Bila Ada Kencing Manis, Jaga Gula Dan Karbohidrat!

Bila ada kencing manis; jaga gula, jaga karbo.

Kencing manis merupakan antara penyakit yang sering bertandang tika usia semakin meningkat. Apa yang biasa kita lakukan bila kita mendapati bahawa kita ada penyakit kencing manis?

Dalam menuju Penuaan Sihat banyak perkara yang kita tak boleh ambil ringan. Lebih-lebih lagi soal makan. Semakin kita berusia, metabolisma kita semakin menurun, mungkin juga lebih awal dari usia tua di mana kita mengalami gangguan metabolik.

Antara penyakit yang hadir akibat gangguan metabolik ialah kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes. Yang ini biasanya kencing manis jenis 2.

Secara ringkasnya, kita ada beberapa jenis kencing manis:

  • kencing manis jenis 1 (penyakit yang biasa di kalangan kanak-kanak)
  • kencing manis jenis 2 (penyakit yang biasa di kalangan dewasa). Biasanya mereka yang obes, atau meningkat usia.
  • kencing manis ketika mengandung (gestational diabetes)
  • diabetes LADA – penyakit kencing manis jenis 1 yang boleh dihidapi oleh orang dewasa (Latent Autoimmne Diabetes of Adulthood)
  • diabetes MODY – sangat jarang ditemui. Disebabkan oleh mutasi genatik. (Maturity Onset Diabetes of the Young)
  • double diabetes – ada both jenis 1 dan 2.
  • kencing manis jenis 3
  • kencing manis akibat pengambilan steroid
  • brittle diabetes
  • secondary diabetes
  • diabetes insipidus
  • juvenile diabetes

Nah! Banyaknya. KakNjang tak terbaca semua tu dan tak dapat nak faham kesemuanya. Anda boleh sila baca sendiri di Diabetes.co.uk – The Global Diabetes Commnity.

Apa Ceritanya Bila Kita Ada Kencing Manis?

Bila kita ada kencing manis, air manis IS a NO NO! Tiada kompromi. Bersahabatlah dengan air suam dan air kosong sahaja; biar di rumah, mahu pun bila dine out.

Kenapa perlu minum lebih banyak air kosong? Bila ada kencing manis, lebih lagi!

Bila kita ada kencing manis, karbohidrat kita kena pantau betul-betul. Tak boleh berlebihan. Kerana karbohidrat cerita terakhirnya ialah penukaran kepada gula. GULA!

Namun ada berita baik tentang karbohidrat. Kita ada pilihan complex carbo berbanding refined carbo… panjang ceritanya…nanti KakNjang cerita dalam entry lain.

Bila kita ada kencing manis, Glycemic Index / Indeks Glisemik adalah cerita seterusnya. Pilihan adalah kepada nilai yang lebih rendah (kurang daripada 70).

Serbuk protein Shaklee rendag GI
Makanan rendah GI Glysemic Index / Indeks Glisemik baik untuk kesihatan.

Glycemic loading GL pula bawa cerita lanjutan. Walau GI tinggi, namun rendah kandungan karbo, maka GL sangat rendah dan tidak akan menyebabkan sugar spike kepada kita.

Contohnya, tembikai GI tinggi (80), tapi kandungan karbohidrat dalam tembikai sangat rendah, dan memberi nilai GL 5. Maka tembikai boleh dimakan mengikut saiz hidangan tertentu untuk menyegarkan dan memberikan tenaga segera tanpa meningkatkan kandungan gula dalam darah secara mendadak.

Pening kepala nak fikir semua tu, bukan?

Keep it simple…

Bila kita ada kencing manis:
○ mulakan hari dengan buah dan sayur mentah
○ mulakan setiap hidangan dengan buah dan sayur
jaga portion makan, jaga waktu makan
jangan skip sarapan
○ kurangkan karbohidrat
○ tinggalkan gula
○ minum banyak air kosong
bersenam biar berpeluh
suplemen dengan bijak

Hmmm… tak simple juga nampaknya. Panjang pulak list ni…

Apa pun, to keep it simple, kita mulakan dengan pengambilan zinc – penggalak metabolik semulajadi, tackle the problem at it’s root. Puncanya…

Bila ada kencing manis, amalkan zinc  plus shaklee untuk tingkatkan metabolisma tubuh.

Selebihnya, kita tetap kena jaga makan, bersenam dan suplemen dengan bijak.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang
019 668 6767

Pengedar Shaklee Malaysia
Total Page Visits: 34 - Today Page Visits: 3
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *