Resepi Roti Jala Simple Sempoi Lembut Tapi Sedap!

Roti jala simple sempoi lembut tapi sedap

Hari ini KakNjang nak kongsi resepi roti jala yang sangat senang untuk disediakan, tapi sangat awesome kejadiannya. Roti jala ni kalau kat kampung, KakNjang panggil ghoti kay-ghai! ha… nak sebut dia kena ada idgham sikit hehehe…

Kari ayam kaknjang

Hujung minggu baru ni KakNjang sediakan kari ayam untuk makan tengahari. Saja buat lebih sebab nak makan dengan roti jala untuk minum petang.

Resepi kari ayam tu masing-masing punya lah ya. Lain orang lain preference nya. Kalau tak tau nak pilih resepi dari mana, KakNjang suka follow Azie Kitchen ni. Ada juga resepi kari ayam…

Ada yang tak boleh makan kari yang ada santan, tapi kerisik boleh pula. Ada yang suka gantikan santan dengan susu, ada juga yang buat kari tak de santan, susu whatsoever. So, kuah kari tu ikut selera masing-masing. Anak KakNjang yang kecil tu suka makan roti jala dengna susu pekat. Yang second kecil pula suka makan dengan gula. Macam-macam!

Ni KakNjang nak kongsi bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi roti jala. Since KakNjang guna blender, so sukatan ni pun ikut muat blender KakNjang lah, ok.

Bahan-bahannya ialah:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air / susu cair / santan cair / gabungan ikut tekak tapi 2 cawan sahaja.
  • 1 biji telor
  • 2 sudu makan mentega / minyak masak pilihan masing-masing
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit untuk bagi ada warna sikit. Tak nak letak pun tak pe, tapi pucat lesi lah roti jala tu nanti.

Cara-cara bancuh tepung:

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam blender.
  2. Blend sehingga semuanya sebati.
  3. Tapiskan ke dalam mangkuk adunan.
  4. Sedia untuk di-kay-ghai-kan! Ok. KakNjang tak tau korang panggil apa the act of menjalakan roti jala tersebut, but I say kay-ghai.

Tips nak bagi roti jala wangi dan tambah sedap:

Simpulan daun pandan yang dicarikkan, digunakan untuk sapuan minyak/mentega. Harum semerbak. Cuba lah!

KakNjang suka ikut cara mak KakNjang. Bila masak, mak suka guna daun pandan. Katanya aroma harum dari daun pandan tu boleh buat roti jala tu rasa lebih sedap.

Mudah sahaja caranya. Ambil sehelai daun pandan. lipat 2 kali dan simpul dengan getah di salah satu pangkal. Carik-carikkan daun pandan seperti dalam gambar tu.

Panaskan kuali. KakNjang guna non-sticky pan. Jadi, tak perlukan minyak masak sebenarnya. Tapi disebabkan nak bau harum aroma pandan tu, KakNjang dap simpulan daun pandan tadi ke dalam mentega dan sapu keseluruh permukaan kuali yang dah panas tadi. Guna sikit je mentega tu.

Bau dia… pergh… korang kena try sendiri…

Nak roti jala lembut, gunakan api yang kecil sahaja

Tips untuk dapatkan roti jala yang lembut: gunakan api kecil sahaja. Bila kuali dah panas, perlahankan api, kay-ghai ikut suka hati janji nampak lah jaringan jala itu. KakNjang dah terbiasa dengan small circles keliling tepi kuali sebab mak ajar gitu masa kecik dulu. So, begitulah juga KakNjang buat sekarang.

Jangan tinggalkan kuali. Kejap je tak sampai berapa saat dah masak.

Macam mana nak tau dah masak? Bila tepung tu macam meleding sikit, terangkat dari kuali, dah masak lah tu. Tak perlu dibalikkan. Terus angkat dan gulung or lipat ikut preference korang. KakNjang suka lipat macam kuih kapit ni. Bila guna api perlahan ni, tak perlu kalut-kalut nak makan time panas. Biar lama sikit dah sejuk pun InSyaaAllah masih lembut.

Nak cepat siap men-jala semua tepung tu, boleh je kuatkan api. Nak biarkan roti jala garing sikit pun boleh je. Tapi make sure terus makan. Sebab bila guna api besar, atau roti jala tergaring sedikit, nanti sejuk dia akan jadi keras. Dah tak sedap.

Orait. Itu sahaja. Selamat mencuba!

Pengedar Shaklee Malaysia
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *