Menu Rahmah Di Sana Sini Termasuklah Shaklee!
Sana sini kecoh dengan menu rahmah, dan Shaklee pun tak nak ketinggalan juga dengan trend ni 😀 Sebelum KakNjang cerita tentang Menu Rahmah Shaklee, jom kita tengok menu rahmah ni macam mana…
MENU RAHMAHÂ merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.
Jadi… Menu Rahmah tu ada apa?
Ia merupakan makanan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein dan sayuran ditawarkan pada harga RM5 sepinggan.
Terdapat banyak pengusaha kedai makanan yang mendaftar dengan KPDN untuk menyediakan menu rahmah ini seperti McDonald, OldTown White Coffee, MaryBrown, Aeon Mall, Pasaraya Mydin dan banyak lagi.
Contoh Menu Rahmah yang ada di luar sana:
Menu Rahmah McDonald
Menu Rahmah OldTown White Coffee
Yang ini pula Menu Rahmah Pasaraya Mydin. Siap ikut hari lagi. Best ke tak best?
Nasi Lemak pun dah cukup sihat dan rahmah dah!
Tapi saja lah KakNjang nak share dengan you all semua, bukannya kita semua tak tahu, tapi kadang-kadang tu kita terlupa. Nasi Lemak! Kalau ikut portion yang betul, memang ini dah boleh jadi makanan sihat yang seimbang harga bawah RM5 kalau tak tambah apa-apa extra.
Plus, nasi lemak adalah lebih sihat jika dibandingkan dengan nasi putih. Nasi lemak memiliki GI (Glycemic Index) yang lebih rendah. Boleh dengar / baca penerangan dan perkongsian Dr. Norman Norawi tentang nasi lemak di sini…
Jika anda semua pandai mencari, tentu akan jumpa hidangan nasi lemak yang sedap dan lengkap dengan telor rebus / telor mata, timun, kangkung celur, bilis, kacang tanah dengan harga bawah RM5.
Contohnya macam kat Melaka ni… sorry lah hehehe KakNjang tinggal di Melaka, KakNjang promote sikit local business di sini 😉
Yang ini contoh nasi lemak telor mata kat Ujong Pasir, Melaka.
Yang ini pula nasi lemak Kampung Morten, Melaka.
Contoh menu dan harga kat Warong Kak Som Deraman kat Kampung Morten, Melaka.
See?! Tak perlu nak sibuk-sibuk berRahmah sana sini pun, kalau tak sompek atau malas sekalipun nak masak sendiri di rumah, jika kita pandai pilih menu kat luar sana, memang boleh dapat punya hidangan seimbang bawah RM5! Tak tahu lah apa cerita di sebalik rahmah-rahmah ni semua. Sampaikan ke bayaran parking pun dia kata harga rahmah juga bila sekali masuk, RM5 terus di cajnya! Kat mana tu, cari sendirilah.
Menu Rahmah Shaklee | Set Rahmah Shaklee!
Ha! Shaklee pun tak nak ketinggalan, nak juga bagi rahmah-rahmah kat semua rakyat Malaysia. Tak tau kot mana, macam mana nak untung bila produk yang harganya hampir RM300 (retail) diedarkan pada harga RM99 sahaja! Bukan forever lah, hanya sampai hujung Mei 2023 sahaja.
Boleh tengok harga retail kat sini. Nak beli terus pun boleh:
Ini set menu rahmah Shaklee.
Kena beli set baru boleh dapat harga rahmah ni.
Ya betul… tak tipu! RM99 sahaja… dapat free membership lagi tu (nilai RM35)!
Menu Rahmah Shaklee.
Hanya RM3.30 untuk setiap hidangan!
Kenapa Wajib Grab Menu Rahmah Shaklee?
Dalam Menu Rahmah Shaklee kita ada serbuk protein soya Shaklee (ESP) dan Sustained Released Vita-C Plus.
Setiap hari akan terdapat sel-sel kita yang mati, juga sel-sel baru yang terbentuk. Namun bila sel-sel mati melebihi sel-sel baru yang terbentuk, kita akan kelihatan lebih tua. Protein merupakan blok binaan asas setiap sesuatu dalam tubuh kita termasuklah sistem imun juga proses pembentukan dan pembahagian sel-sel baru.
ESP membekalkan tubuh dengan sumber protein terbaik untuk tujuan tersebut. Bekalkan tubuh dengan sumber protein terbaik untuk menyokong penuaan yang sihat.
Vitamin C pula menyokong kesihatan sistem imun tubuh. Tubuh lebih kuat dan bersedia untuk melawan sebarang jenis penyakit akibat radikal bebas mahupun virus dan bakteria dari persekitaran kita.
Nampak gayanya, Shaklee menyajikan hidangan sihat untuk rakyat Malaysia dengan hanya RM3.30 setiap hidangan. Jika ambil dua kali setiap hari, belum sampai RM10!
Kenapa wajib grab menu rahmah Shaklee? Tentunya sebab protein dan vitamin C merupakan keperluan basic yang perlu kita perlukan kepada tubuh, dan kedua-duanya boleh didapati dengan harga bawah RM100!
Berminat untuk dapatkan Menu Rahmah / Set Rahmah Shaklee? WhatsApp KakNjang di 0196686767
Postage ke seluruh Malaysia (RM10 untuk belian bawah RM300. Atas RM300, postage percuma).
Tinggalkan Balasan