8 Faedah Senaman Untuk Kesihatan Otak
Ramai yang bersenam untuk kurus. Ada juga yang bersenam untuk sihat. Tapi tahukah anda? Senaman juga memberi banyak faedah untuk otak. Mari kita bersenam untuk elakkan nyanyuk! … pun boleh 😉
Senaman Bantu Kita Fokus
Senaman dapat bantu kita tingkatkan fokus, memberi tumpuan kepada sesuatu. Senaman yang bagaimana? Senaman yang santai-santai berjalan-jalan keliling taman atau berbasikal secara relax dan tenang tidak membantu dalam hal ini. Senaman intensiti tinggi dapat tingkatkan tumpuan otak kita.
Senaman Kuatkan Daya Ingatan
Semakin kita tua, otak kita semakin mengecut, termasuklah bahagian hippocampus yang fungsinya untuk ingatan dan pembelajaran. Sebab itulah semakin tua, kita semakin mudah lupa.
Senaman aerobic seperti briskwalking, jogging dan juga berkebun dapat membantu bahagian hippocampus otak kita berkembang. Sekaligus meningkatkan daya ingatan dan kebolehan untuk belajar sesuatu yang baru.
Senaman Bantu Masalah Kemurungan (Depression) dan Keresahan (Anxiety)
Doktor dan pakar perubatan akan mencadangkan senaman aerobik sebagai salah satu terapi kerana senaman aerobik dapat mengurangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.
Senaman melambatkan kerosakan sel-sel otak dan pengecutan otak.
Senaman meransang tubuh untuk menghasilkan serotonin dan endorfin, sejenis bahan kimia di otak yang bertindak sebagai neurotransmitter bagi membantu kemurungan.
Mungkin akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya, oleh itu, jadikan gaya hidup aktif sebagai tabiat baru anda.
Senaman Bantu Otak Lebih Fleksibel
Neuroplasticity adalah kebolehan otak kita untuk berubah ketika kita belajar dan mengalami sesuatu pengalaman baru. Secara amnya, otak orang muda mempunyai kebolehan neuroplasticity yang lebih baik berbanding otak orang tua. Namun dikalangan umur yang sama, kebolehan ini mungkin berbeza.
Para saintis percaya bahawa senaman aerobik dan mengangkat berat dapat memberi faedah untuk otak jadi lebih elastik dan fleksibel.
Senaman Bantu Lambatkan Masalah Alzheimer’s
Orang yang tidak bersenam lebih cenderung untuk mendapat penyakit Alzheimer dan demensia. Antara sebabnya adalah kerana senaman bantu mencegah banyak perkara yang sering dikaitkan dengan demensia, seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan kemurungan.
Senaman Lancarkan Aliran Darah Ke Otak
Senaman membantu jantung dan saluran darah lebih sihat dan kuat. Ini membantu darah untuk terus sampai ke otak.
Jantung yang kuat dan salur darah yang kuat menghasilkan aliran darah yang lebih baik. Ini secara tidak langsung mencegah penghasilan plak atau ketulan darah atau darah tersumbat yang menyebabkan masalah berkaitan dengan demensia.
Para saintis percaya bahawa aliran darah yang baik ini dapat membantu menyuburkan otak dan melambatkan belakunya kemerosotan funngsi otak.
Faedah Senaman Untuk Bantu Sel-sel Otak Berhubung
Kajian menunjukkan bahawa senaman dapat membantu tingkatkan keupayaan kita untuk mengatur dan mentafsir maklumat, dan bertindak dengan bijak mengikut akal.
Hanya dengan satu sesi senaman dapat mencetus memulakan keupayaan tersebut. Dengan melakukan senaman secara teratur dan berterusan, kita dapat memastikan sel-sel otak sentiasa berhubung untuk kita buat keputusan dan ambil tindakan yang waras.
Senaman Bantu Capai Tidur Lebih Berkualiti
Kajian mendapati mereka yang bersenam mempunyai mood yang lebih baik, tidur lebih mudah, dan memiliki kitaran waktu tidur-bangun yang lebih teratur.
Kesan yang tepat terhadap otak tidak selalunya dapat ditunjukkan dengan jelas. Namun mereka yang lebih kerap bersenam mendapat tidur yang lebih berkualiti dan mencapai deep sleep pada waktunya, yang dapat membantu baikpulih otak dan tubuh
Berapa Banyak Senaman Diperlukan Untuk Capai Faedah Untuk Otak Seperti Yang Disenaraikan Di atas?
Standard recommendations – senaman sederhana intensiti 30 minit sehari, 5 kali seminggu. Untuk permulaan, itu sudah cukup bagus. Dapat buat lebih dari itu, lebih bagus untuk kesihatan otak. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa senaman yang berdurasi sehingga 45-60 minit adalah terbaik.
Rujukan:
WebMD: How Exercise Affects Your Brain
Saranan KakNjang
Seperti otot, otak juga perlu senaman dan nutrisi terbaik. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dan ambil pemakanan seimbang. Lengkapkan nutrisi untuk otak dengan pengambilan suplemen omega-3, minyak ikan terbaik seperti OmegaGuard Shaklee.
Penuaan Sihat
bermula dengan SENAMAN!
Hubungi KakNjang sekarang untuk dapatkan supplement Shaklee anda!
Terus hantarkan WhatsApp anda ke 0196686767
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!
Pengedar Sah Shaklee Melaka – Malaysia
hello thankyou for this article, please visit our website at http://news.unair.ac.id/2020/12/20/serba-serbi-dan-tatalaksana-awal-jerawat/