Kesan Tekanan Kepada Kesihatan

Sering kali kita tak ambil kisah tentang kesan tekanan kepada kesihatan tubuh kita. Stress. ‘Kita’ kat sini merujuk kepada semua orang, semua peringkat usia. Pelajar stress nak exam. Pekerja stress nak meet the deadline yang boss bagi. Surirumah pun stress juga, kerja rumah tak pernah siap!

Semua orang stress. So what?! Banyak what dia.. banyak buruk dari baiknya. Untuk memahami serba ringkas kesan tekanan kepada kesihatan, jom kita layan video kat bawah ni dulu…

Tekanan yang kronik boleh menyebabkan kesan buruk jangka masa panjang kepada kesihatan seperti:

  • peningkatan berat badan
  • tekanan darah tinggi
  • sakit jantung dan serangan jantung

Tekanan juga boleh menjadi punca/penyebab/fator kepada polycystic ovarian syndrome (PCOS), keadaan di mana wanita terlebih hormon lelaki (androgens) yang boleh mengganggu dan menjejaskan kitaran haid seseorang wanita itu, kesuburannya, kawalan berat badan dan macam-macam lagi. Untuk PCOS ni treatment yang paling baik ialah exercise dan kurangkan berat badan, lyfestyle change.

Bagaimana tekanan mempengaruhi badan kita?

Bila kita stress, badan akan menghasilkan hormon stress (seperti kortisol dll) sebagai persediaan tubuh untuk lawan (seperti menjawab soalan peperiksaan) atau lari (lari dari angsa gila! Contoh…) dari keadaan yang stressful itu.

Degupan jantung semakin laju, oksigen semakin banyak masuk ke paru-paru, aliran darah semakin banyak, sebahagian dari sistem imun kita jadi tergendala sementara waktu menyebabkan badan kita terdedah kepada penyakit. Tindakbalas keradangan tu jadi kurang. Buat kita tak perasan sakit tu, tapi penyakit tu build up on the inside.

Bila tekanan semakin serius, kortisol semakin tinggi, tahap sensitif kita pada kortisol, yang sepatutnya memberi kesan keradangan bila ada serangan penyakit, semakin kurang. Sedangkan keradangan sebenarnya adalah ciri-ciri utama kebanyakan penyakit, dari kencing manis hinggalah ke sakit jantung dan kanser. Stress berlarutan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit!

Emosi memainkan peranan!

Tekanan yang berlarutan juga boleh mengganggu emosi dan menyebabkan tekanan emosi, hypertension. Jangan hairan kalau tiba-tiba ada yang terjun dari bangunan 15 tingkat sebab stress yang tidak terkawal.

Macam mana pula stress boleh sebabkan kegemukan?

Stress tingkatkan penghasilan hormon kortisol. Hormon kortisol pulak menggalakkan penumpuan lemak untuk berkumpul di bahagian perut dan sekeliling organ dalaman kita. Visceral fat! Menyebabkan buncit.

Bermula dengan buncit, ditambah pula dengan gaya hidup yang tidak aktif, pengumpulan lemak akan merebak ke tempat lain juga.

Bayangkan sendiri.

Bagaimana nak tangani kesan tekanan kepada kesihatan ni?

  1. Bertenang. Jangan panik. Tutup mata dan tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung, lepaskan perlahan-lahan ikut mulut.
  2. Fikir yang baik-baik. Dalan keadaan tertekan, kita selalunya akan lebih cenderong kepada pemikiran yang negatif.
  3. Meditate. Yoga. Tai chi. Kalau untuk muslim, baca al-quran, solat lama sikit, terutamanya time sujud.
  4. Look at a bigger picture. Mungkin sesuatu kejadian itu buat kita stress. Tetapi ada hikmah disebalik setiap sesuatu kejadian itu. Contoh; kita belajar sesuatu yang baru dalam menguruskan sesuatu perkara.
  5. Cakap yang baik-baik sahaja. Semua yang negatif tu hanya akan menambahkan stress/tekanan kepada diri sendiri dan orang di sekeliling kita.
  6. Fikirkan orang lain juga. Jangan dok asyik fikirkan hal kita sahaja. Fikirkan bagaimana nak bantu orang lain yang lebih memerlukan. Kadang tu, ya betul kita tengah ada masalah. Bila dah semuanya buntu, cuba bantu mudahkan pekerjaan orang lain. Kemudahan itu akan datang semula kepada kita dari sudut yang tak kita duga.
  7. Hobi? Take a break and do what you enjoy most. Have fun.
  8. Talk to someone. Have a shoulder to cry on. Pastikan orang itu adalah seseorang yang boleh dipercayai.
  9. Kurangkan trigger atau pencetus kepada tekanan anda. Be it your job, your schoolwork, the commute, cuba senaraikan apa yang buat anda tertekan. Bagaimana, bila, dengan siapa kita buat sesuatu itu juga memainkan peranan. Kenalpasti masalah, pasti ada penyelesaiannya.
  10. Belajar untuk terima hakikat. Redha. Setiap kita ini bukanlah superman, supermom. Tiada yang sempurna. Berikan sedikit ruang untuk ketidaksempurnaan itu dan berlapang dada.

Apa lagi yang kita boleh buat untuk hadapi kesan tekanan kepada kesihatan?

#1: Exercise! Take it outside.

Contohnya kita keluar ke hutan rekreasi setiap minggu bersama keluarga. Banyak faedahnya Aktiviti Riadah dan Rekreasi Bersama Keluarga ni.

#2: Buat sesuatu. Do something!

Kita ada masalah, fokus kepada penyelesaiannya. Pekerja tidak sehaluan. Berpuak-puak dan komunikasi sangat teruk. Stress di tempat kerja? Adakan team bonding – team building sesama kakitangan dalam syarikat. Supaya semua pekerja dapat bekerja dalam situasi yang seronok dan bersemangat. Komunikasi dipulihkan. Prestasi syarikat meningkat.

#3: Jaga pemakanan yang baik, seimbang.

You are what you eat. Makan sesuatu yang boleh membantu kita untuk berada dalam keadaan sihat dan mampu mengawal mood dan emosi kita setiap masa. Paling baik untuk kita makan ketika stress ialah – sayur hijau berdaun dan buah-buahan segar. Green juicing adalah cara mudah untuk pengambilannya.. Pisang, dark chocolate, teh oolong menenangkan sistem saraf kita. Berries, omega-3, kiwi, good source of protein like ESP; dapat bantu untuk mengawal mood kita. Manakala cendawan kaya dengan selenium, ada kajian mengaitkan cendawan dengan rawatan untuk kanser yang dicetus oleh anxiety.

#4: Supplement wisely!

Kalau dari segi pemakanan kita tak pasti cukup lengkap semua nutrisi, boleh diisi nutritional gap itu dengan pengambilan suplemen secara bijak. Sebagai contoh, boleh tengok senarai supplement untuk atasi masalah anxiety disorder di sini. Kalau stress kita  membuatkan perut jadi tidak selesa, apa supplement yang boleh diambil sebagai tambahan kepada pemakanan sihat kita. CoEnzyme-Q10 juga banyak membantu dalam menangani masalah stress dan yang berkaitan dengannya.

Pesanan KakNjang

Stress atau tekanan adalah sesuatu yang kita tidak dapat lari darinya. Namun, bagaimana tindakan kita untuk menghadapi sesuatu tekanan itulah yang membezakan tahap teruk sesuatu kerosakan keburukan daripada kesan tekanan kepada kesihatan kita.

Jadi, kembalilah kepada 3 perkara ini:

  • Pemakanan yang sihat.
  • Gaya hidup yang sihat.
  • Pengambilan suplemen secara bijak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. KakNjang doakan pembaca semua menjalani hidup yang lebih tenang dan gunakan masa bersama keluarga dengan lebih berkualiti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *