Individu Sihat Tidak Perlu Ambil Suplemen?
BH – 25 Disember 2017: Individu sihat tak perlu ambil suplemen. Betul ke individu sihat tidak perlu ambil suplemen? Dalam keadaan pencemaran udara air tanah sekarang ni, kita sangat-sangat perlukan pemakanan tambahan yang organik. Suplemen organik.
Kaknjang bukan nak nafikan artikel ni. Betul semuanya seperti yang dikatakan oleh En. Khairul Nizam tu. Kaknjang sangat setuju.
Kenapa? Berbalik kepada sejarah Dr Shaklee. Tatkala beliau didiagnoskan dengan penyakit yang boleh menyebabkan jangka hayatnya pendek, ibubapa Shaklee nekad berpindah ke bahagian utara Amerika dan mula bertani dan menternak dan hanya bergantung kepada sumber alami. Mereka percaya alam semulajadi ada kuasa penyembuhannya tersendiri. Dan memang benar seperti yang dijangka, dengan izinNya, Dr Shaklee panjang jangka hayatnya dalam keadaan sihat.
Apa yang kaknjang nak kaitkan di sini ialah, jika yang sakit boleh sembuh dengan sumber makanan alami, apatah lagi mereka yang sihat.
Jadi? Apa isunya di sini?
Isunya ialah, kisah Shaklee ni bermula sejak tahun 1895. Masa tu lapisan ozon masih tebal. Udara bersih. Tanah sangat subur secara semulajadi. Pencemaran air, udara, tanah sangat minima. Tumbuhan tumbuh subur dengan serapan nutrien dan mineral yang optima. Ternakan hidup liar lepas mencari makanan sendiri.
Bandingkan dengan sekarang. Ozon dah sangat menipis. Krim pelindung kulit pun dari SPF15 sekarang dah SPF50. Pencemaran udara dari kilang-kilang, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka sangat teruk.
Tanah turut tercemar bila udara yang tercemar, bila mana hujan, jatuh ke bumi dan meresap ketanah.
Belum dikisahkan racun serangga dan haiwan perosak lagi. Juga tentang perubahan genetik pada tumbuhan dan ternakan atas asbab kerakusan manusia untuk mengaut hasil lebih banyak dan cepat dari semulajadi.
Agak-agak, cukup ke nutrien dan mineral dalam sayuran dan buahan sekarang ni? Sumber protein haiwan; berapa peratus agaknya yang kita dapat sedangkan organ dalaman masih belum matang ketika penyembelihan?
Radikal bebas. Makanan GMO. Makanan beku. Makanan segera. Makanan dalam tin.
Agak-agak lah… mampukah kita bertahan tanpa pemakanan tambahan atau yang kita panggil suplemen?
Ambil suplemen jangan sebab jiran sebelah ambil suplemen. Ambil suplemen sebab kita tahu apa yang tubuh kita perlukan, perlu dilengkapkan.
Organik? Jangan risau. Suplemen Shaklee semuanya organik.
Antara suplemen organik untuk tingkatkan daya tahan tubuh ialah Nutriferon Shaklee.
Tinggalkan Balasan