Kepentingan CoQ10 Untuk Penuaan Sihat

Kepentingan CoQ10 untuk penuaan sihat.

Hari ini KakNjang nak kongsi dengan pembaca semua kepentingan CoQ10 untuk penuaan sihat. Kenapa CoQ10 ni perlu untuk datuk dan nenek hadapi hari tua mereka dengan lebih sihat bertenaga?

KakNjang pernah kongsi sebelum ni tentang Misteri Penuaan di mana para saintis membuat keputusan bahawa penuaan hanya akan menjadi lebih sihat, seronok dan produktif jika jumlah penyakit-penyakit kronik yang biasa dihidapi oleh warga tua dapat dicegah dan dikawal.  Dalam artikel tersebut fokus diberikan kepada melindungi sel dengan ikhtiar penggunaan VIVIX – Super Antioksida Shaklee.

Sel-sel yang telah dilindungi dengan cukup baik itu akan berfungsi dengan lebih efisien lagi jika diberi tenaga tambahan. Di sinilah timbulnya keperluan CoEnzyme-Q10. CoQ10 memang dikaitkan sangat rapat dengan penghasilan tenaga. Tetapi apa sebenarnya yang CoQ10 ni buat sehinggakan kaknjang sangat-sangat mencadangkan pengambilan CoQ10 di kalangan warga emas?

Kenapa CoQ10 Penting Untuk Penuaan Sihat?

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa suplemen coenzyme Q10, sama ada hanya CoQ10 sahaja atau digabungkan dengan ubatan lain, boleh membantu mencegah atau merawat keadaan berikut:

CoQ10 Baiki Kesihatan Jantung

Selepas Serangan Jantung

Satu kajian klinikal mendapati bahawa mereka yang mengambil CoQ10 setiap hari dalam masa 3 hari selepas serangan jantung berkemungkinan kurang mendapat serangan jantung dan kesakitan dada. Mereka juga kurang berkemungkinan mati akibat penyakit jantung daripada mereka yang tidak mengambil makanan tambahan. Sekiranya anda pernah mengalami serangan jantung perlulah berbincang dengan doktor sebelum mengambil sebarang herba atau suplemen, termasuk CoQ10.

Kegagalan Jantung (Heart Failure)

Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Mereka yang mengalami kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah, mempunyai tahap CoQ10 yang rendah.

Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah menjadi tertumpu di bahagian badan tertentu, seperti paru-paru dan kaki. Ini juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan pembengkakan pada kaki; mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah; dan tingkatkan tenaga bagi mereka yang mengalami kegagalan jantung.

Tetapi tidak semua kajian adalah positif, dan ada yang tidak ada kesan, jadi penggunaan CoQ10 untuk kegagalan jantung masih kontroversi. Anda tidak boleh menggunakan CoQ10 sendiri untuk merawat kegagalan jantung. Bincang dahulu dengan doktor anda tentang penggunaan CoQ10 untuk tujuan ini.

Kerosakan Jantung Disebabkan Oleh Kesan Kemoterapi

Beberapa kajian klinikal mencadangkan bahawa CoQ10 dapat membantu mencegah kerosakan jantung yang disebabkan oleh ubat kemoterapi tertentu seperti adriamycin atau athracycline. Lebih banyak kajian diperlukan. Berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa herba atau suplemen jika anda menjalani kemoterapi.

Pembedahan Jantung

Penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa pengambilan CoQ10 sebelum pembedahan jantung, termasuk pembedahan pintasan dan transplantasi jantung, boleh mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, menguatkan fungsi jantung, dan mengurangkan kejadian jantung yang tidak teratur (aritmia) semasa fasa pemulihan; penting untuk penuaan sihat. Anda tidak perlu mengambil sebarang suplemen sebelum pembedahan melainkan doktor anda membenarkannya.

CoQ10 Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Tekanan Darah Tinggi

Beberapa kajian klinikal yang melibatkan beberapa orang menunjukkan bahawa CoQ10 mungkin menurunkan tekanan darah. Bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 hingga 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan. Dalam satu kajian, selepas mengkaji 12 kajian klinikal, penyelidik menyimpulkan bahawa CoQ10 mempunyai potensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik, 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara. Lebih banyak penyelidikan diperlukan. JANGAN cuba merawat tekanan darah tinggi anda sendiri. Sila rujuk doktor anda.

CoQ10 kurangkan kesan sampingan ubat kolesterol

Kolesterol Tinggi

Mereka yang mempunyai kolesterol tinggi mempunyai tahap CoQ10 yang lebih rendah, sebab itu CoQ10 dicadangkan sebagai rawatan untuk kolesterol tinggi. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa CoQ10 dapat mengurangkan kesan sampingan daripada pengambilan ubat penurun kolesterol yang dipanggil statin, yang mengurangkan tahap semula jadi CoQ10 dalam badan. Mengambil suplemen CoQ10 boleh mengembalikan kandungan CoQ10 dalam badan ketahap normal; sokongan untuk penuaan sihat. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan kesakitan otot akibat kesan ubat statin. Tanya doktor anda sebelum mengambil CoQ10 dengan statin.

CoQ10 untuk pesakit kencing manis

Kencing Manis

Suplemen CoQ10 boleh perbaiki kesihatan jantung dan paras gula dalam darah. Dalam masa yang sama CoQ10 membantu mengurangkan tekanan darah tinggi pada mereka yang menghidap kencing manis, sangat menyokong untuk penuaan sihat. Kajian awal mendapati bahawa CoQ10 bantu kawal paras gula yang sihat dalam darah. Sekiranya anda ada kencing manis, berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil CoQ10.

CoQ10 Cegah Sakit Gusi

Penyakit Gusi (Periodontal)

Penyakit gusi adalah masalah biasa yang menyebabkan bengkak, pendarahan, sakit, dan kemerahan gusi. Kajian klinikal menunjukkan bahawa mereka yang ada penyakit gusi mempunyai tahap CoQ10 yang rendah dalam gusi.

CoQ10 bantu baikpulih tisu dan sembuh dengan cepat

Percepatkan Tempoh Penyembuhan

Beberapa kajian mendapati bahawa suplemen CoQ10 percepatkan penyembuhan dan pembaikan tisu.

Baca lagi tentang coenzyme-q10 di sini…

Pengedar Shaklee Malaysia

Rujukan:

Belardinelli R, Mucaj A, Lacalaprice F, et al., Coenzyme Q10 and exercise training in chronic heart failure. Eur Heart J. 2006;27(22):2675-81.

Dhanasekaran M, Ren J. The emerging role of coenzyme Q-10 in aging, neurodegeneration, cardiovascular disease, cancer and diabetes mellitus. Curr Neurovasc Res. 2005;2(5):447-59.

Heck AM, DeWitt BA, Lukes AL. Potential interactions between alternative therapies and warfarin. Am J Health-System Pharm. 2000;57(13):1221-1227.

Hodgson JM, Watts GF, Playford DA, et al. Coenzyme Q(10) improves blood pressure and glycaemic control: a controlled trial in subjects with type 2 diabetes. Eur J Clin Nutr. 2002;56:1137-1142.

Khatta M, Alexander BS, Krichten CM, Fisher ML, Freudenberger R, Robinson SW et al. The effect of conenzyme Q10 in patients with congestive heart failure. Ann Int Med. 2000;132(8):636-640.

Langsjoen PH, Langsjoen JO, Langsjoen AM, Lucas LA. Treatment of statin adverse effects with supplemental Coenzyme Q10 and statin drug discontinuation. Biofactors. 2005;25(1-4):147-52.

Madmani ME, Yusuf Solaiman A, Tamr Agha K, et al. Coenzyme Q10 for heart failure. Cochrane Database Syst Rev . 2014; 6:CD008684.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *