AJHT Hilangkan Sakit Lutut. Mak Teringin Nak Makan AJHT Balik.
AJHT hilangkan sakit lutut dan sendi. Hanya yang dah pernah amalkan AJHT ni sahaja yang tahu nak bezakan keberkesanan glucosamine Shaklee ini berbanding jenama lain.
Kadang-kadang tu KakNjang rasa macam selfish. Bila ada benda bagus, KakNjang simpan sendiri. Berat sangat rasa nak share dengan orang. Bila terbaca satu posting doktor ni bahawa dia sharing bukan kerana dia jual produk suplemen, tapi sekadar berkongsi ilmu sihat. Kurang sikit rasa kebersalahan macam nak menjual produk sangat, walau niat KakNjang nak bantu beri manfaat penuaan sihat kepada lebih ramai orang. Baik doc. KakNjang tiru – dengan cara KakNjang InSyaaAllah!
AJHT dah lama OOS kat pasaran Malaysia. Mak dan suami pengamal AJHT. Bila tahu ada stok di seberang, maka selalulah kami anak-beranak ber-JJCM ke seberang. Alang-alang nak beli stok personal, kita jelajah tempat orang dan belajar sesuatu yang baru setiap kali pergi.
Ada yang terdengar kisah keberadaan AJHT ini dekat KakNjang. Lalu dirisiknya KakNjang. Seperti biasa KakNjang akan suruh cari option local supaya senang dapat walau dalam waktu sesak. Tapi keberkesanannya memang tak setanding dengan apa yang AJHT mampu berikan.
Bukannya apa… harganya sedikit mahal. Dan nak mendapatkannya pun bukan murah, bukan mudah. Itu yang buatkan AJHT ni sangat berbaloi dalam masa sekarang ni.
Pada KakNjang, adalah tidak keterlaluan kalau KakNjang kata kemampuan AJHT hilangkan sakit lutut tidak dapat disangkalkan.
Kalau mak dah kata nak, dia nak sangat lah tu. Pada mulanya sangat berat nak melepaskan stok peribadi ni. Tapi bila mengenangkan mak kat kampung, dengan kesakitan yang pernah dia lalui, tak sampai hati pula untuk KakNjang kecewakan permintaan seorang anak untuk ibunya yang sedang dalam kesakitan ni.
Bila KakNjang setuju untuk berikan stok peribadi untuk maknya, terus diangkat 3 sekali. Allah… betapa si ibu itu sangat-sangat merindui AJHT. Terus tak jadi nak pos, KakNjang COD hari yang sama jugak!
Seronok sungguh makcik bila dapat AJHT. Terus diceritakan macam mana sakitnya lutut dia semasa kat Mekah mengerjakan umrah Januari 2018 yang lalu. Hanya dok bertahan dengan Ostematrix sahaja. Memang tak cukup lah makcik. Lepas tu makcik sambung cerita macam mana sakitnya kaki tu bila nak solat. Naik tangga pun kena perlahan-lahan satu anak tangga pada satu masa. Anak makcik ada ajak makcik pergi rumah dia ni kelmarin. Tapi makcik tak nak. Lutut makcik ni sakit sangat.
Satu pesanan makcik yang KakNjang sangat-sangat setuju – duit simpan banyak pun buat apa kalau sakit! Mak KakNjang pun selalu cakap ni dekat KakNjang. Mak KakNjang juga sekarang pengamal tegar produk Shaklee. Sebab mak juga dah dapat Shaklee Effects tu. BangNjang pun sama. Sebab tu dia sanggup lepaskan sekejap stok peribadi untuk makcik ni dengan harapan agar makcik tidak lagi dalam kesakitan dan dapat beribadat dengan lebih sempurna dan selesa selepas ini. Aamiin…
Jika ada ibu ayah abang kakak pakcik makcik yang sakit lutut dan dah mati akal nak ikhtiar apa lagi, boleh terus wasap KakNjang di 0196686767 atau klik di sini.
Untuk set lengkap kesihatan tulang dan sendi Shaklee, anda boleh baca di sini – Set Kesihatan Tulang Dan Sendi Shaklee.