Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan
Terlupa cara lafaz niat puasa Ramadhan?
Jangan risau! KakNjang kongsikan di bawah lafaz niat puasa harian atau sebulan sebagai rujukan anda semua. Niat Puasa merupakan salah satu rukun dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan. Hukumnya adalah WAJIB. Tanpa niat, seseorang itu dianggap tidak berpuasa.
Ketahui hikmah puasa dan kelebihan bulan Ramadhan di sini…
Sebelum itu, KakNjang mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1444H buat semua umat Islam di Malaysia.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Ramai yang tanya, bilakah waktu berniat untuk berpuasa?
Waktu niat berpuasa bermula pada terbenam matahari (waktu maghrib) sehingga terbit fajar sidiq (waktu subuh). Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa pada tempoh tersebut.
1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى
- Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
- Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
- Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Soalan famous lain ialah: Perlu niat puasa setiap malam atau niat sebulan sekaligus?
Jawapan: Para ulamak telah terbahagi kepada dua pendapat.
- Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa. Berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan seulan berpuasa pada awal permulaan niat.
- Perlu memperbaharui niat setiap malam. Ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya). Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya puasa pada hari ini rosak.
Sahibus Samahah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan:
Boleh berniat sekaligus untuk berpuasa sebullan di permulaan niat. Maka tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan hendaklah seseorang itu juga berniat pada setiap malam.
Terlupa Niat Puasa
Bagaimana jika terlupa untuk niat berpuasa? Menurut ulama-ulama mazhab Syafi’e, mereka menganjurkan juga berniat puasa dengan bertaqlid kepada mazhab Maliki.
Ianya untuk menjaga maslahat (kepentingan) dan hajah (keperluan) sebagai langkah berhati-hati dan ditakuti terlupa berniat puasa pada malam hari.
Anda boleh rujuk dengan lebih lanjut di sini : Sumber
Selamat menunaikan ibadah berpuasa pada Bulan Ramadhan. Semoga amalan-amalan kita diterima Allah S.W.T.
Tinggalkan Balasan