Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Di Malaysia Meningkat

Kadar kebolehjangkitan covid-19 meningkat | Azura Abdul

Kadar kebolehjangkitan (R-Naught / R0) menjadi penentu kepada anggaran berapa ramai setiap 100 orang pesakit covid-19 boleh menjangkiti orang lain dalam setiap kitaran penularan penyakit. Sejak kebelakangan ini kadar kebolehjangkitan covid-19 ini semakin meningkat di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Pada 23 Januari 2021, Melaka mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi!

Pada 23 Januari 2021, Melaka mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi iaitu 1.40 Ini bermaksud secara purata, setiap 100 pesakit Covid-19 menjangkiti 140 orang lain dalam setiap kitaran penularan penyakit. KakNjang tak berapa nak risau sangatlah sebab Melaka memang negeri zon merah. Itu pun sebab kebanyakan kes bukan dari kebanyakan orang Melaka. Samada yang dalam tahanan atau pun yang ditempatkan di sini untuk kuarantin.

Tapi bila Terengganu dinobatkan sebagai pemegang carta R-Naught covid-19 tertinggi pada 26 Januari 2021 lepas, berderau juga darah ni. Iya lah. Terengganu ni zon hijau. Tiada ribut tiada angin tetiba bertukar merah dan kadar kebolehjangkitan covid-19 meningkat dengan mendadak pula tu.

Nak ulas detail pun macam tak sesuai la kan. Siapalah KakNjang ni hehehe. You all boleh rujuk FB entry Datuk Sri Noor Hisham kat sini…

PKP bakal dilanjutkan kah? Atau PKPB akan jadi semakin ketat? Kita ikut sahaja perintah pihak berwajib.

Saranan KakNjang

Akur dengan arahan pihak berkuasa.

Pada KakNjang, bila kita faham akan situasi sesuatu musibah yang melanda, kita akan jadi lebih tenang dan senang untuk memberi kerjasama. Namun jangan pula menjadi selfish dengan hanya memikirkan diri sendiri sahaja dan melanggar perintah kawalan pergerakan.

Ancaman COVID-19 ni bukanlah suatu perkara yang kita boleh ambil mudah. Akan ada suara-suara yang marah bila dihalang untuk melakukan solat jumaat, dan digantikan dengan solat zohor di rumah atau surau tempat kerja. Kita hanya tutup sementara, 14 hari sahaja. Bukan hari-hari kita solat Jumaat, bukan? Demi menjaga keselamatan semua orang, kita terpaksa akur sekejap. Sekejap sahaja.

Bersabarlah dalam menghadapi sesuatu musibah. InSyaaAllah semua ini akan berakhir dengan baik.

Jaga kesihatan diri. Tingkatkan imunisasi tubuh.

Sepanjang masa, kita perlu jaga pemakan supaya tubuh kekal sihat dan kuat untuk melawan sebarang penyakit.

Kalau dulu semasa era 60an – 70an, kita mungkin boleh pakai “an apple a day will keep the doctors away… or a banana also will do!” Tapi sekarang tidak lagi.

Sebabnya, KKM ada memberi garis panduan untuk mencukupkan keperluan nutrisi dalam pemakanan kita, kita perlukan 5 hidangan yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Kenapa begini banyak? Sebab pencemaran tanah, udara dan air yang menjejas kualiti nutrisi yang didapati dalam tumbuhan dan sumber alam kita.

Ambil suplemen secara bijak!

Bila 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak dapat dipenuhi setiap hari, di situlah datangnya keperluan untuk mengambil suplemen. Suplemen ni bukanlah makanan ruji di mana bila kita ambil suplemen, kita tidak perlu makan real food lagi. Itu salah!

Kita perlu jaga pemakanan kita dahulu. Ambil yang seimbang. Lengkap dengan karbohidrat, protein, serat dan lemak. Bila tidak dapat nak jaga keseimbangan pemakanan yang lengkap setiap hari, di situlah datangnya keperluan untuk mengambil suplemen.

Ambil apa yang perlu. Tahu untuk apa setiap satu suplemen itu kita ambil. Jadilah pengguna yang bijak.

Betulkah vitamin C rosakkan buah pinggang?
Ketahui cara yang betul untuk mengambil Vitamin C agar buah pinggang tidak terbeban
di sini…

Banyakkan berdoa. Kembalilah kepada fitrah…

Sebagai seorang muslim, inilah masa untuk kita muhasabah diri. Setiap musibah yang hadir itu adalah untuk mengajar kita tentang sesuatu. Lain orang, lain pengajarannya. Maka, bertaubatlah dari sekarang.

Perbanyakkan amalan baik kita dan panjatkan doa kepadaNYA setiap masa.

Doa pelindung dari wabak penyakit berjangkit
Ketahui beberapa doa dan amalan yang boleh kita buat ketika menghadapi wabak penyakit yang merebak luas seperti COVID-19 sekarang ini…

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua.

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *