Kenapa Zinc Penting Untuk Penuaan Sihat?
Hari ini KakNjang nak bincang sedikit tentang kepentingan zinc dalam usaha kita untuk capai Penuaan Sihat. Tapi sebelum itu jom kita kenali dahulu apa itu zinc?
Apa Itu Zinc?
Zinc merupakan sejenis trace mineral, bermaksud mineral ini diperlukan dalam jumlah yang kecil. Zinc tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, jadi kita perlu dapatkannya melalui pemakanan harian atau suplemen. Zinc dikenali sebagai penggalak metabolisma semulajadi kerana ia memainkan peranan penting dalam sintesis lemak, protein dan karbo.
Makanan Sumber Zinc:
Zinc Dari Sumber Haiwan:
- Daging kambing dan lembu
- Ayam dan itik
- Kerang dan tiram
Zinc Dari Sumber Tumbuh-tumbuhan:
- Cendawan
- Bijirin dan kekacang
- Cereal yang diperkaya dengan zinc
Fungsi Zinc Dalam Tubuh?
Zinc sangat penting untuk tubuh kita kerana ia menyokong lebih 300 enzim yang terlibat dalam pelbagai proses tubuh termasuk:
- sistem imun
- fungsi metabolisma
- sistem penghadaman
- tingkatkan tindakan insulin
- pembahagian sel, pertumbuhan sel
- tumbesaran tubuh sejak dari ketika kehamilan, kanak-kanak dan dewasa
- penyembuhan luka dan pembentukan kuping darah
- fungsi thyroid
- fungsi saraf
- deria rasa dan bau
- fungsi cognitif – ingatan dan pembelajaran
- penyakit mata disebabkan penuaan
- pembentukan dan kesihatan tulang
- kesihatan seksual lelaki
Rujukan:
HealthDirect: Zinc and Your Health
Havard School Of Public Health: The Nutrition Source
HealthLine: Zinc – Everything You Need To Know
MayoClinic: Zinc
Kenapa Zinc Sangat Diperlukan Oleh Semua Untuk Capai Penuaan Sihat?
Untuk kanak-kanak mahu pun remaja atau dewasa, zinc sangat mudah untuk diperolehi dari pemakanan seharian. Selagi kita amalkan diet sihat seimbang suku-suku-separuh, lengkap dengan protein, karbo, sayur-sayuran dan buah-buahan, InSyaaAllah keperluan zinc harian dapat di capai.
Namun bagi warga emas, ini mungkin menjadi satu masalah kerana kebanyakkan mereka hilang selera makan, hilang deria rasa, gigi dah tak ada atau tidak kuat untuk mengunyah makanan seperti ketika muda belia. Ditambah pula dengan kadar serapan nutrisi yang semakin kurang sejajar usia, mereka mungkin menghadapi risiko kekurang mineral penting Zinc ini.
Warga emas perlukan mineral Zinc Untuk Sokong Proses Penuaan Sihat
- Zinc sokong penyembuhan luka luar dan dalam, lebih-lebih lagi bagi mereka yang juga ada masalah kencing manis.
- Zinc tingkatkan aktiviti insulin, bagus untuk yang kencing manis.
- Zinc juga sokong kesihatan cognitif, kebolehan untuk berfikir, bertutur, daya ingatan dan pembelajaran.
- Zinc penting untuk sintesis protein – sokong masalah pengecutan otot
- Zinc sokong pembentukan tulang dan kesihatan tulang – sokong masalah osteoporosis
- Zinc bantu melambatkan kemerosotan kesihatan yang berkaitan dengan penuaan seperti mata, telinga dan deria rasa.
Saranan KakNjang
Pilihlah untuk menjalani gaya hidup yang sihat. Amalkan diet seimbang dengan cara amalan pinggan sihat Malaysia, suku-suku-separuh. Kekal aktif. Suplemen dengan bijak.
Untuk warga emas, anak-anak atau sesiapa yang menjaga kebajikan warga emas, pastikan mereka makan makanan seimbang, tak perlu banyak, tapi berkualiti. Berikan makanan yang kurang kalori tapi tinggi nutrisi. Sokong dengan suplemen tertentu bagi menambah nilai nutrisi mengikut keperluan harian mereka.
Khusus untuk Zinc, Shaklee ada Zinc Plus
Zinc Plus (120 tablet / 120 hidangan)
Kod Produk: 11009
Saranan Penggunaan:
Untuk orang dewasa sahaja. Ambil 1 tablet sekali sehari sebelum makan.
Produk Shaklee lain yang mengandungi Zinc di dalamnya termasuk:
- OsteNutrix
- Vita-Lea Iron Plus
- Hero Kiddo
- CinchShake Mixed Soy Protein
- Elderberry LifeShake Mixed Soy Protein
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi KakNjang Azura Abdul. WhatsApp ke 019 668 6767 atau klik pada link ini atau pada gambar
Tinggalkan Balasan