Apa Itu CoQ10? Apa Fungsi CoQ10? Testimoni CoQ10 Shaklee

Apa itu CoQ10? Bila tiba-tiba kaknjang heboh pasal CoQ10, ramai yang tanya,  “Apa tu kaknjang?”. “CoQ10 tu apa fungsi dia?”

CoQ10 tu nama pendeknya. nama panjang dia CoEnzyme-Q10. Nak sebut dia… “Co (Ko)” – “Q” – Ten.

Jadi, apa itu CoQ10?

CoQ10 adalah sejenis bahan yang hampir sama macam vitamin, boleh didapati di setiap sel badan.  Tubuh kita menghasilkan CoQ10.  Sel-sel kita guna CoQ10 untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan sel.

Coenzyme Q10 juga berfungsi sebagai antioksidan, yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya. Radikal bebas.

CoQ10 hadir secara semulajadi dalam kuantiti yang sedikit di dalam pelbagai jenis makanan. Kuantiti CoQ10 paling banyak kita boleh dapat di dalam organ dalaman seperti jantung, hati dan ginjal, daging lembu, minyak soya, sardin, makarel dan kacang tanah.

Coenzyme Q10 membantu enzim-enzim lain berfungsi untuk mencerna makanan dan melaksanakan proses badan yang lain. CoQ10 membantu melindungi jantung dan otot rangka.

Apakah Kegunaan CoQ10? Apa Fungsi CoQ10?

CoQ10 lindungi jantung

Banyak tuntutan dibuat tentang CoQ10. CoQ10 dapat membantu kegagalan jantung, serta kanser, distrofi otot (otot lemah dan hilang fleksibiliti), dan penyakit periodontal (penyakit gusi). CoQ10 juga membantu tingkatkan tenaga dan tambah kelajuan ketika bersenam. Sesetengah orang mengambil CoQ10 untuk membantu mengurangkan kesan ubat-ubatan tertentu pada jantung, otot, dan organ-organ lain.

CoQ10 Untuk Kegagalan jantung

Sekiranya anda mengalami kegagalan jantung, berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang suplemen. Tidak ada bukti kukuh bahawa vitamin atau suplemen lain dapat membantu merawat kegagalan jantung. Mereka digunakan bersama-sama dengan rawatan kegagalan jantung secara perubatan, bukannya rawatan.

Tetapi kita masih boleh mendengar dan terbaca tentang suplemen CoQ10 dan kegagalan jantung. CoQ10 belum pasti untuk melegakan gejala kegagalan jantung. Hanya beberapa kajian menunjukkan CoQ10 membantu gejala kegagalan jantung(1).

CoQ10 Untuk Kanser

Pada tahun 1961, saintis mendapati bahawa mereka yang mempunyai kanser mempunyai sedikit CoQ10 dalam darah mereka. Kajian mendapati paras CoQ10 dalam darah yang rendah pada mereka yang menghidap myeloma, limfoma, dan kanser (payudara, paru-paru, prostat, pankreas, kolon, buah pinggang, kepala dan leher). Sesetengah kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu sistem imun dan mungkin berguna sebagai rawatan sekunder untuk kanser.

  • CoQ10 mampu menghalang ubat antikumor doxorubicin daripada merosakkan hati.
  • Tiga kajian mengkaji penggunaan CoQ10 bersama dengan rawatan konvensional untuk kanser. Tiga kajian ke atas 41 wanita dengan kanser payudara. Dalam setiap kajian, kesemua 41 wanita yang terlibat dalam kajian tersebut bertambah baik.

Tetapi Institut Kanser Kebangsaan (NCI) menilai kekuatan bukti untuk kajian ke atas CoQ10 dan kanser di atas sebagai lemah(2).

Lain-lain kegunaan CoQ10 adalah untuk atasi penyakit gusi, masalah otot dan tempoh pemulihan untuk ahli sukan.

Jom tengok apa lagi manfaat coQ10 untuk kesihatan kita, terutama untuk warga tua…klik pada gambar di bawah.

Baca lagi di sini tentang kebaikan Co-Q10 untuk kesihatan, terutama warga tua…

Bagaimana CoQ10 Berfungsi?

  • CoQ10 merupkan nutrien larut dalam lemak yang terdapat dalam hampir semua sel. Untuk mengekalkan tenaga yang mencukupi bagi melaksanakan fungsi tubuh, mitokondria (kilang tenaga untuk sel) menukarkan lemak dan nutrien lain kepada sumber tenaga yang boleh digunakan oleh sel. Proses penukaran ini memerlukan kehadiran CoQ10.
  • Sebagai “coenzyme,” CoQ10 juga membantu enzim lain untuk mencerna makanan dengan betul.
  • CoQ10 tidak hanya perlu untuk menghasilkan tenaga selular, tetapi juga untuk melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang berbahaya. CoQ10 sebagai antioksida.
  • Coenzyme Q10 boleh wujud dalam tiga keadaan pengoksidaan yang berlainan, dan keupayaan dalam beberapa bentuk untuk menerima dan menyumbang elektron adalah ciri kritikal dalam fungsi biokimia yang membolehkan CoQ10 menghalang kerosakan radikal bebas.
  • Sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 dapat meningkatkan penyerapan nutrien penting lain. Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu mengitar semula vitamin C dan vitamin E, memaksimumkan kesan vitamin dan antioksida yang sedia ada di dalam badan.
  • Walaupun tubuh mempunyai keupayaan untuk membuat CoQ10 sendiri, penghasilannya merosot asbab penuaan. Kita perlu ambil lebih banyak CoQ10, secara semulajadi dari diet kita, dan juga dari suplemen berkualiti tinggi.

Siapa Perlu Ambil CoQ10?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Oregon State University, sintesis semulajadi CoQ10, dengan pengambilan makanan seimbang, dapat mencukupkan keperluan nutrien pada orang yang sihat – namun, penghasilan CoQ10 dalam tubuh kita berkurangan sepanjang proses penuaan.

Keupayaan semulajadi kita untuk menukarkan CoQ10 ke dalam bentuk aktifnya yang disebut ubiquinol menurun semasa proses penuaan. Penurunan ini paling jelas pada mereka yang berumur 40 tahun ke atas, terutama yang mengambil ubat statin. Mereka yang menghidap kencing manis, kanser dan kegagalan jantung kongestif juga cenderung kepada kekurangan coenzyme Q10.

Atas alasan ini, CoQ10 disyorkan untuk kebanyakan orang yang mengalami masalah jantung. Ini termasuk mereka yang ada:

  • Sejarah serangan jantung atau penyakit jantung koronari
  • Kolesterol tinggi (terutama ketika mengambil ubat statin!)
  • Tekanan darah tinggi
  • Atherosclerosis
  • Angina
  • Injap mitral prolaps

Di samping menyokong sistem kardiovaskular yang sihat, apa lagi fungsi CoQ10 untuk semua?

  • Membantu kurangkan keletihan dan tingkatkan stamina
  • Pertahanan terhadap radikal bebas dan tanda-tanda penuaan yang tipikal, termasuk kehilangan otot dan perubahan kulit
  • Mengembalikan kekuatan antioksida, termasuk vitamin E dan vitamin C
  • Menstabilkan gula darah
  • Menyokong gusi yang sihat
  • Mengurangkan distrofi otot
  • Membantu merawat gangguan kognitif, termasuk penyakit Parkinson dan Alzheimer
  • Membantu dalam peningkatan metabolik pada pesakit dengan gangguan mitokondria keturunan
  • Membantu merawat kanser, ketidakseimbangan hormon, diabetes, virus dan jangkitan

Selamatkah Penggunaan CoQ10 ni?

Dos yang dicadangkan adalah 100mg CoQ10 sehari.

Pengambilan 100mg atau lebih sehari. Sesetengah orang akan mengalami kesukaran untuk tidur.

Pengambilan 300mg CoQ10 sehari untuk jangkamasa yang panjang, Peningkatan enzim hati. Namun tiada keracunan / toxicity hati dilaporkan.

Kesan sampingan lain termasuk ruam, loya, sakit perut bahagian atas, pening, sensitif kepada cahaya, kerengsaan, sakit kepala, pedih ulu hati, dan keletihan.

Ubat untuk kolesterol tinggi (statin) dan ubat-ubatan yang menurunkan gula darah menyebabkan penurunan tahap CoQ10 dalam badan dan mengurangkan kesan suplemen CoQ10. CoQ10 dapat mengurangkan tindak balas badan terhadap efek nipis darah dari ubat warfarin dan boleh mengurangkan keperluan insulin pada orang yang menghidap kencing manis.

Jadi, selamatkah pengambilan suplemen CoQ10 ni? Dari apa yang kaknjang nampak, pengambilan mengikut dos harian yang telah di tetapkan akan memperbaiki tahap kesihatan seseorang. InSyaaAllah selamat untuk semua.  Sekiranya anda ada mengambil ubatan dari hospital, bincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen sebagai tambahan.

Suplemen CoQ10 Berkualiti Tinggi

CoQ-Trol Plus Shaklee melengkapkan keperluan harian CoQ10 anda.

Hanya dengan pengambilan sebiji sehari untuk kesihatan menyeluruh yang lebih baik.

CoQ10 mungkin akan ada interaksi dengan mana-mana ubat yang ada kesan pencairan darah jika diambil bersama.

Berbincang dengan perunding perubatan anda sebelum konsum sebarang suplemen.

Berikut adalah beberapa testimoni pengguna CoQ10 Shaklee CoQ-Trol Plus

Untuk belian dan maklumat lanjut, anda boleh WhatsApp KakNjang terus ke 0196686767.

Pengedar Shaklee Malaysia

Untuk penjimatan yang lebih tinggi, daftar sebagai ahli Shaklee sekarang dan nikmati diskaun sekurang-kurangnya 20%.

Artikel Berkaitan:

Citations:

  1. Coenzyme Q10 (2006). Medical Letter on Drugs and Therapeutics, 48(1229): 19-20.
  2. National Cancer Institute (2012). Coenzyme Q10 (PDQ) – Health Professional Version. Available online: http://cancer.gov/cancertopics/pdq/cam/coenzymeQ10/healthprofessional.

Other Works Consulted:

  • Coenzyme Q10 (2006). Medical Letter on Drugs and Therapeutics, 48(1229): 19-20.
  • Mischley LK, et al. (2013). Coenzyme Q10. In JE Pizzorno, MT Murray, eds., Textbook of Natural Medicine, 4th ed., pp. 675-684. St. Louis: Mosby.

Credit to WebMD.com and DrAxe.com.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *