3 Tips Mudah Untuk Kurangkan Sakit Belakang

3 Tips Mudah Untuk Kurangkan Rasa Sakit Belakang | Azura Abdul

Khusus untuk geng-geng seangkatan dengan KakNjang; MomPreneur DadPreneur, Suri rumah sura rumah, yang mana bekerja dari rumah. Sakit pinggang, sakit belakang memang tak boleh bawak bincang! So hari ni KakNjang nak share dengan you all semua, 3 tips mudah untuk kurangkan sakit belakang sakit bahu sakit pinggang.

@azuraabduldotcom

3 tips mudah untuk kurangkan sakit belakang sakit bahu sakit pinggang: 1. Apply warm compression kat bahagian yang tengah sakit tu. 2. Ambil calcium-magnesium sebelum tidur untuk rehatkan otot-otot tubuh. 2. Rehat secukupnya! more info: www.azuraabdul.com #backpainrelief #warmcompress #heatpack #ezwheatpack #calcium #magnesium #rest #lifeofamom #IAmASurvivor #PenuaanSihat #HealthyAging #takeshakleeforlife #growyounger #TheShakleeWay #CapCut

♬ Good Energy – Jeppe Reil

1: Apply Warm Compression

Apply warm compression kat bahagian yang tengah sakit tu. Warm compression ini membantu melancarkan aliran darah ke bahagian yang sedang sakit. Ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Sakit bahu, pinggang, belakang… tuam je demah je di situ.

2: Ambil Calcium-Magnesium

Ambil calcium-magnesium sebelum tidur untuk rehatkan otot-otot tubuh. Kalsium dan vitamin D menyokong mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Manakala kalsium dan magnesium pula membantu merehatkan otot-otot tubuh yang telah penat bekerja seharian untuk kita. Seeloknya, ambil ketika bedtime. Supaya keesokan paginya kita akan bangun dengan rasa lebih segar bertenaga. Pilihan KakNjang OsteNutrix Shaklee.

3: Belajar untuk berehat. Rehat secukupnya!

Cabaran untuk yang bekerja dari rumah ialah kebolehan untuk mendapatkan rehat yang cukup. Dari pengalaman KakNjang sendiri, kadang tu payah sungguh nak biarkan “benda tak siap”. Selagi dok nampak, selagi itulah kaki dan tangan ni gatal nak bergerak. Jadi, kena belajar untuk “tutup sebelah mata” terhadap sesuatu yang boleh dilakukan pada waktu yang lain.

Saranan KakNjang:

Dalam kesibukan kita MakPakPreneur dalam mengejar impian masing-masing, perlu prihatin dan “dengar” akan signal yang diberikan oleh tubuh. Bila ada rasa lengoh sengal dan sakit sana sini, it’s time for us to take a break. Kita bukan robot. Bila sakit, perlu redakan sakit tu. Kemudian berikan sesuatu untuk sokong baikpulih apa sesuatu yang terkesan tu. Dan akhir sekali, berikan masa untuk tubuh ni heal. Mudah sangat bukan tips untuk kurangkan rasa sakit belakang bahu pinggang atau mana-mana bahagian tubuh yang dah keletihan ni?

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat pembaca semua.

Azura Abdul | Penuaan Sihat | Pengedar Shaklee Malaysia

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Februari 4, 2024

Tag:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *