Apa Itu Bantut? Adakah Bantut Masalah Serius?

Apa Itu Bantut?

Kita selalu nampak ada budak sekolah yang tinggi, tidak kurang juga yang rendah, malah terlalu pendek berbanding rakan sebayanya. Ini dipanggil bantut. Ramai yang bertanya bantut itu apa? Secara kasarnya, bantut itu ialah apa yang kita nampak di mana kanak-kanak berketinggian agak kurang berbanding rakan sebaya yang lain.

Jadi, apa itu bantut?

Jika mengikut Wikipedia, stunted growth atau pertumbuhan terbantut ditafsirkan sebagai reduced growth rate, kekurangan kadar pertumbuhan bagi seseorang individu.

Apa itu bantut?

Definisi bantut mengikut WHO (World Health Organization) pula, bantut ialah bila mana kadar ketinggian berbanding umur seseorang kanak-kanak itu adalah di bawah 2SD (standard deviation) WHO Child Growth Standards median. Maksudnya, ada sekian-sekian ketinggian mengikut umur. Kurang dari itu, bantutlah dia!

Punca utama bantut:

  • kekurangan nutrisi seawal usia bayi/kanak-kanak
  • jangkitan penyakit/sakit teruk yang berulang seawal usia bayi/kanak-kanak
  • kekurangan nutrisi ketika masih dalam kandungan lagi.

Ini mungkin data lama. Tapi sehingga tahun 2012, di anggarkan 25% kanak-kanak bawah 5 tahun mengalami bantut. Lebih 90% yang bantut ini adalah penduduk Afrika(36%) dan Asia(56%)! Bantut adalah sesuatu yang kekal. Kanak-kanak yang bantut tidak akan dapat kembali ketinggian yang hilang ketika tempoh pertumbuhan di awal usia mereka. Bantut banyak dikaitkan dengan persekitaran yang tidak bersih menyebabkan pelbagai penyakit dan jangkitan kuman terhadap kanak-kanak, yang menyebabkan kehilangan nutrisi yang teruk di kalangan mereka.

UNICEF pun ada buat kajian tentang bantut ni. Dan kajian mereka mendapati kanak-kanak Malaysia lebih ramai yang bantut berbanding kanak-kanak di Zimbabwe! Dan ramai-ramai di Malaysia ini, kanak-kanak di Kelantan paling ramai yang bantut. Anda boleh baca lagi di sini…

Kempen kesedaran terhadap masalah bantut ini Alhamdulillah telah berlansung di Malaysia. Contohnya boleh kita lihat pada posting Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan di media sosial, di laman mukabuku mereka tentang masalah bantut ini. Boleh tinjau di sini…

KakNjang nampak ini sebagai suatu tindakan wajar bagi memupuk kesedaran Penuaan Sihat di kalangan rakyat Malaysia. Bantut mempengaruhi Penuaan Sihat setiap individu.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Artikel Berkaitan:

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *