Collecting Memories: Aktiviti Keluarga Di Cameron Highland
Collecting memories: Misi memenuhkan tabung memori, tabung emosi… emotional bank account untuk anak-anak dan pasangan hidup. Cuti sekolah 19 Disember 2020 tempohari Alhamdulillah anak-anak semua di rumah. Along masih ada kelas, tapi secara online. Cantik!!! Maka bermulalah perjalanan kami jelajah satu Malaysia! Check point pertama 19 Dis 2020 – 23 Dis 2020, kami ke Tanah Rata, Cameron Highland untuk beberapa aktiviti keluarga. 5D4N. Penginapan bilik keluarga KOMARDI.
Cameron Highland ni dah jadi kampung ke-tiga kami. Pantang ada cuti pendek BangNjang akan seret kami satu keluarga ke Cameron Highland untuk aktiviti wajib: makan jagung!!!
Jagung Musang King
Tempat yang wajib kami pergi bila ke Cameron Highland ialah Kea Farm. Jika nak ke Kea Farm, keluarlah awal pagi untuk mengelak kesesakan.
Trip kali ini jumpa Jagung Musang King, dua kali lebih manis dari Jagung Susu.
Jarang borong sayur buah untuk dibawa pulang. Selalunya kami beli, masak dan terus makan.
BangNjang dah beli Jagung Musang King tu from Shopee. Alhamdulillah masih manis rasanya.
Restoran Ferm Nyonya, Tanah Rata
Restoran yang kami satu keluarga tidak pernah miss ialah Ferm Nyonya Restaurant di Tanah Rata. Kebetulan 16th Dec dan 18th Dec adalah hari kelahiran Along dan Angah, makan besar sikit lah kami malam tu.
Tempat makan berikutnya ni hasil carian di internet. Belum pernah pergi. Anak-anak dah membesar bagai johan semuanya. Jadi corak aktiviti pun ada sedikit berbeza. Cari tempat makan bukan untuk makan semata-mata, tetapi untuk sesi photoshoot juga!
Tiny Boutique Cafe, Tanah Rata
Tiny Boutique Cafe di Taman Sedia, Tanah Rata ni not bad. Pizza dia ok, mushroom soup pun ok. The kids enjoy it here sebab ada halwa mata. Kami sekeluarga love nature. Jadi bila dapat duduk lepak dekat tempat cantik-cantik macam ni, the food jatuh nombor 2!
Aman leka dengan ikan-ikannya…
The girls dengan photoshoot session mereka…
Animal Feeding Rainbow Garden
Animal Feeding Rainbow Garden ini terletak di Tanah Rata. Kawasan berbumbung. Jadi kalau hujan pun tak de masalah. Apa yang menarik perhatian anak-anak dan mak ayah ialah di sini ada pelbagai tarikan. Ada kambing, arnab dan burung yang jinak-jinak belaka. Tidak kurang juga beberapa spot menarik untuk photoshoot!
Anak-anak semua alah kepada bulu haiwan dan debunga bunga. Jadi awal-awal lagi KakNjang dah berikan setiap seorang 1 sachet Nutriferon Shaklee…
Achum-achum tu tetap ada sikit, tapi sekurang-kurangnya tiada yang demam. Alhamdulillah.
Kambing-kambing di sini dah macam budak sekolah KakNjang tengok. Pandai beratur ikut giliran hehehe.
Feeding Farm ni antara tempat yang KakNjang sekeluarga wajib singgah bila bertandang ke Cameron Highland.
Agro-Technology Park MARDI, Tanah Rata.
Ada lagi satu tempat yang ada rabbit… Agro-Technology Park MARDI, Tanah Rata.
Di Agro Farm ni kalau nak beli pokok-pokok herba macam mint, oregano, rosemary, basil, thyme or stevia, memang best. Ada banyak pokok lagi di sini. Tapi trip kali ni bukan untuk beli pokok. Tapi just to enjoy the moment dengan family…
Aktiviti Keluarga Bila Ke Cameron Highland Semenjak Dua Menjak Ini – Berjalan Kaki!
Sejak berjalan kaki menjadi hobi tambahan KakNjang dan BangNjang, tempat paling best untuk berjalan buat kami sekeluarga ialah Tanah Rata, Cameron Highland. Boleh dikatakan kebanyakan tempat adalah within walking distance... terutamanya tempat makan!
Kalau lumba lari, agak-agak siapa menang?
Moment paling best. Dapat jalan 10km dalam satu masa. Berjalan kaki untuk sekeping roti canai… sangat berbaloi rasanya!
Suka hati lah nak!!! Asalkan bahagia 😀
Di Tanah Rata ni ada satu padang / taman rekreasi awam. Petang-petang memang ramai yang beriadhah bersama rakan dan keluarga.
Nak tempek video di sini, cari tak jumpa pula. Cuba intai kat FB KakNjang di sini…
Tapi, tempat yang paling best untuk berjalan dan menikmati keindahan alam ialah Gunung Brinchang – Mossy Forest.
Melihatkan keadaan di Gunung Brinchang, semua tak terkata apa dan tak berani nak keluar kereta untuk sesi photoshoot… sampai di menara tinjau, terus pusing balik… terus ke Raaju’s Cafe!
Raaju’s Cafe, Brinchang
Selepas Raaju’s Cafe, pergi ke Kea Farm kejap beli aiskrim PUKU.
PUKU, Brinchang
Ada orang ke PUKU minum kopi. Tapi kami anak beranak pergi PUKU cari aiskrim ;-D Aiskrim PUKU ni ada banyak flavour. Anak-anak paling suka yang berperisa strawberi.
Cukup dulu setakat ini. next destination ke mana kami? Nanti-nanti KakNjang sambung ok…
Semoga anda semua sihat ceria bahagia bersama insan-insan kesayangan <3 Have a nice day!
Tinggalkan Balasan