Guru Hukum Murid Atas Tujuan Mendidik Disaman Ibubapa
Isu hangat diperkatakan sekarang ini. Sangat mencabar kewibawaan cikgu. Guru yang menghukum murid atas kesalahan disiplin disaman oleh ibubapa murid tersebut. Apa sudah jadi?
Kadang-kadang tu kaknjang hairan jugak. Ibubapa hantar anak ke sekolah untuk apa?
Sekolah bukanlah pusat jagaan kanak-kanak; tolong jaga anak tukar lampin pakai buang, bagi makan, bagi mandi, petang ibubapa datang ambil anak bawa pulang.
Sekolah tempat anak terima didikan. Ilmu dunia dan akhirat. Dalam Islam juga ada garis panduan untuk mendidik anak-anak, hukuman yang sebagaimana dibenarkan. Kaknjang percaya semua pendidik sudah arif tentang hal ni.
Namun, jika dari kecil anak-anak dah mula hisap ganja, salah siapa? Kalau sejak anak-anak kecil kita sendiri tak mampu nak didik anak solat, salah siapa?
Kalau kaknjang lah… na’uzubillah kaknjang cakap. Kalau anak-anak buat salah, malunya. Tak tahu mana nak letak muka ni. Lagi lah malu bila yang tangkap anak buat salah tu cikgu sekolah. Kita hantar anak ke sekolah untuk belajar. Tapi dia buat benda salah pula.
Kalau anak kaknjang sendiri yang kena tangkap tu, balik rumah memang kena bambu lagi dengan kaknjang.
Lebih memalukan kalau sebab solat anak kena rotan. Anak tak nak solat. Kalau kaknjang lah, ini bermaksud kaknjang sendiri tak cukup solat sampai anak sendiri liat nak solat. Aduh! Minta simpang.
Bila laporan polis dibuat hanya kerana guru cuba mendidik anak kita, kita buka pekung sendiri sebenarnya. Satu dunia tahu anak kita ni gangster (ibubapa budak tu dah gangster – kata orang). Satu dunia tahu anak kita liat nak solat (ibubapa dia solat ke? – orang tanya).
Masa untuk muhasabah diri. Jangan terlalu sombong, angkuh dan bongkak terutama kepada pendidik anak-anak kita. Kita pun pernah lalui waktu persekolahan suatu waktu dulu. Guru-guru kisahkan kita sebab mereka sayang semua anak didik mereka. Sebab mereka ada rasa tanggungjawab itu.
Kalau cikgu buat tak kisah kita buat homework atau tak, boleh membaca, mengira, solat atau tak, kalau cikgu hanya ajar di depan, cukup masa cikgu keluar bilik dan terus ke bilik guru, kita tak akan berada di mana kita berada sekarang ini.
- Nota buat guru/pensyarah anak-anak kaknjang:
Anak-anak kaknjang – Natasha Eddy, Nadia Eddy, Natra Eddy, Norman Eddy.
Kalau anak-anak kaknjang ada buat salah; hukumlah mereka atas niat untuk mendidik. - Selagi tak patah tak berdarah, kaknjang izinkan.
- Hubungi kaknjang, kaknjang akan tambah lagi hukuman di rumah.
Muafakat demi pelajar! InSyaaAllah
Stress selepas baca artikel ini, jom cari supplement untuk atasi anxiety di sini!
Tinggalkan Balasan