7 Tip Berpuasa Bagi Yang Ada Tekanan Darah Tinggi

7 Tip Berpuasa Bagi Yang Aa Tekanan Darah Tinggi | Azura Abdu

Bagi yang ada masalah tekanan darah tinggi (hypertension), anda akan mudah rasa pening dan nak muntah, lebih-lebih lagi tatkala berpuasa. Mungkin akan mengganggu puasa anda bukan? Jangan risau. InSyaaAllah masalah itu boleh kita atasi dengan beberapa tip. Di sini KakNjang nak kongsikan 7 tip berpuasa bagi yang ada tekanan darah tinggi.

Manfaat puasa bagi yang ada tekanan darah tinggi:

  • Membantu menurunkan tekanan darah
  • Menurunkan kolesterol
  • Mengawal diabetes
  • Detoks tubuh
  • Mengurangkan berat badan

7 Tip Berpuasa Bagi Yang Ada Tekanan Darah Tinggi:

1. Lakukan pemeriksaan doktor secara berkala

Jika anda pernah didiagnose dengan tekanan darah tinggi dan pernah diberi ubat untuk mengawalnya, pastikan anda berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan kesihatan anda. Jika perlu, doktor akan bekalkan ubat dan cara pengambilannya ketika berpuasa.

2. Banyakkan minum air masak

darah tinggi ketika berpuasa

Kurang air dalam tubuh menjadi salah satu punca tekanan darah kita tinggi. Oleh itu, mereka yang ada darah tinggi perlu pastikan keperluan air 8 gelas sehari dipenuhi sebaik mungkin. Pastikan tubuh tidak terhidrat teruk dengan menghadkan aktiviti luar ketika sedang berpuasa.

3. Bersahur dan berbuka dengan menu sihat – pinggan sihat – suku-suku-separuh

Pastikan pemakanan anda lengkap dengan serat sayur – serat buah – protein dan karbo ketika bersahur dan berbuka puasa. Elakkan makanan berminyak, berlemak, bersantan dan daging merah untuk protein. Gantikan dengan ayam atau ikan segar, rendah kolesterol.

4. Kurangkan garam / sodium

darah tinggi ketika berpuasa

Kurangkan penggunaan garam ketika memasak. Guna garam hanya untuk menghilangkan rasa tawar makanan, bukan untuk rasa masin. Elakkan makanan yang diawetkan, seperti ikan masin, telor masin, jeruk, makanan diproses dan makanan segera. Makanan tinggi garam menyebabkan tubuh lebih cepat ternyah-hidrat. Akibatnya, tekanan darah tinggi.

5. Kurangkan kopi dan teh minuman bergula

Biasa lah kan. Teh panas. Kopi panas. Biasanya minuman ni bergula. Gula pun buat tubuh ternyah-hidrat lebih cepat. Kopi dan teh juga mempengaruhi kadar serapan nutrisi dari pemakan yang terhad kita ambil ketika berbuka dan bersahur. Sebaiknya kita gantikan dengan minuman jus buah/sayur segar tanpa gula, atau kunyah je buah sebagai kudapan semasa moreh.

6. Makan buah dan sayur

Mereka yang ada tekanan darah tinggi perlu memperbanyakkan pengambilan buah dan sayuran kerana buah dan sayur dapat membekalkan kalsium yang dapat menurunkan tekanan darah.

7. Senaman yang teratur dan bersesuaian

Puasa, puasa juga. Tapi kita tetap kena bergerak. Tetap kena bersenam untuk memastikan perjalanan darah kita lancar. Namun, jangan lah heavy metal sangat. Sekadar 15 – 20 minit sebelum berbuka sudah memadai. Elakkan dari bersenam terlalu awal kerana ditakuti ternyah-hidrat terlalu awal sedangkan waktu berbuka lambat lagi. Ini akan mendatangkan risiko tekanan darah semakin tinggi.

Tip Tambahan Untuk Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa Bagi Yang Ada Tekanan Darah Tinggi:

Tidak semua orang mampu untuk makan bagi mencukupi semua kumpulan makanan dalam pinggan sihat.

Semakan pertama – 100g sayur berdaun hijau. Alhamdulillah bagi yang mampu mengambilnya sekali makan. Itu baru satu hidangan. Kita perlukan 5 hidangan sayur-sayuran dan 5 hidangan buah-buahan untuk tubuh dapat antioksida yang cukup untuk melawan radikal bebas.

Air pun belum tentu genap 8 gelas untuk kekal terhidrat. Kadang tu bila give up, terus makan yang boleh pandu-lalu je. Tinggi triglyceride tu. Kolesterol pun mencanak nanti. Salur darah makin tersumbat. Tekanan darah?

Untuk menyokong puasa yang lebih sempurna bagi mereka yang ada tekanan darah tinggi, KakNjang cadangkan beberapa pemakanan tambahan yang sesuai:

Boleh terus wasap KakNjang di 019 668 6767 untuk dapatkan cadangan suplemen berkenaan.

Konsultasi percuma untuk semua pelanggan Shaklee KakNjang. Pos satu Malaysia.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Pengedar Shaklee Malaysia
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *