Suplemen Untuk Ibu Mengandung Shaklee

Suplemen untuk ibu mengandung Shaklee membekalkan nutrisi sihat untuk ibu dan anak. Makanan yang dimakan adalah sumber makanan utama bayi yang dikandung. Oleh itu, pilih pemakanan yang sihat untuk anda berdua bagi menggalakkan tumbesaran dan perkembangan bayi anda.

Mari kita lihat apakah nutrisi terpenting yang perlu diamalkan oleh ibu yang sedang hamil?

1 – Protein

Nutrisi penting ini diperlukan untuk:

  • Perkembangan tisu yang sihat, termasuk otak.
  • Perkembangan payudara ibu dan tisu uterus ibu semasa kehamilan.

RNI:
Trimester 1: +0.5g/sehari
Trimester 2: +8g/sehari
Trimester 3: +25g/sehari

Ketahui Kepentingan Protein Untuk Wanita di sini…

2 – Kalsium

Pengambilan kalsium meningkat semasa kehamilan hingga sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari untuk:

  • Menghasilkan tulang bayi.
  • Mengawalatur penggunaan cecair badan ibu.
  • Mengembalikan simpanan kalsium ibu.

RNI: 20 – 49 tahun: 1000mg/sehari

Ketahui Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Menyusu dan bayi yang disusuinya di sini…

3 – Asid Lemak Omega-3

DHA & EPA adalah penting untuk perkara berikut:

  • Perkembangan saraf dan mata bayi.
  • Meningkatkan fungsi otak.
  • Mencegah keradangan.

ISSFAL (DHA): 300mg/sehari

Ketahui Kepentingan Omega-3 Untuk Ibu Menyusu di sini…

4 – Multivitamin dan Zat Besi

Rangkaian vitamin dan mineral penting membantu:

  • Membekalkan oksigen kepada bayi dan mencegah anemia di kalangan ibu.
  • Mengurangkan risiko autisme bayi.
  • Menutup jurang nutrisi ibu supaya bayi mendapat semua nutrien penting.

RNI (Zat Besi): 100mg/sehari

5 – Vitamin B

Vitamin B yang lengkap membantu meningkatkan kesihatan Ibu dan bayi dengan:

  • Meningkatkan tenaga secara semula jadi untuk ibu dan bayi yang sedang berkembang.
  • Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi
  • Mencegah kecacatan lahir seperti tulang belakang dan otak dengan asid folik terutamanya semasa peringkat awal kehamilan.

RNI (Asid Folik): 600μg/day

6 – Vitamin C

Selain dari melawan radikal bebas, ia membantu:

  • Membentuk kolagen yang merupakan sebahagian daripada saluran darah.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi.

RNI: 80mg/sehari

Sumber:
RNI: Saranan Pengambilan Nutrien Harian Malaysia 2017
ISSFAL: International Society for the Study of Fatty Acids and Lipis

Apakah yang ada dalam senarai suplemen untuk ibu mengandung Shaklee? Ketahuinya di sini…

Total Page Visits: 1171 - Today Page Visits: 5

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.