6 Tip Bagaimana Memilih Serbuk Protein Terbaik

Bagaimana Pilh Serbuk Protein Terbaik?

Serbuk protein merupakan sesuatu yang sangat memudahkan semua orang di semua peringkat umur bagi memastikan pengambilan protein harian adalah cukup. Penyediaan yang mudah dan ringkas, boleh diambil pada bila-bila masa. Masalahnya, terdapat pelbagai jenama dan jenis serbuk protein yang terdapat di pasaran. Yang mana satu paling bagus? Mana satu paling sesuai untuk seisi rumah? Bagaimana hendak memilih serbuk protein terbaik?

Mari KakNjang kongsikan 6 Tip Bagaimana untuk Memilih Serbuk Protein Terbaik.

1 – Pilih Serbuk Protein Dari Soya!

Sumber protein boleh datang dari sumber haiwan atau tumbuhan. Tapi adalah lebih baik untuk memilih sumber protein dari tumbuhan. Kerana bila kita ambil protein dari sumber haiwan, kita mengambil kolesterol dan lemaknya juga. Maka itu, sumber tumbuhan adalah yang terbaik kerana terjamin tanpa kolesterol.

Sumber Protein Tumbuhan

Antara contoh protein dari tumbuhan: 

Banyak bukan pilihan protein dari tumbuhan? Tapi kenapa soya adalah yang terbaik?

Kerana dalam banyak-banyak sumber protein tumbuhan, soya mengandungi kesemua 9 asid amino perlu oleh tubuh!

2 – Pilih Serbuk Protein Yang Tidak Ditambah Gula!

Kebanyakan pengeluar produk serbuk protein tambah gula ke dalam produk mereka untuk menyedapkan rasa. Jadilah pengguna yang bijak. Pilihlah produk yang tidak ditambah gula.

Kita sedia maklum yang gula berlebihan akan membahayakan kesihatan kita terutamanya bila dibincangkan tentang masalah kencing manis.

Ada banyak lagi masalah kesihatan yang disebabkan oleh gula. Antaranya:

3 – Pilih Serbuk Protein Yang Rendah Indeks Glisemik!

Apa itu Indeks Glisemik? Paling senang nak cerita, ianya adalah penanda atau penentu kepantasan sesuatu makanan yang tinggi kandungan karbohidratnya mempengaruhi kandungan gula dalam darah, atau dalam erti kata yang lain, betapa pantas tenaga dalam badan terhasil.

Contoh makanan dengan Indeks Glisemik:

Jadi, apa maksudnya? Kenapa mesti pilih yang rendah Indeks Glisemiknya?

Semakin tinggi Indeks Glisemik semakin pantas sesuatu makanan itu membekalkan tenaga kepada tubuh (tenaga segera). Pengambilan makanan yang rendah Indeks Glisemik akan membekalkan tenaga secara perlahan kepada tubuh (tenaga berterusan).

Untuk kita-kita yang belum ada sebarang penyakit, perlu bijak memilih jenis makanan yang mana pada masa dan ketika yang sesuai.

Tetapi untuk mereka yang terutamanya menghidap kencing manis, sentiasa memilih makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah untuk menyokong paras gula yang sihat sepanjang hari.

4 – Pilih Serbuk Protein Yang Lengkap Dengan 9 Asid Amino Penting!

KakNjang dah bincang dalam #1 tadi, pilih protein tumbuhan; dan soya adalah yang terbaik sebab soya mengandungi kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh.

Apa pentingnya asid amino ni? Sangat penting! Dalam bahasa pasar, asid amino adalah segalanya pada tubuh kita, head-to-toe and inside-out! Kulit, kuku, rambut yang kita nampak tu semua terhasil dari penghasilan protein dari asid amino. Organ dalaman, otot, sel, darah merah, enzyme, hormone semua terhasil dari asid amino.

Ada 20 asid amino dalam tubuh kita. 9 daripadanya tubuh tidak dapat menghasilkannya sendiri. Perlu dapatkan dari pemakanan kita.

Dan penghasilan 11 asid amino yang terhasil dalam badan juga bergantung kepada 9 asid amino yang perlu kita dapatkan dari pemakanan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita dapatkan sesuatu sumber yang boleh membekalkan spektrum lengkap 9 asid amino perlu.

5 – Pilih Serbuk Protein Dari Sumber Yang Bukan GMO!

GMO – Genetically Modified Organism. Selalunya melibatkan pertumbuhan hormon. Kenapa? Inilah kerakusan manusia. Nak dapat hasil cepat sebelum waktunya.

Contoh: Tengok ayam di bawah ni…

Sekitar tahun 50an dan ke bawah, ayam ternakan akan membesar dan matang sepenuhnya dalam masa 68 hari. Ya. 2 Bulan lebih baru boleh sembelih.

KakNjang ingat lagi dulu kalau arwah ayah nak buat kenduri, dia akan beli anak-anak ayam dalam 30 – 50 ekor 2 bulan awal sebelum tarikh kenduri. Itu sudah diambil kira beberapa ekor anak ayam yang akan mati sepanjang tempoh pembesaran. Dalam tempoh 2 bulan ni, semua organ dalaman ayam akan matang dan berfungsi sepenuhnya. Ayam semua sihat dalam erti kata sihat yang betul. Kita makan pun jadi sihat.

Sekitar tahun 2008 ke atas, GMO sudah berleluasa. Dalam masa sebulan anak-anak ayam membesar 2 kali ganda dari ayam dewasa yang biasa. Tapi secara biologi, organ dalaman baru separuh matang. Fungsi organ dalaman belum cukup sempurna. Ayam-ayam GMO ni ada banyak penyakit. Tapi cukup untuk mampu bertahan hidup sehingga 6 minggu sebelum disembelih.

Apa yang menjadi isunya sekarang ialah, bila kita manusia mengamalkan ayam GMO ni, kita akan cenderong untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah obesiti, kanser, masalah kardiovaskular dan kencing manis.

Itu kakNjang baru cerita pasal ayam. Belum masuk bab tumbuh-tumbuhan lagi. Kita tengok ringkasannya sahaja di bawah ni untuk mendapat gambaran sebenar:

Itulah antara sebab bila memilih makanan, kebanyakan kita akan memilih yang organik sebab bila organik, ianya juga bukan GMO!

6 – Pilih Serbuk Protein Yang Rendah Lemak!

Dalam penghasilan serbuk protein, pengeluar produk biasanya akan mencampurkan karbo dan lemak bersama. Ini selalunya menyebabkan pertambahan kalori dalam setiap hidangan serbuk protein tersebut.

Untuk anda yang inginkan berat badan yang ideal, pilihlah serbuk protein yang rendah lemak.

Untuk yang inginkan jisim otot kental tanpa lemak, pilihlah serbuk protein yang rendah lemak.

Untuk mereka yang dalam proses mengawal kolesterol, pilihlah serbuk protein yang rendah lemak.

Rendah lemak ya. Bukannya tanpa lemak. Kita tetap perluan lemak terutama untuk serapan beberapa nutrien dan asid lemak yang penting untuk tubuh.

ESP – protein soya isolated dari Shaklee merupakan pilihan serbuk protein terbaik dan menepati kesemua saranan di atas.

Artikel Berkaitan:

7 Sebab Kenapa ESP Adalah Pilihan Serbuk Protein Terbaik – Jawapan kepada 7 soalan perlu tanya sebelum membeli

Pentingnya Indeks Glisemik Rendah Untuk Kekal Sihat!

Warga Emas Kekurangan 9 Nutrisi Berikut

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *