Makan Luar Dengan Cara Lebih Sihat
Hari ni KakNjang nak kongsi dengan anda semua macam mana nak makan luar dengan cara lebih sihat.
Lebih sihat??
Kurang sedikit kalori… dan lebih sihat… kita rephrase sikit lah plus minus lebih kurang je maksudnya.
Bagi yang masih bujang, single mingle, belum ada tanggungjawab lain hanya menjaga diri sendiri, nak buat pilihan yang lebih sihat untuk diri sendiri adalah sangat mudah. Tak kira lah ketika berada di rumah mahupun semasa makan luar.
Cabaran untuk menyihatkan diri sendiri dan dalam masa yang sama perlu melayan tekak ahli keluarga yang lain tidak semudah yang disangkakan. Tapi dengan sedikit ‘latihan dan didikan’ yang berterusan di rumah sedikit sebanyak dapat memudahkan proses itu.
Paling penting – rancang!
Apa pun aktiviti yang kita nak lakukan secara berjemaah, rancang terlebih dahulu. Paling tidak, kita ada masa untuk rancang pemakanan untuk permulaan hari.
Contohnya macam hari ni. 16 September – cuti satu Malaysia sempena Hari Malaysia. BangNjang ajak sarapan with Along di Segamat. So, malam tadi dah ada dalam kotak fikiran ni apa yang nak disediakan sebelum bergerak dari Ayer Keroh ke Segamat selepas Subuh.
Ini bekalnya – salad box. Alhamdulillah anak2 semua dah terbiasa dengan hidangan ni, dan dah terbiasa dengan cara KakNjang – makan buah dan sayur dulu sebelum makan yang lain. 5 orang makan ni dalam kereta… tak cukup ?
Jalan Orkid, Kampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor.
Kami sarapan di sini. Suka sebab sekeluarga memang penggemar Chinese Food.
Tapi yang paling KakNjang suka sebab belakang tu ada mcm tasik buatan and tempat makan bawah pokok besar. Sejuk dan nyaman…. I loike?
Menu dia…
Orang paling seronok dalam dunia??
Wantan Mee Ayam dengan dumpling sup Along punya…
Yang lain makan Nasi Ayam Hainan.
Kat mana yang sihatnya tu? Kat mana yang kata makan luar dengan cara yang lebih sihat?
Emmm kena define sendiri.
Pada KakNjang ini adalah salah satu aktiviti untuk menabung ke dalam Mental Health Bank kami anak beranak. Bila berjauhan nanti, ada lah memori bersama yang nak dikenangkan.
Ke-2nya, pada hari-hari biasa KakNjang masak simple-simple sahaja…. ikan bungkus or sup ayam, yang ringkas-ringkas sahaja for lunch. For breakfast pun simple juga.
Jadi bila family dine-out, anak-anak boleh makan ‘sedap’ sikit?. Ini adalah cheat day kami anak beranak.
Ke-3nya, KakNjang dan BangNjang share-share nasi ayam hainan tu… ikut nasihat Cikgu Kevin?. Secara tak langsung, dari total kalori 300kCal dapat potong sehingga 50%. Kenapa penting nak potong-potong kalori ni? Baca di sini kenapa…
Ada yang tanya, BangNjang cukup ke makan separuh je tu? InSyaaAllah cukup. Dah train dari rumah?
So hijaunya mana? Hijaunya KakNjang dah tak risau dah sebab tadi semua dah pulun makan dalam kereta?
Ok. Itu baru cerita sarapan time cuti. Nak cerita semua macam emmm… simpan dalam mental health bank?
Esok ada satu hari lagi cuti. You all apa plan?
Bagusnya, sentiasa makan sayur dimana sahaja. Hehe