Meninggal Ketika Melakukan Amalan Yang Biasa Dibuat

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan pemergiaan beberapa orang yang kita kenal rapat dari jauh.

Pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia dalam kepenatan beliau berulang alik memberi sedekah di Thailand.

Pemandu kepada pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Abd Ghani Ngah, meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat tarawih.

Aishah Bahar, gadis Indonesia meninggal tahun lalu sebaik selesai membaca Al-Quran seusai solat Subuh.

Ahmad Ammar, meninggal dunia ketika sedang dalam perjalanan menghadiri kuliahnya, beberapa tahun dulu.

Ada beberapa lagi kisah ajaib dan indahnya pengakhiran sebuah hayat. Banyak sangat.

Mereka semua ni sihat.
Langsung takda apa-apa penyakit.

Sungguh sihat walafiat.

Lebih hebat lagi adalah…..

Meninggal ketika sedang buat amalan yang mereka suka buat.

Saya ingat beberapa tahun lepas, di tempat saya bekerja, ada seorang Medical Assisstance (MA).

Arwah ni orang yang disenangi sebab tak sombong dan mudah berurusan dengan beliau.

Satu hari, kami dikejutkan dengan berita kematian arwah. Di surau tempat kerja. Sebaik habis menunaikan solat sunat Dhuha.

Sahabat-sahabat kata, arwah memang tak pernah tinggal solat tu. Ajaibnya dalam sibuk-sibuk bekerja, arwah terlihat sentiasa diberi kelapangan rezeki untuk menunaikan Dhuha.

Sentiasa Allah beri kemudahan itu.

Saya teringat Ustaz Don pernah nasihat dalam satu ceramahnya….

Kita ni manusia biasa. Biasa sangat-sangat. Bukan Rasul. Bukan Nabi. Bukan sahabat. Bukan solehin. Bukan tabiin. Bukan alim ulama. Bukan ustaz ustazah. Bukan siapa-siapa pun.

Jadi, fahamlah kalau kita punya tahap ibadah tak setaraf dengan golongan di atas.

Tapi, kita mesti cari satu ibadah yang kita suka dan senang nak buat.
Ikut kederat kita, mampu kita, masa kita. Mesti!

Bila dah jumpa, kita amalkan dengan istiqomah. Buat sampai jadi sebati dalam diri. Istiqomah ni maksudnya, bila kita tak buat, kita jadi susah hati. Macam ada benda yang tak selesai untuk hari itu.

Kalau senang mengaji, mengaji.
Kalau senang sedekah, sedekah.
Kalau senang solat sunat, solat.
Kalau senang puasa, puasa.
Kalau senang tolong orang, tolong.
Kalau senang zikir, zikir.
Kalau senang berjemaah, pergi.

Buat dan buat dan buat. Jangan tinggal. Biar dia jadi kawan paling rapat kita dekat mana-mana pun. Yang bila kita tak tinggal dia, dia tak sampai hati nak tinggal kita.

Berdoalah, semoga kita mati dalam amalan yang kita selalu buat ni. Dengan sahabat baik yang kita tak pernah tinggal ni.

Begitu saya rasa nasihat Ustaz Don ni kena tepat dengan kisah kematian yang manis-manis macam di atas.

Meninggal masa sedang buat amalan yang mereka selalu buat. Yang mereka suka buat. Amalan yang dah jadi sahabat.

Husnul khotimah.

Bila dah ada matlamat, dah tanam niat, usahakan dengan sepenuh keringat.

InsyaAllah!
Buat sampai jadi tabiat.

Cnp

Mei 21, 2019

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *