Cara Mudah Untuk Hilangkan Sakit Perut Senggugut

Cara Mudah Untuk Hilangkan Sakit Perut Senggugut | Azura Abdul

Senggugut, period pain, menstrual cramp atau nama saintifiknya dysmenorrhoea; adalah rasa sakit perut di bahagian bawah pusat atau area pelvis yang dialami ketika kedatangan haid. Sakit tu tak sama antara setiap individu. Ada juga yang tak rasa pun sakit senggugut ni. Tapi kalau dah sakit, memang sakit tahap guling-guling. Jom KakNjang kongsikan beberapa cara mudah untuk hilangkan sakit perut disebabkan oleh senggugut ni.

@azuraabduldotcom

Tips untuk hilangkan sakit senggugut dengan cepat: 1. Apply warm compression dengan EZ Wheat Pack, microwaveable tungku moden. 2. Baring tinggikan kaki, atau bengkokkan/tinggikan lutut 3. Urut di bahagian perut dan belakang pinggang 4. Lakukan senaman ringan 5. Me-time, healing, buat benda yang kita suka, yang tenangkan kita, buat kita happy. 6. Ambil PCM utk tahan sakit 7. Supplement wisely. Ambil cukup B-Complex, Calcium-magnesium, Omega-3, Omega-6. Semoga hari-hari anda lebih ceria❣️ #periodpain #relief #senggugut #sakit #warmcompress #tuam #ezwheatpack #microwaveable #tungkumoden

♬ Allah has a plan for you and Allahs plan are best – Deen Reminders

7 Cara Mudah Untuk Hilangkan Sakit Perut Kerana Senggugut

1. Apply Warm Compress / Tuam Panas

Haba boleh membantu melegakan / mengendurkan / merehatkan otot yang kejang.

Oleh itu, apabila kita gunakan haba dengan cara tuam panas atau bertungku di bahagian perut atau belakang pinggang boleh membantu melegakan kesakitan ketika senggugut.

Bertungku juga membantu melancarkan aliran darah kebahagian yang sakit, secara tidak langsung melancarkan aliran haid dan mengurangkan kesakitan yang dialami.

Microwaveable Tungku Moden | Physiotherapy | Rehab | Azura Abdul

Terdapat pelbagai alat yang kita boleh gunakan untuk tujuan tersebut. Antaranya botol berisi air panas, pad pemanas elektrik, tungku besi, tungku moden.

Dapatkan EZ Wheat Pack di sini.

2. Baring Sambil Tinggikan Kaki / Lutut

Berbaring sambil kaki atau lutut ditinggikan sedikit akan merehatkan, melonggarkan dan mengendurkan otot perut, belakang dan pelvis dengan berkesan.

Bahagian perut akan rasa lebih selesa dan sakit senggugut akan berkurangan.

3. Urut Bahagian Perut Dan Belakang

Mengurut di bahagian perut boleh membantu mengendurkan atau merehatkan otot pelvis dan mengurangkan kekejangan. Secara tak langsung, mengurangkan rasa sakit senggugut tersebut.

Boleh guna minyak urut, losyen badan, essential oil atau minyak kelapa untuk membantu proses ini. Tapi pilihan KakNjang ialah Shaklee Essentials Herbal Blend: Multipurpose Cream. Bau yang nyaman, rasa pun nyaman, tidak melekit, bukan sahaja melancarkan aliran darah, tetapi juga melembutkan dan melembabkan kulit.

4. Lakukan Senaman Ringan

Walaupun senaman mungkin merupakan perkara terakhir yang kita nak buat bila sedang senggugut; tapi percayalah cakap KakNjang! Senaman ringan boleh melegakan kesakitan itu.

Senaman berat memang tidak akan membantu bila kita sedang sakit, tetapi regangan lembut, yoga atau briskwalk boleh membantu. Bila kita bersenaman, tubuh akan membebaskan endorfin, sejenis hormon yang dapat menghilangkan rasa sakit secara semula jadi.

5. Me-Time, Gembirakan Diri Sendiri

Stress/tekanan menjejaskan tubuh kita dalam pelbagai cara, termasuklah mengurangkan toleransi kita terhadap kesakitan.

Suka atau tidak, kita kena cari jalan untuk kurangkan stress untuk kurangkan rasa sakit senggugut tu.

Selain dari bersenam, kita boleh pilih untuk me-me-time. Masa untuk memanjakan diri sendiri, membahagiakan diri sendiri. Ada yang suka ke spa, ada yang suka minum teh sorang-sorang dalam bilik. Ada juga yang suka berendam dalam air suam.

me-time: cara hilangkan sakit perut senggugut

Anything that makes you happy…

6. Ambil Ubat Tahan Sakit

Hormon prostaglandin menyebabkan otot dan saluran darah pada rahim mengecut. Pada hari pertama haid, tahap prostaglandin adalah tinggi. Apabila pendarahan berterusan dan lapisan rahim tanggal, parasnya menurun. Inilah sebabnya mengapa kesakitan cenderung berkurangan selepas beberapa hari pertama haid.

Jadi, jika tak dapat tahan sakit sangat, boleh ambil ubat tahan sakit khusus untuk period pain. Kat farmasi banyak, kedai runcit pun kadang-kadang ada. Paling glamour ialah Panadol pink atau Uphamol pink.

panadol/uphamol pink: cara hilangkan sakit perut senggugut

Ubat tahan sakit ini dapat memberi keselesaan segera kerana ia adalah ubat anti-radang khusus untuk menurunkan paras prostaglandin dalam tubuh kita.

7. Ambil Suplemen Secara Bijak

Vitamin D bantu badan kita serap kalsium dan kurangkan keradangan. Suplemen lain, seperti omega-3, vitamin E, magnesium, B-complex dan boswellia, boleh membantu mengurangkan keradangan dan mungkin menjadikan haid kita kurang sakit. Untuk hasil terbaik, ambil suplemen setiap hari, bukan semasa haid sahaja.

Ada sesetengah suplemen ada interaksi dengan ubat-ubatan. Jadi, tanya doktor yang biasa merawat anda terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu yang baru.

Untuk kurangkan kesakitan itu, anda boleh cuba amalkan Set Tahan Sakit Shaklee. Jika disebabkan oleh masalah hormon, boleh cuba GLA + ESP untuk bantu keseimbangan hormon wanita.

Supplements for pain management | Azura Abdul

Semoga bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Julai 5, 2024

Tag:,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *