dan berjumpa orang lain dalam masa 14 hari ini. In bermaksud anda akan kurang risiko untuk dijangkiti juga menyebarkan wabak tersebut.

Saranan KakNjang:

Akur dengan arahan pihak berkuasa.

Pada KakNjang, bila kita faham akan situasi sesuatu musibah yang melanda, kita akan jadi lebih tenang dan senang untuk memberi kerjasama. Namun jangan pula menjadi selfish dengan hanya memikirkan diri sendiri sahaja dan melanggar perintah kawalan pergerakan.

Ancaman COVID-19 ni bukanlah suatu perkara yang kita boleh ambil mudah. Akan ada suara-suara yang marah bila dihalang untuk melakukan solat jumaat, dan digantikan dengan solat zohor di rumah atau surau tempat kerja. Kita hanya tutup sementara, 14 hari sahaja. Bukan hari-hari kita solat Jumaat bukan. Demi menjaga keselamatan semua orang, kita terpaksa akur sekejap. Sekejap sahaja.

Bersabarlah dalam menghadapi sesuatu musibah. InSyaaAllah semua ini akan berakhir dengan baik.

Jaga kesihatan diri. Tingkatkan imunisasi tubuh.

Sepanjang masa, kita perlu jaga pemakan supaya tubuh kekal sihat dan kuat untuk melawan sebarang penyakit.

Kalau dulu semasa era 60an – 70an, kita mungkin boleh pakai “an apple a day will keep the doctors away… or a banana also will do!” Tapi sekarang tidak lagi.

Sebabnya, KKM ada memberi garis panduan untuk mencukupkan keperluan nutrisi dalam pemakanan kita, kita perlukan 5 hidangan yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Kenapa begini banyak? Sebab pencemaran tanah, udara dan air yang menjejas kualiti nutrisi yang didapati dalam tumbuhan dan sumber alam kita.

Ambil suplemen secara bijak!

Bila 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak dapat dipenuhi setiap hari, di situlah datangnya keperluan untuk mengambil suplemen. Suplemen ni bukanlah makanan ruji di mana bila kita ambil suplemen, kita tidak perlu makan real food lagi. Itu salah!

Kita perlu jaga pemakanan kita dahulu. Ambil yang seimbang. Lengkap dengan karbohidrat, protein, serat dan lemak. Bila tidak dapat nak jaga keseimbangan pemakanan yang lengkap setiap hari, di situlah datangnya keperluan untuk mengambil suplemen.

Ambil apa yang perlu dan tahu untuk apa setiap satu suplemen itu kita ambil. Jadilah pengguna yang bijak.

vitamin c kekang koronavirus
Ketahui apakah suplemen/vitamin/mineral yang dicadangkan oleh pakar perubatan untuk tingkatkan sistem imun tubuh di sini…
Betulkah vitamin C rosakkan buah pinggang?
Ketahui cara yang betul untuk mengambil Vitamin C agar buah pinggan tidak terbeban
di sini…
Banyakkan berdoa. Kembalilah kepada fitrah…

Sebagai seorang muslim, inilah masa untuk kita muhasabah diri. Setiap musibah yang hadir itu adalah untuk mengajar kita tentang sesuatu. lain orang, lain pengajarannya. Maka, bertaubatlah dari sekarang.

Perbanyakkan amalan baik kita dan panjatkan doa kepadaNYA setiap masa.

Doa pelindung dari wabak penyakit berjangkit
Ketahui beberapa doa dan amalan yang boleh kita buat ketika menghadapi wabak penyakit yang merebak luas seperti COVID-19 sekarang ini…

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *