Amalan Dan Tabiat Untuk Atasi Masalah Anxiety Disorder

Amalan dan tabiat atasi masalah anxiety disorder | Azura Abdul

Terdapat beberapa langkah atau ikhtiar atau tabiat yang boleh kita usahakan untuk mencapai kesihatan mental yang lebih baik sekaligus bantu atasi masalah anxiety ini. Ramai yang sering kali mengaitkan anxiety disorder atau gelisah sebagai sakit mental dan gila. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa pemakanan dan senaman sebenarnya boleh mempengaruhi kesihatan otak, kesihatan mental kita. Semua orang berisiko untuk dapat anxiety disorder!

Langkah 1: Bersenam!

Langkah pertama yang juga merupakan tabiat paling penting untuk diambil untuk atasi masalah anxiety adalah BERSENAM!

Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa senaman mampu untuk meningkatkan mood dan mengurangkan gejala depression atau kemurungan. Bagi masalah anxiety atau gelisah tanpa sebab, banyak kajian menunjukkan peningkatan yang lebih baik bagi simptom anxiety bila mana ada peningkatan aktiviti fizikal terutama yang melibatkan penumpuan seperti yoga dan tai chi.

Bagaimana senaman membantu tangani masalah anxiety disorder dan depression?

Senaman meransang tubuh untuk menghasilkan serotonin dan endorfin, sejenis bahan kimia di otak yang bertindak sebagai neurotransmitter bagi membantu kemurungan.

Langkah 2: Jaga Pemakanan!

Otak merupakan bahagian tubuh yang paling aktif secara metabolik dan memerlukan aliran nutrien yang baik untuk berfungsi dengan baik.

Pemakanan yang kurang berkhasiat tidak mampu untuk membekalkan otak dengan nutrien yang diperlukan untuk penghasilan neurotransmitter. Ini akan menyebabkan on set kepada simptom-simptom anxiety dan depression.

Cara makan untuk lengkapkan nutrisi:

  • Pemakanan seimbang. Pastikan ada protein, karbo, serat, lemak dalam setiap hidangan. Amalkan pinggan sihat suku-suku-separuh
  • Jaga kesihatan perut, kesihatan usus. Amalkan pengambilan prebiotik probiotik.
  • Kurangkan pengambilan gula, minuman bergula, kuih muih manis
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Go decaf!

Tabiat makan yang sihat mampu untuk membantu kita atasi masalah anxiety dengan berkesan!

Langkah 3: Tidur Cukup Dan Berkualiti!

Tak cukup tidur memang akan ganggu mood kita. Kenapa? Sebab neurotransmitter akan di recharge semula ketika kita tidur. Sebab itu kita perlukan tidur yang cukup dan berkualiti untuk bantu otak kita alihkan masalah depression dan anxiety.

Jadikan tidur yang cukup pada waktu yang sesuai sebagai tabiat kita untuk atasi masalah anxiety.

Langkah 4: Pemikiran Dan Emosi!

Pemikiran dan perasaan yang negatif yang merasakan kita ni tidak berupaya, berputus asa, hanya akan menyebabkan hormon happy dan tenang kita merudum. Ini akan memberi impak negatif juga kepada sistem imun tubuh.

Bagaimana nak alih perasaan negatif itu:

  • ubah keadaan. contohnya; tukar tempat kerja! Tukar boss?
  • alihkan perhatian kita. contohnya; tengah trafik jem, cuba nikmati keindahan pokok-pokok dan burung-burung yang terbang. Kalau tak ada, cuba enjoy music di radio.
  • rangka semula pandangan kita. contoh; bila ada yang respond secara kasar dengan kita. Mungkin dia tengah ada masalah di rumah atau di pejabat. Maafkan dia dan move on.

Berfikiran negatif tidak membantu selesaikan masalah anxiety!

Langkah 5: Pengurusan Stress!

Stress yang keterlaluan, yang bertimpa-timpa juga akan menyebabkan anxiety dan depression.

Kenal pasti perkara yang menyebabkan kita stress dan cuba atasinya.

Belajar untuk relax. Belajar untuk bertenang.

Ada stress yang tidak dapat kita nak elak. Perlu bina ketahanan sendiri untuk hadapinya.

Langkah 6: Sokongan Sosial!

Mereka yang ada masalah anxiety ni selalunya akan cuba elakkan diri dari berjumpa orang, bergaul dengan orang lain. Lebih suka menyendiri. Disconnected! Namun hakikatnya, bila kita berhubung dengan keluarga dan rakan rapat yang boleh dipercayai, stay connected, mereka akan dapat membantu kurangkan sedikit bebanan tekanan sebagai seorang pengidap anxiety disorder.

How to stay connected?

  • Kerap berhubung dengan keluarga dan teman-teman. Bertanya khabar, jangan senyap sahaja. Berkongsi peristiwa keluarga yang menyeronokkan.
  • Kalau tak de kawan sangat, kita boleh join kelas atau group whatsApp.
  • Buatlah kerja amal, volunteer dengan mana-mana badan kebajikan. Bantu hulurkan bantuan. Bila kita bantu orang lain, kita rasa seronok dan puas hati.
  • Kalau payah sangat nak deal dengan orang, mulakan dengan haiwan peliharaan yang boleh menenangkan dan mengurangkan tekanan seperti kucing indoor.
  • Bina kenangan indah bersama keluarga
Collecting Memories: A Deposit to Emotional Bank Account

Langkah 7: Ada Matlamat Hidup!

Purpose. Tujuan. Matlamat. Impian. Niat. Kenapa kita…? Bila kita ada hala tuju, ada matlamat, fikiran dan tindakan kita akan lebih tertumpu. Tidaklah merewang entah ke mana risau tanpa sebab, tanpa arah tuju yang betul.

Ramai yang membina Vision Board. Apa yang mereka nak capai untuk diri sendiri, keluarga, komunti dan sebagainya; semuanya dilakarkan dan divisualkan agar dapat ditonton setiap hari. Dan ini memberi semangat untuk mereka terus berjuang ke arah matlamat tersebut.

Menurut kajian yang terperinci, mereka yang mempunya visi dan misi dalam hidup mempunyai daya tahan yang tinggi dalam mengharungi jatuh bangun suatu kehidupan.

Rujukan:
University of Minnesota: Taking Charge of your Health & Wellbeing

Keagamaan juga memberi maksud tersendiri dalam hidup seseorang. Dekatkan diri dengan agama, kita akan lebih tenang untuk mengharungi sebarang masalah hidup. Anxiety dan depression hanyalah satu episod dalam kehidupan. InSyaaAllah… Panduan Atasi Kemurungan Dalam Islam

Atasi Anxiety Disorder dengan suplemen terbaik dari Shaklee

Langkah Untuk Mencapai Kesihatan Mental Yang Baik – Malaysia

  • whoah this blog is wonderful i really like reading your articles. Keep up the great paintings! You realize, a lot of people are hunting round for this info, you could help them greatly.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *