Bijak Urus Kesakitan Untuk Penuaan Sihat Ceria

Penuaan yang sihat dan ceria bermula dengan pengurusan kesakitan yang berkesan | Azura Abdul

Sakit adalah keadaan yang sangat biasa. Kesakitan meningkat apabila seseorang itu semakin tua, dan wanita lebih cenderung mengalami kesakitan berbanding lelaki. Untuk menikmati penuaan sihat dengan ceria dan bahagia, kita perlu bijak untuk urus kesakitan yang dialami.

@azuraabduldotcom

Kesakitan perlu diurus, perlu dirawat untuk tingkatkan kualiti hidup. Antara kaedah pengurusan kesakitan yang biasa dilakukan ialah: 1. Rawatan refleksologi 2. Bertungku 3. Ubat-ubatan 4. Suplemen #ezwheatpack #healing #tungkumoden #wheatpack #reflexology #suplemen #painmanagement #shakleemalaysia #trustedbrand

♬ A warm piano solo, a healing solfeggio(1387534) – Shintaro Aoki

Strategi Pengurusan Kesakitan Utama

Terapi Fizikal: Penggunaan Pek Haba Panas atau/dan Sejuk

Microwaveable Tungku Moden | Physiotherapy | Rehab | Azura Abdul | Bijak urus kesakitan untuk penuaan sihat
EZ Wheat Pack boleh digunakan sebagai pek haba atau sejuk. Klik pada gambar untuk info lanjut.
EZ Wheat Pack: Microwaveble tungku moden sebagai pek haba

Terapi haba membantu meningkatkan aliran darah ke kawasan di mana haba digunakan. Terbaik untuk sakit otot atau kekakuan.

EZ Wheat Pack: Simpan tungku moden dalam freezer untuk digunakan sebagai pek sejuk

Terapi sejuk membantu mengurangkan keradangan. Ia paling membantu apabila digunakan untuk kecederaan akut dan kesakitan.

Penggunaan Ubatan dan Pemakanan Tambahan

vitamin untuk kurangkan sakit sendi | Azura Abdul | Urus kesakitan untuk penuaan sihat
Cadangan pengambilan suplemen Shaklee untuk urus kesakitan dari berlarutan dan capai penuaan sihat. Klik pada gambar untuk info lanjut.

Berehatlah Secukupnya!

Sleeping on hammock

Cabaran untuk yang bekerja dari rumah ialah kebolehan untuk mendapatkan rehat yang cukup. Cabaran untuk yang usia telah beranjak Asar menuju senja ialah mudah lelah.

Dari pengalaman KakNjang sendiri, kadang tu payah sungguh nak biarkan “benda tak siap”. Selagi dok nampak, selagi itulah kaki dan tangan ni gatal nak bergerak. Tubuh akan cepat terasa letih, terutama bagi yang telah berusia lanjut.

Jadi, kena belajar untuk “tutup sebelah mata” terhadap sesuatu yang boleh dilakukan pada waktu yang lain. Tenang-tenang sahaja mengharungi cabaran hidup bila-bila masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *