5 Cara Jana Pendapatan Dari Rumah
Ekonomi Malaysia paling teruk setakat ni. Ramai yang kehilangan punca pendapatan, not to mention mereka yang terpaksa menanggung kerugian dengan stok yang berlambak tidak habis terjual. Masing-masing perlu fikirkan bagaimana cara untuk jana pendapatan dari rumah dengan kapisiti apa saja yang mereka ada sekarang ini.
Ramai yang masih ada hutang-piutang yang perlu dilunaskan. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang kawan, hutang kerabat dan harap-harap tiadalah hutang AhLong. Belanja keperluan harian, duit barang dapur, barang toilet… semua tu nak kena cari.
Bagi yang berniaga pula, kos barang mentah semakin tinggi. Semua benda dah naik kos, tak perlu nak disenaraikan, buat penat sahaja. Memang terasa sesak sangat bila fikirkan semua tu.
KakNjang nak tolong dari segi kewangan pun tak termampu rasanya sebab KakNjang sendiri pun terkesan juga dengan keadaan ekonomi sekarang ini, dan yang memerlukan sokongan kewangan bukannya seorang dua, tetapi melibatkan tak terkira bilangan keluarga.
Jadi, apa yang KakNjang boleh bantu ialah dengan mengingatkan semula tentang apa yang mungkin ramai dah tahu. Bagaimanakah cara untuk kita jana pendapatan dari rumah semasa ekonomi kita tengah merudum ni.
Peluang untuk jana pendapatan yang terbuka luas dari rumah ialah melalui medium internet atau atas talian.
Ramai artis yang mula menjual pelbagai jenis produk di pelbagai platform di internet. Selebriti Serina Redzwan tidak terkecuali.
Ikuti kisah beliau di sini…
5 Cara Jana Pendapatan Dari Rumah
Cara 1: Jual Servis Anda di Group Wasap Taman
Jika anda ada kepakaran memasak lauk pauk, kuih muih tradisional, roti, kek, aiskrim Malaysia, biskut raya atau kerepek misalnya, gunakan kepakaran tersebut untuk jana pendapatan dengan menyediakan pek makanan siap bungkus untuk sarapan, makan tengahari, makan malam mahu pun sekadar kudapan untuk penduduk berhampiran anda seperti penduduk setaman atau sekampung.
Biasanya untuk keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat, akan wujud beberapa group wasap. Iklankan servis anda di sana. Jika ada rezeki, mungkin akan ada yang memanjangkan iklan anda ke group wasap kampung / taman sebelah.
Tapi, jika nak pergi lebih jauh, anda boleh belajar macam mana nak bangunkan bisnes aiskrim, bisnes bakeri, bisnes air balang atau bisnes burger dari mereka yang lebih berpengalaman.
Semoga dimurahkan rezeki kalian yang servisnya adalah menyediakan makanan untuk semua pelanggan yang memerlukan makanan siap dimasak.
Cara 2: Jual Di Platform Shopee atau Lazada
Sejujurnya, KakNjang belum pernah menjual di Shopee mahupun Lazada. Tapi KakNjang dan keluarga selalu membeli di sana. Macam-macam produk ada. Tidak terhad kepada pakaian, peralatan berkebun, peralatan bertukang, malah ada juga makanan dalam tin atau pack ready to eat.
Anak-anak KakNjang sedang dalam usaha menjual buku-buku komik dan novel lama mereka di Shopee.
Tudung bawal yang lama-lama pun jadi bahan jualan mereka juga.
Seronok sungguh KakNjang tengok muka excited mereka bila dapat pelanggan pertama ke atas buku-buku dan tudung-tudung terpakai mereka tu.
KakNjang baru dok terfikir nak jual pre-loved items kat Shopee, anak-anak dah buat dulu. Alhamdulillah.
Jemput tengok apa anak-anak KakNjang jual di kedai Shopee mereka di sini…
Macam mana nak mulakan perniagaan di Shopee atau Lazada atau Shopify? Sejujurnya KakNjang sendiri belum tahu. Tapi KakNjang ada jumpa pautan berikut untuk rujukan masa hadapan. Harap dapat membantu:
Bisnes Lazada | Panduan Lengkap Jual Barang di Lazada
Panduan Import Barang Dari China Secara Online
Cara 3: Menabung Dalam Bentuk USD
Buat mereka yang suka berkongsi maklumat, berkongsi manfaat dengan orang lain, cuba bangunkan blog. Kenapa? Sebab dalam blog kita boleh tayangkan iklan berbayar melalui akaun Google Adsense. Kita akan dibayar bila orang yang visit blog kita klik pada iklan yang ditayangkan. Pay per click!
Macam mana tu? Ni KakNjang nak cerita sedikit. Dulu KakNjang pun tak percaya sebenarnya yang blogging ni sebenarnya boleh buat duit. Tapi bila KakNjang dah berjaya capai payout minimum USD100 hari tu, baru nak terbeliak mata sekejap hehehe. Dan memang duit tu masuk akaun bank dalam bentuk MYR lah of course.
Screenshot untuk pendapatan setakat pagi tadi. Not much. Tapi bayangkan ni KakNjang dok tengah menabung dalam bentuk USD. Macam main duit kutu alaf baru pun iya juga hehehe.
Nanti cukup USD100, Google akan bayar terus ke dalam akaun bank KakNjang.
Alhamdulillah untuk rezeki setakat ni. Siapa nak bagi?
Macam mana nak mula jana pendapatan dalam bentuk USD semasa PKP ni? Caranya ialah dengan kita buat pengiklanan dengan menggunakan akaun Google Adsense. Kita boleh gunakannya samada dekat blog kita atau YouTube Channel kita atau kedua-duanya sekali.
Bagaimana nak mula? Boleh google je banyak ada rakan-rakan netters kongsikan. Salah satunya korang boleh baca sini kawan KakNjang, Atul Hamid, dah kongsikan untuk anda semua secara percuma. Baca di sini…
Cara 4: Jadi Ejen Shaklee Untuk Jana Pendapatan Dari Rumah
Lagi satu peluang yang KakNjang nampak untuk membantu kita jana pendapatan semasa PKP sekarang ni ialah dengan menjual produk kesihatan berkualiti tinggi seperti produk Shaklee. KakNjang berani rekomen Shaklee sebab Shaklee ni merupakan produk yang proven by people, proven by science. Nanti ada masa, jemput tengok kajian unggul tentang kepenggunaan Shaklee untuk jangka masa panjang, 20 tahun dan lebih di sini… The Landmark Study.
Tapi sebelum nak mula jual tu, kita kenalah menjadi penggunanya dahulu. Contohnya, Vitamin C paling popular sekarang untuk tujuan tingkatkan imuniti tubuh diri dan keluarga. Guna SRVitaC-Plus Vitamin C Shaklee dan rasa sendiri kelebihan dan kebaikannya. Kemudian barulah senang untuk kita jual vitamin C kepada orang lain sebab kita sendiri dah guna dan boleh kongsi pengalaman sendiri dan keluarga dengan lancar.
Ok. Macam mana nak mula jana income dengan Shaklee? Stok macam mana? Modal tak de ni macam mana?
Tak payah pening-pening kepala. Join KakNjang dalam Dropship Shaklee dengan Projek Viktoria by S2UFamilies, anda boleh bermula dengan modal RM 0!
MUDAH, HANYA DARI RUMAH.
Daftar PERCUMA , anda tidak perlu simpan stok!
Bisnes ini sesuai untuk golongan yang sibuk tetapi ingin buat bisnes online seperti pelajar, suri rumah, pekerja kerajaan atau swasta, blogger, guru dan sesiapa sahaja.
KELEBIHAN JOIN DROPSHIP SHAKLEE DENGAN Projek Viktoria by s2u Families: Basically everything in one place.
Sebab itulah, anda yang sedang mencari peluang tambah duit musim PKP ini kena join team dropship kami.
Kerja anda sangat mudah:
❌ Tak Perlu buat stok.
❌ Tak Perlu Modal.
Yang lain, kami tolong setelkan:
✅ Postage kami uruskan, tracking direct kepada customer anda by SMS/Email.
✅ Marketing Material kami sediakan.
✅ Support group aktif.
✅ Awesome ordering sistem!
Basically apa yang anda perlu lakukan hanyalah berkongsi peluang ini kepada circle anda.
Produk Shaklee memang laku keras, mudah untuk dijual dan bukannya produk bermusim. Lagi-lagi waktu pandemik Covid-19 ni, berebut-rebut orang nak dapatkan produk Shaklee, sentiasa tinggi demand!
Cara 5: Tingkatkan Amalan Rohani
Mungkin ada yang tak setuju dengan cara #5 ni. KakNjang tak kisah. Cuma KakNjang nak kongsikan apa yang KakNjang rasa faktor utama untuk membantu kita jana income dari rumah di saat getir dalam kita menghadapi tempoh di mana keadaan ekonomi Malaysia paling teruk. Kerana pada KakNjang, rezeki itu sangat luas. Tidak terhad kepada wang ringgit semata-mata. Kesihatan yang baik, urusan harian yang dipermudahkan, keluarga bahagia, hidup yang tenang dan banyak lagi… itu semua adalah rezeki. Dan Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Rezeki adalah dari ihsan Allah SWT.
Dalam cara #5 ini, marilah kita sama-sama gunakan tempoh sukar ini untuk muhasabah diri dan perbaiki semula amalan kita. Lakukan apa yang disukai Allah demi mendapat keredhaanNYA dan rahmatNYA.
Kita boleh mulakan dengan memperbaiki bacaan surah-surah dalam solat kita. Terutamanya surah Al-Fatihah. Tadabbur surah Al-Fatihah. Hafal maknanya.
Banyakkan baca atau hafal surah-surah pilihan seperti surah al-Mulk, surah Yassin, surah Ar-Rahman, 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Al-Kahfi atau surah lainnya.
Mulakan misi membina bungalow mewah mampu buat di taman syurga. Jaga solat-solat sunat rawatib. 10 rakaat. 12 rakaat.
Banyakkan juga mendengar ceramah dan tazkirah agama. Lebihkan masa mendalami ilmu agama dalam waktu pandemik ini. Ia sebenarnya memberikan perspektif baharu dari sudut Qada’ dan Qadar serta hikmah di sebalik semua yang sedang berlaku ini.
Manalah tahu, dengan asbab kita berusaha memperbaiki amalan ibadah kita ini, Allah akan permudahkan segala urusan dan melancarkan rezeki kita sepanjang waktu-waktu yang sukar ketika zaman kejatuhan ekonomi ini. InSyaaAllah!
Semoga perkongsian KakNjang kali ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Semoga kita semua dikeluarkan dari belenggu kewangan yang menyesakkan. Aamiin…
Ya, sangat setuju dengan tips diatas, mengambil peluang semasa pkp ni dan cuba pelajari apa yang boleh dipelajari dalam waktu ini kerana kita tidak melakukan sesuatu tanpa ilmu.