Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pisang?

Apa yang anda perlu tahu tentang pisang?

Ada banyak pendapat tentang pisang. Ada yang kata pisang menggemukkan. Ada juga yang kata pisang boleh menyebabkan sugar spike. Namun ramai juga yang memihak kepada kebaikan pisang yang tak tersenarai itu. Anda rasa apa yang perlu kita tahu tentang pisang?

Apa Ada Dalam Pisang Yang Anda Perlu Tahu?

Berikut adalah kandungan nutrisi dalam sebiji pisang bersaiz sederhana, juga keperluan harian seorang dewasa terhadap setiap nutrisi tersebut mengikut 2015–2020 Dietary Guidelines for Americans. Kalau jumpa yang Malaysia punya, nanti KakNjang update sini.

NutrisiBilangan nutrisi dalam sebiji pisang bersaiz sederhanaKeperluan harian dewasa
Energy (calories)1051,800–3,000
Carbohydrate in grams (g)27, including 14.4 g of sugar130
Fiber (g)3.125.2–33.6
Protein (g)1.346–56
Magnesium (mg)31.9320–420
Phosphorus (mg)26700
Potassium (mg)4224,700
Selenium in micrograms (mcg)1.955
Choline (mg)11.6425–550
Vitamin C (mg)10.375–90
Folate (mcg DFE)23.6400
Beta carotene (mcg)30.7No data
Alpha carotene (mcg)29.5No data

Manfaat Pisang Kepada Kesihatan

Anda mungkin telah tahu banyak faedah pisang kepada kesihatan, tapi apa yang paling penting ialah beberapa perkara berikut:

  • Kawal tekanan darah, baik untuk kesihatan jantung. Kandungan potassium dalam pisang bantu kawal kandungan sodium dalam tubuh. Ini mengurangkan tekanan darah tinggi dan memberi manfat untuk kesihatan jantung.
  • Sistem penghadaman lebih sihat. Pisang adalah sebahagian dari BRAT diet (Banana-Rice-Applesouce-Toast) yang doktor selalu cadangkan kepada pesakit yang cirit-birit dan muntah-muntah. Ketika cirit-birit, badan kehilangan air dan elektrolit seperti potassium. Pisang dapat menggantikannya dan pisang tidak menyebabkan perut sakit.
  • Mood yang lebih baik. Kawal depression dan anxiety. Pisang ada tryptophan yang membantu tingkatkan serotonin dalam otak. Serotonin merupakan neurotransmitter penting yang kawal mood dan tingkah laku, jaga daya ingatan, kebolehan untuk belajar dan mengingati sesuatu, kesihatan seksual dan sistem penghadaman.
  • Post-workout recovery. Bina semula otot dan pulih tenaga.

Cara-cara Makan Pisang!

  • Sedap dimakan begitu sahaja!
  • Sarapan: hirisan pisang dimakan bersama roti bakar, atau susu dan cereal.
  • Lenyek pisang masak ranum bersama yogurt atau mentega kekacang, makan bersama hirisan buah-buahan.
  • Ramuan tambahan dalam kek.
  • Campurkan dalam smoothies, or protein shakes.
  • Masukkan dalam lempeng / peknga / pancake!

Berapa Banyak Pisang Kita Boleh Makan?

WHO mencadangkan pengambilan 5 hidangan sayur dan buah setiap hari. Mengikut keperluan kalori masing-masing, pisang boleh dimasukkan ke dalam plan pemakanan harian.

KKM juga mencadangkan 5 hidangan sayur dan buah sebagai usaha untuk tingkatkan sistem imuniti badan terutama ketika dunia dilanda COVID-19.

Jadi, berapa banyak pisang boleh kita makan dalam sehari? Kebanyakan pakar kesihatan dna pemakanan mencadangkan 2 biji pisang sahaja sehari. Ini adalah berdasarkana kepada kandungan kalori dan keperluan harian kepada nutrisi yang terdapat dalam sebiji pisang.

Risiko Makan Pisang Berlebihan Kepada Kesihatan

Bila dimakan secara sederhana, pisang tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan kita. Namun, terdapat beberapa keadaan yang menjadikan pisang membahayakan kesihatan kita jika diambil berlebihan.

  • Sakit Kepala: kandungan asid amino dalam pisang menyebabkan salur darah melebar dan menyebabkan kepala sakit. lebih ranum pisang tersebut, lebih banyak asid amino di dalamnya.
  • Mengantuk: Pisang ada tryptophan yang bila diambil berlebihan akan menyebabkan kita mengantuk.
  • Reput gigi: Pisang tinggi gula. Jika tak bersihkan gigi dengan betul selepas makan pisang, gigi cepat rosak.
  • Hyperkalemia – potassium tinggi dalam darah. Potassium tinggi dari biasa akan menyebabkan seseorang itu mual, nadi semakin perlahan dan degupan jantung tidak teratur. Untuk sampai ke tahap ni, anda perlu makan 43 biji pisang sekali gus!
  • Kerosakan saraf bila berlebihan B6, 500mg B6 sehari. Pisang merupakan sumber B6 yang baik. Tapi untuk dapatkan 500mg B6 dari pisang, seseorang itu perlu makan beratus biji pisang dalam masa sehari.
  • Beta-blockers biasanya diberikan kepada mereka yang ada masalah kardiovaskular. Beta-blockers tingkatkan paras potassium dalam darah. Potassium tinggi sangat merbahaya jika buah pinggang ada masalah. Jadi, jika anda ada ambil ubatan dalam rnge beta-blockers, kurangkan makan pisang.

Memang agak sukar untuk seseorang mendapat mudarat selepas makan pisang. Namun apa yang mudah untuk kita terlepas pandang ialah kandungan kalori. Diambil berlebihan, gemuk! Saranan KakNjang, bersederhanalah dalam melakukan sesuatu, termasuklah makan pisang!

Rujukan:
Everydayhealth.com: A Comprehensive Guide to Eating Bananas and Reaping Their Health Benefits
Healthline.com: How Many Bananas You Should Eat per Day?
Medicalnewstoday.com: Benefits and Health Risks of Bananas
Harvard TH Chan, School of Public Health: The Nutrition Source – Banana

Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika perut sakit
Total Page Visits: 1479 - Today Page Visits: 1
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *