Panduan Puasa Untuk Kanak-kanak Berpuasa Kali Pertama

Panduan mendidik anak puasa kali pertama | Azura Abdul

Kanak-kanak tidak wajib untuk berpuasa di bulan Ramadhan sehinggalah mereka mencapai usia akil baligh. Namun kemeriahan bulan Ramadhan terutama ketika berbuka puasa setiap hari dan sambutan Hari Raya di penghujung Ramadhan nanti membuatkan anak-anak ingin turut serta melakukan ibadah puasa ini. Makanya, ibupapa haruslah bijak untuk menjadikan puasa ini suatu pengalaman yang menyeronokkan dan bukan penyiksaan. Berikut KakNjang kongsikan dengan anda semua beberapa tips untuk memudahkan anda menggalakkan dan mendidik anak puasa buat kali pertama:

1. Kenalkan Konsep Puasa

Takkan tiba-tiba nak puasa je kan? Kita sebagai ibubapa boleh menjelaskan bahawa berpuasa itu bukan sahaja tidak makan dan minum tetapi juga bulan amalan seperti solat terawih, sahur dan berbuka puasa.

Pastikan didik mereka untuk mengutamakan solat dahulu dengan mengajak mereka solat bersama.

puasa kali pertama? solat lebih utama

2. Jangan Paksa. Beri Motivasi!

Anak kecil belum wajib berpuasa. Tapi untuk didikan dan galakan, kita boleh adjust sedikit beberapa perkara untuk memudahkan puasa mereka.

Jika tak dapat bangun untuk bersahur, sebelum ke sekolah / tadika, pastikan mereka makan dan terangkan itu adalah sahur mereka.

Tiada bekal di bulan puasa.

Balik dari sekolah / tadika, mereka sudah berpuasa 4-5 jam tanpa makan dan minum. Berikan sedikit pujian dan hadiah atas kejayaan kecil mereka itu.

Untuk anak-anak yang masih kecil dan puasa untuk kali pertama, bolehlah diberi sedikit makanan untuk kembalikan kecergasan mereka.

puasa kali pertama

Selepas itu terangkan bahawa mereka perlu berpuasa lagi 4-5 jam dan berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga yang lain bila maghrib nanti. Jika tidak mampu, jangan marahi mereka.

Rutin puasa sebegini perlu dipertingkatkan setiap kali tiba Ramadhan berikutnya. Semoga anak-anak lebih bersedia dan lebih bersemangat untuk berpuasa penuh.

3. Akitiviti Harian Berjalan Seperti Biasa

Jika anak-anak hendak bermain, biarkan mereka. Larangan itu ini sebab takut nanti lapar dan dahaga akan menambahkan kerisauan mereka.

persiapan berbuka puasa kali pertama

Sebagai alternatif, boleh libatkan mereka untuk sama-sama membuat persiapan untuk berbuka iftar nanti.

4. Tidur Awal, Bangun Awal!

Tidak kiralah pukul berapa sahur mereka, pastikan anak-anak dapat tidur yang cukup.

Ini adalah untuk:

  • Mendidik mereka bangun pada waktu sahur.
  • Kekalkan tenaga di waktu siang.
  • Kekal bertenaga dan fokus dalam kelas.

5. Menu Sahur / Iftar Berkhasiat

Apa pun menu sahur dan iftar, tugas kita sebagai ibubapa ialah untuk bantu anak-anak kekal sihat dan bertenaga dengan membekalkan mereka makanan yang sihat dan berkhasiat.

Menu sahur haruslah yang tinggi tenaga, seperti susu dan telur.

Berikan mereka segelas MealShakes lazat yang penuh dengan vitamin dan mineral.

Tidak kira waktu sahur atau berbuka, berikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat dan vitamin juga mineral.

Berbuka paling mudah dengan air dan kurma.

Tapi anak-anak yang telah berjaya berpuasa penuh atau sebahagiannya, pastinya mereka inginkan sesuatu yang mereka gemari sebagai ganjaran.

Selagi tidak berlebih-lebihan, boleh diturutkan demi meningkatkan semangat untuk mereka terus berpuasa sehingga tibanya hari raya nanti.

Saranan KakNjang:

Untuk memudahkan dan memastikan anak-anak kita mendapat nutrisi lengkap walau tika berpuasa, dapatkan Set Puasa Kanak-kanak Shaklee yang sedap untuk mereka.

Set Puasa Kanak-kanak Shaklee | Azura Abdul

Anda mungkin meminati topik berikut:

Pengertian Puasa, Hikmah Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan | Azura Abdul
Panduan Berpuasa Untuk Warga Emas | Azura Abdul
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan | Azura Abdul

KakNjang Azura Abdul

WhatsApp: 0196686767

Pengedar Shaklee Malaysia

Rujukan:
HelloDoktor.com
MStar.com.my
SabahPos.net

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *