I Am Shaklee Brand Ambassador! | Azura Abdul

Yes! I Am a proud Shaklee Brand Ambassador! Shaklee tak appoint sesiapa pun untuk menjadi duta mereka. Tetapi Shaklee memberi bimbingan dan tunjuk ajar bagaimana nak menjayakan sesuatu misi terhadap para peserta yang bernaung di bawah projek tajaan mereka atau usahasama bersama mereka (NASA, Deadalus Project).

Tetapi bagi kami pengedar Shaklee yang biasa-biasa ini, kami bermula sebagai pengguna Shaklee.

Ada yang dah mengguna produk Shaklee lebih dari 5-10-20 tahun. Bila kami dapat the Shaklee Effects, kami kongsikan dengan yang lain. Ini cara kami, cara Shaklee.

Dari sinilah kami bina kepercayaan, perniagaan dan legasi yang boleh diwarisi ke anak cucu. Kamilah Duta Shaklee yang sebenar! 😉

Dah jadi duta ni bukannya mudah. Terutama bila semua yang memandang akan mengaitkan setiap apa tindakan dan keberadaan kita dengan Shaklee. Maksudnya, kita tak perlu kata apa pun, memang orang dah label kita sebagai Shaklee Brand Ambassador 😀 Maka dengan itu, mahu atau tidak, diri sendiri perlu upgrade diri dengan ilmu-ilmu tertentu bagi mengukuhkan lagi “kedutaan” itu! Baca, hadiri kelas, hadiri seminar yang berkenaan.


Viktoria X Shaklee Brand Ambassador Workshop – Melaka Edition

Pada 24 September 2022 yang lalu, KakNjang attend Viktoria X Shaklee Brand Ambassador – Melaka Edition.

Banyak pengisisan yang disampaikan untuk upgrade diri, selain mengeratkan ukhwah sesama Duta Shaklee itu sendiri.

Viktoria X Shaklee Brand Ambassador Workshop

Sesi Pagi

Early Birds...

Pagi tu, KakNjang antara yang awal tiba, sama-sama dengan Yong Norliza Othman, Shaklee Blogger hebat, pemilik blog MummyLizz.com

Agaknya, blogger ni memang dah standard kami untuk tiba awal kot… 😛

Sebelum peserta lain tiba, sebelum masuk apa-apa tambahan dalam perut ni, jom kita naik penimbang dulu.

Semua peserta dikehendaki untuk membuat Body Composition Analysis dengan menggunakan mesin Karada Scan. Ukur likit sana sini pun kena ambil juga🤭🤭🤭

Body Composition Analysis with Karada Scan | Azura Abdul

Bacaan direkodkan. Insaf sekejap 😔😔😔

Matcha Kelapa Shake for Breakfast | Azura Abdul

Kemudian, kami pun pergi sambar sarapan special, Ice Matcha Kelapa Blended hasil kisaran Master Ninja kesayangan semua – Master Iffah dan suaminya Master Dosh. Kat bawah ni resepinya!

Resepi Matcha Kelapa | Azura Abdul

Owh… lupa nak bagi tahu. Sampai je pagi tadi, kami dapat Sha-Gucci-Lee bag sorang satu. Dalamnya ada:

  • Hello New You! Wellness Passport
  • Modul untuk bengkel
  • Purple Love Notebook
  • Sebotol Hero Kiddo
  • 5 stick Collagen Powder Plus
  • Shaklee Green Woven bag
  • Live Amazing pouch
  • Shaker hijau tu dapat masa breakfast, simpan!
Sha-Gucci-Lee Goodie Bag | Azura Abdul
Mula Kelas!

Dan kelas pun bermula… nampak macam best students je dua orang ni kan… 😀 😀 😀

Hello New You!

Bersama Shaklee Nutrition Manager, Pn Sarah | Azura bdul

Shaklee Nutrition Manager, Pn Sarah memulakan sesi pembelajaran dengan Modul Hello New You! Huraian tentang Body Composition Analysis dan program Hello New You…

Malaysia Ramai Gemuk | Azura Abdul
Insaf lagi…
Impian semua - D-Shape Body Type | Azura Abdul
Idaman semua…

Shaklee: Malaysia’s Trusted Brand!

Kelas diteruskan dengan perbincangan mengenai topik Trusted Brand oleh Nutritionist Syafinaz.

VODUS voted Shaklee Most Consumed Supplement | Azura Abdul
Shaklee: Voted as most consumed supplements.

Lunch Break

Semua keinsafan tadi hancus bila dihidangkan dengan Kari Kambing Cikgu Anuar yang sangat sedap tu 😛 😛 😛

Sesi Petang: Group Presentation & Game

Pasar borong? Kedai lelong? No no no

Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Dan ini sesi mencari kumpulan masing-masing 🙂

T5 The Unstoppable! Kami tak cuak-cuak!!!
T5 – The Unstoppable! Kami tak cuak-cuak!!!

During presentation…

Bila terasa dibuli, kita balikkan bulian itu kepada audience! Barulah adil, kan… 😛 😛 😛

Ada hantu kacau katanya…
Muka tak puas hati 😛 😛 😛

Penyampaian Hadiah dan Sijil

T5 dapat tempat ke-3. Alhamdulillah. Kami terima sorang sebotol Chewable C 250mg 🙂

Siapa bagi sijil kepada siapa ni?! Terima kasih Master Iffah.

Sijil penyertaan Viktoria X Shaklee Brand Ambassador Workshop dan Chewable C 250mg

Terima hadiah lagi (CoQ-Trol dan OsteNutrix) kerana melepasi target personal 25km (67.67km) dalam RunLiga Malaysia Challenge 2022 yang baru berakhir 17 September 2022 lepas. Hadiah ini dari pengasas GengLari #PoweredByShaklee – Master DOSH.

September 29, 2022

Tag:
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *