Vitamin Penting Untuk Pesakit Kencing Manis
Hari ini KakNjang nak berkongsi dengan anda semua tentang beberapa suplemen / vitamin/ mineral / pemakanan tambahan yang boleh membantu mengurangkan masalah yang dialami oleh pesakit kencing manis.
Bagaimana kita tahu yang kita ada penyakit kencing manis? Selalunya kita tak akan tahu sehinggalah kita pergi berjumpa dengan doktor dan buat ujian darah. Kalau doktor kata kita dah ada sikit, biasa dalam kumpulan pre-diabetes, doktor suruh balik jaga makan sendiri dulu.
Jika anda berada dalam kumpulan diabetes, pesakit kencing manis, doktor akan terus bekalkan ubat untuk turunkan paras gula dalam darah anda. Kalau boleh kita tak mau lah sampai perlu mengambil suntikan insulin.
Jadi, sebelum penyakit kencing manis ni melarat, adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah pencegahan dengan mengamalkan perkara-perkara yang dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah secara semulajadi, jaga makan dan ambil suplemen dengan bijak.
1: Soya sebagai makanan tambahan.
Semua orang perlu makan untuk kelansungan hidup. Untuk pesakit kencing manis, makanan rendah Glycemic Index (GI) sangat membantu untuk memastikan kestabilan paras gula dalam darah.
Soya merupakan jenis makanan yang rendah GI, dengan sumber protein yang lengkap, sama seperti protein haiwan. ESP – serbuk protein berasaskan soya keluaran Shaklee merupakan pilihan makanan tambahan yang diperkaya dengan vitamin dan mineral, terbaik untuk pesakit kencing manis. Memiliki nilai GI 39, membekalkan tenaga berterusan secara ke dalam tubuh perlahan, tidak menyebabkan sugar spike.
2: Kromium
Kromium merupakan mineral penting yang terlibat dalam proses metabolisma karbohidrat dan lemak.
Kromium juga bantu tingkatkan kepekaan insulin dan membantu dalam proses pemecahan glukosa.
3: Magnesium
Magnesium terlibat dalam lebih daripada 300 tindakbalas biokimia dalam tubuh. Selain dari memastikan saraf dan otot berfungsi dengan normal dan sihat, magnesium juga membantu dalam memastikan paras gula dalam darah adalah normal.
Magnesium juga terlibat dalam proses penghasilan tenaga dan protein.
4: ALA – Alpha-Lipoic Acid (Omega-3)
Beberapa kajian mendapati bahawa ALA dapat membantu kurangkan rintangan insulin, yang menjurus kepada kawalan paras gula dalam darah.
ALA bersifat anti-radang; sangat membantu dalam masalah neuropathy – kerosakan saraf akibat kencing manis. Dapat mengurangkan rasa sakit, semut-semut dan kebas di tangan dan kaki.
ALA juga boleh melindungi retina mata daripada kerosakan saraf akibat penyakit kencing manis.
5: GLA – Gamma Linolenic Acid (Omega-6)
GLA merupakan antioksida yang hadir dalam minyak borage, minyak evening primerose dan minyak biji blackcurrant.
GLA mampu memperbaiki fingsi saraf yang rosak akibat penyakit kencing manis.
6: B6 dan B12
B6 dan B12 khusus menyokong kesihatan saraf. Ini sangat kritikal bagi mereka yang mengalami kerosakan saraf akibat penyakit kencing manis.
7: B7 (Biotin)
B7 terhasil dalam hati dan bekerjasama dengan insulin untuk pemprosesan glukosa. B7 tingkatkan aktiviti enzim glucokinase – sensor kepada glukosa untuk menghasilkan rembesan insulin.
B7 bertanggungjawab dalam menukarkan makanan kepada tenaga. B7 terlibat dalam metabolisma protein dan pemprosesan glukosa.
8: Resveratrol
Resveratrol bersifat anti-hyperglycemic, mampu menurunkan paras gula dalam darah.
9: Zinc
Zinc merupakan elemen panting dalam penghasilan insulin. Kekurangan akan mempengaruhi penghasilan insulin. Kebanyakan mereka yang ada kencing manis mepunyai paras zinc yang rendah dalam tubuh.
10: Co-Q10
Co-Q10 sangat kritikal dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh dan antioksida di peringkat sel. CO-Q10 sangat penting dalam memastikan insulin berfungsi dengan baik.
Namun, Co-Q10 semakin berkurangan dalam tubuh kita sejajar dengan usia. Paras Co-Q10 juga menurun bila kita mula ambil ubat-ubatan untuk masalah kencing manis, kolesterol, darah tinggi dan sebagainya.
Sebab itu, Co-Q10 adalah suplemen terbaik untuk diamalkan oleh mereka yang ada penyakit kencing manis.
11: Vitamin C
Beberapa kajian mendapati bahawa vitamin C dapat membantu kurangkan paras gula dalam darah. Sifat Vitamin C sebagai antioksida melawan radikal bebas juga membantu dalam pencegahan penyakit kencing manis. Radikal bebas yang terdapat dalam tubuh merosakkan sel-sel dan menjurus kepada terjadinya penyakit kencing manis.
12: Vitamin D
Vitamin D bantu tingkatkan fungsi sel-sel pankreas yang menghasilkan insulin. Dalam masa yang sama, vitamin D juga membantu tingkatkan tindakbalas tubuh terhadap insulin. Lebih responsive.
Rujukan:
- MedLinePlus.gov
- WebMD.com and WebMD.com
- National Center for Complementary and Intergrative Health
- Diabetes.co.uk
- Clinical Diabetes
- MedicalNewsToday.com
- HealthLine.com
Saranan KakNjang:
Walau kita belum didiagnoskan dengan sebarang jenis penyakit, bila kita telah menjangkau usia 40an, penjagaan 3 perkara berikut adalah sangat penting:
- Pemakanan yang sihat dan seimbang.
- Senaman yang bersesuaian
- Pengambilan suplemen dengan bijak
3 perkara di atas adalah asas penting untuk menuju penuaan sihat, berada di usia tua dalam keadaan sihat dan cergas. Untuk tujuan pencegahan pada dasarnya.
Namun bila mana kita mula didiagnos dengan sebarang penyakit, seperti kencing manis, pengambilan suplemen dan vitamin untuk tujuan mengurangkan simptom dan kesakitan dan mengawal penyakit pada pesakit tersebut menjadi lebih penting.
Paling basic KakNjang cadangkan pengambilan Set Keperluan Harian + Ostematrix (lebih dikenali dengan nama set mengandung).
Jika ada bajet lebih sedikit, terus ambil Twin Pack Vivix, terus entitled for 5% cash bonus πππSangat berbaloi.
Berikut KakNjang senaraikan beberapa suplemen Shaklee, vitamin yang sesuai untuk diamalkan oleh pesakit kencing manis:
Untuk tempahan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi KakNjang secara WhatsApp di 0196686767.
Atau anda boleh layari sendiri laman web Shaklee untuk maklumat lanjut. Jika mahu, anda boleh terus daftar sebagai ahli dan terus membuat belian pada harga ahli.
Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua.
KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda!
019-668 6767
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang
Sapienza University β Rome β Cuba juga minyak zaiton .