Bantut Menunjukkan Status Pertumbuhan Anak Kurang Baik

Bantut menunjukkan pertumbuhan status pertumbuhan anak

Bantut atau stunting adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan status pertumbuhan anak yang kurang baik. Apakah faktor yang menyebabkan bantut terjadi? Apakah kesan bantut kepada kehidupan si anak bila mereka meningkat remaja, dewasa dan tua nanti?

Ada kanak-kanak yang kadar tumbesarannya agak perlahan berbanding rakan sebayanya mahupun sepupu sepapatnya yang lain.

Nak tarik sekarang bagi genjoq panjang tinggi macam yang lain tu agak tak logik lah kan?

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah untuk pastikan keperluan nutrisi anak kita lengkapi supaya perkembangan otak dan pematangan organ anak tetap berlaku dengan baik.

KakNjang akan cuba bincangkan satu persatu mengenai bantut dalam entri selepas ini. Topik bantut ini pada KakNjang adalah sangat penting dalam Penuaan Sihat memandangkan anak-anak kita adalah yang bakal memimpin negara dalam dua tiga dekad akan datang. Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa bagi memastikan pertumbuhan anak adalah baik ddan mereka dapat mencapai Penuaan Sihat.

Dalam entri ini KakNjang nak kongsi perkongsian dari Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang landed ke newsfeed facebook KakNjang pagi semalam – bagaimana bantut menunjukkan status pertumbuhan anak…

Bantut bermaksud pertumbuhan anak yang tidak sihat

ANAK SAYA BANTUT KE⁉️

Biasa tengok kan.. kalau bawak anak check- up kat klinik kesihatan, nurse akan tanda kat growth chart di bahagian belakang buku kesihatan anak samada warna pink atau biru… ♀️♂️

Bantut/ stunting ditentukan berdasarkan ukuran panjang atau tinggi kanak-kanak. Kanak-kanak diklasifikasikan sebagai bantut apabila panjang/tinggi kurang dari -2SD, dan bantut teruk apabila kurang -3SD berdasarkan carta pertumbuhan Panjang/Tinggi-untuk-Umur (WHO, 2006).📈📉

Jadi, jangan lupa untuk ukur tinggi dan timbang berat anak anda!

Bantut/ stunting ini juga sering dikaitkan dengan perkembangan IQ kanak-kanak🧠😱

Ambil tahu status pertumbuhan anak anda terutamanya pada waktu kritikal sebelum umur 2 tahun.. Pastikan pemakanan anak anda berkhasiat dan cukup nutrisi, ok!

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth
Public Health Malaysia
Pa&Ma

Artikel Berkaitan:

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *