Apakah Kesan Bantut Terhadap Sosioekonomi Keluarga?

Kesan Bantut Terhadap Sosioekonomi

KakNjang dah bincang tentang Apa Itu Bantut dan Punca Bantut dalam artikel-artikel sebelum ini. Kempen kesedaran dikalangan mayarakat mengenai permasalahan bantut ini juga telah diwujudkan di sosial media seperti yang dikongsi oleh Public Health Malaysia di laman mukabuku mereka. Kali ini KakNjang hendak utarakan kesan bantut terhadap sosioekonomi individu, keluarga dan masyarakat.

Sebelum itu KakNjang jemput anda semua untuk tinjau di sini -> kajian yang dijalankan oleh UNICEF ( United Nations Children’s Fund) di mana keputusannya mendapi 1 daripada 5 kanak-kanak Malaysia bantut. Dan kanak-kanak di Kelantan lebih ramai yang bantut berbanding Zimbabwe dan Swaziland!

Kesan Bantut Terhadap sosioekonomi

Bantut memberi kesan yang sangat mendalam terhadap sosioekonomi. Boleh dilihat dari 3 aspek berikut:

1. Kesihatan

Kerosakan akibat kekurangan nutrisi paling teruk ialah di peringkat kehamilan dan seawal terbentuknya janin sehinggalah ke dua tahun pertama (1000 hari pertama) kanak-kanak. Untuk jangkamasa pendek, kanak-kanak ini memiliki sistem imun yang sangat lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Akibatnya kadar kematian akibat kekurangan nutrisi adalah tinggi, begitu juga dengan kes jangkitan penyakit yang serius.

Overall under-nutrition represents the single largest killer of under-five children, being responsible for 3.1 million child deaths each year (45% of total under 5 years’ deaths)

The Lancet’s Series on Maternal and Child Under-nutrition, Executive Summary

Untuk tempoh jangkamasa panjang, kekurangan nutrisi diikuti dengan beberapa siri jangkitan penyakit yang teruk boleh menyebabkan bantut di mana kesannya adalah ke atas perkembangan otak yang mempengaruhi kebolehan anak untuk menguasai kemahiran berfikir, mendengar, berbahasa juga gerakan motor (tangan kaki semua sendi). Selalunya kesan ini tidak boleh dipulihkan.

Kekurangan nutrisi yang teruk, penyakit yang biasa bagi kanak-kanak seperti cirit-birit dan pneumonia (radang paru-paru) menyebabkan tubuh kanak-kanak lebih cepat kehilangan nutrisi, yang mana jika tidak dirawat boleh menyebabkan maut.

Jika jangka hayat mereka lebih panjang, antara masalah lain yang sering dihadapi ialah obesiti, berpenyakit, masalah seksual.

2. Pembelajaran

Banyak kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang bantut mempunyai masalah bantut mempengaruhi perkembangan otak dan kognitif kanak-kanak terlibat. Kemahiran motor juga terganggu. Secara tak lansung, pembelajaran juga terjejas.

Jangkamasa panjang, dewasa yang bantut selalunya mempunyai tahap pendidikan yang agak rendah, mempengaruhi pendapatan untuk sokongan hidup, dan secara tak langsung mempengaruhi kehidupan generasi mereka yang akan datang.

… stunting in early life is linked to 0.7 grade loss in schooling, a 7-month delay in starting school and between 22 and 45 percent reduction in lifetime earning …

Improving Nutrition Security in Africa, An EU-UNICEF Joint Action

3. Ekonomi

Bantut memberi kesan terhadap ekonomi keluarga bila mana perbelanjaan lebih banyak dihabiskan untuk kesihatan, menjaga anak yang sakit, samada perlu bercuti panjang tanpa gaji dan sebagainya.

Bila mana mereka meningkat dewasa, peluang pekerjaan kurang, jika bekerja pun gaji selalunya lebih kecil, produktiviti kerja juga kurang bila mereka kerap sakit. Mereka menjadi individu yang cenderung kepada berpenyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan darah tinggi.

Punca Bantut ada kitarannya

Apa pun kesannya terhadap sosioekonomi setempat, kita sebagai umat Islam wajib percaya segalanya ketentuan Yang Maha Esa. Rezeki, jodoh ajal-maut adalah urusanNYA. Kenyataan di atas hanyalah berdasarkan hasil penyelidikan beberapa NGO.

Apa yang KakNjang boleh simpulkan di sini ialah status kesihatan bayi yang dilahirkan bergantung rapat dengan status kesihatan dan nutrisi si ibu sebelum mengandung, semasa mengandung dan selepas melahirkan.

Bagaimana mengatasi permasalahan kesan bantut yang berulang tanpa berpenghujung ini?

Rujukan lain:

  • Progress for children: A world fit for children, Statistical Review, UNICEF
  • 6th Report on the World Nutrition Situation, United Nations Standing Committee on Nutrition (SCN), 2010
  • The Cost of Hunger in Ethiopia – The social and economic impact of child undernutrition in Ethiopia, 2013

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Julai 22, 2019

Tag:, ,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *